Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, July 22, 2010

kami mencari housemate di university apartment. anyone?

kemarin, misi mencari rumah lagi. melilau tengok iklan.
kali ni pi tengok kat kawasan kingfisher plak.
hari tu melilau kat universiti apartment 1.

masa nak keluaq rumah,
kereta ada masalah bateri plak.
so call agus. agus si pembantu bos merangkap driver merangkap pomen.

penat tetapi seronok seharian melilau dalam kereta pinjam agus yang berusia lebih kurang 20tahun dan naik 100km/j pon dah gegaq. kereta jenis suzuki jimny kalau aku tak silap la. aku ni bukan nya jenis amik tau pasai kereta pon.



bila petang plak, kami pi tengok umah.
dalam berbelas2 no tefon yang kami hubungi selama 2 hari, hanya 2 orang saja yang ada untuk kami pi tengok umah petang kemarin.

pilihan 1: di universiti apartment 1.
sewa rumah. rumah 2 bilik, 1 bilik air. ada tv, peti sejuk, mesin basuh, dapoq gas, almeri, katil, periuk belanga pinggan mangkuk. dekat dengan kedai2. jalan sehala dengan The-Big-Bos. kami boleh bagi masuk berapa orang pon yang kami suka, tapi jangan sampai pecah pintu, itu pesan tuan rumah.

pilihan 2: di kingfisher.
sewa bilik. rumah teres yang diubahsuai jadi rumah 6 bilik tidoq, 3 bilik ayaq. ada dapoq, peti ais. ada housemate 3 wanita di master bedrom, 4 lelaki dalam bilik asing2 dan sepasang suami isteri. dan 1 bilik kosong untuk disewa.


sudah semestinyalah kami pilih pilihan no 1. apa jadah nak dok umah yang nak pi toilet pon kena pakai tudung dan keadaannya tak ubah seperti motel.




petang ni ambil kunci dan bayaq. esok cuci2. weekend masuk umah.
tuan rumah adalah orang kelantan yang dok sabah 10 tahun sampai cakap dengan kami orang semenanjung pon bunyi sabah dan tak terkeluaq langsung bunyi kelantan.
dia baik. boleh dibawa berbincang. itu penting.




iklan untuk cari housemate sudah dibuat. yang di mudah.com sudah, yang nak tampal kat merata tempat pon sudah.



6 comments:

HuMayRah HaYatI said...

husna...mmmmm siap sewa umah tu...korang macam nak dok lama ja kat Sabah....silap2 aribulan dok kat sana terus...

husna said...

ekekekek.
nak dok lama tu ada. sebab tu dah naik segan nak dok lama2 kat umah makteh aini.
nak dok terus tu tak la kot.

Nadiah Sidek said...

pilihan yg tepat! good job! hehe. bunyi mcm best la rmh tu. lengkap je semua. mmg tak selesa tumpang rmh org lama2. nak tido sesuka hati pun tak boleh..kan husna kan? eheh..

Nadiah Sidek said...
This comment has been removed by the author.
Daya Rudy said...

heheh..husna kim salam pada Agus ...Aini and Fir...

husna said...

kak nadiah: aha. best la gak. semua blh kata ada. tu la segan. mak teh aini buat semua.

daya: insyaallh.. hang take care tau