Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, July 01, 2010

aku pulak terbang

insyaallah aku dan aini akan sampai di tawau selepas magrib.


perjalanan kali ini lebih kepada sayu dan takut.
tak tau sebab apa,
aku berasa sayu dan takut untuk pergi.
takut aku tidak lagi dapat berjumpa yang lain lepas ini.
takut ini adalah kali terakhir buat aku di sini.

pagi hari selasa,
masa aku chatting dengan arix sebelum dia berangkat,
aku berasa sangat sayu.
takut aku tidak lagi dapat jumpa dia.
aku sedapkan hati sendiri dengan menyatakan kesayuan tu terjadi sebab aku tidak dapat hantar dia kat epot dan tak dapat peluk cium dengan dia.

pagi tadi,
aku juga sangat sayu semasa aku berchatting dengan bang cik.
aku mintak maaf dan mintak halalkan semuanya.
takut aku tidak dapat membalas semua yang dia beri pada aku selama ini.
aku sedapkan hati sendiri dengan menyatakan kesayuan tu terjadi sebab aku tidak berjumpa dengan dia masa aku balik kampung last weekend.

dan disaat aku sedang menulis entry ini pon,
aku dah menitiskan air mata.
untuk kalian semua.
aku takut tidak dapat berjumpa kalian lagi.

aku mintak maaf daripada semua sahabat dan rakan aku.
halalkan semua yang hampa bagi kat aku naa.

doakan aku dan aini selamat ya.
aku pergi dengan hati yang gundah.





dulu,
arix pernah mengalami perasaan yang sama.
arix rasa dia tidak dapat jumpa seseorang itu selepas keberangkatan.
aku katakan pada dia,
kalau kita rasa kita akan mati, atau orang itu akan mati selepas ini,
selalunya sangkaan dan apa yang kita takutkan tak akan berlaku.
sebab kematian mengejut selalunya berlaku tanpa kita sangka.
dan selepas kematian barulah kita teringat akan hal2 yang boleh di kira sebagai tanda2 kematian.
kali ini,
aku juga sedapkan hati dengan pemikiran yang sama.


oh ya. arix di kota cinta, aku di negeri bawah bayu. zati disini. so korang tengok2kan lah sahabat aku itu ya. hampa tolong jaga dia ok.

4 comments:

eL_kZ said...

bestnye pi sabah.....

avie eicca said...

jangan risau kami jaga zati macam puteri. :) jaga diri baik-baik.

Daya Rudy said...

jangan lupa beli ikan terobok masin ye...... heheheh

husna said...

su: best. laut chantek. ehek.

marina: makaseh... hang pon take care.

daya: ko nak? nanti kami beli.