3 julai tidur di semporna. di dragon inn.
bot ke uncle chang's di pulau mabul hanya 1 masa sahaja. iaitu jam 730 pagi.
maknanya disini, kalau 2 julai mahu tidur di pulau mabul, maka harus berada di jeti sebelum jam 730 pagi. so kena bertolak dari umah kak azi ditawau sebelum jam 630pg, sebab dari tawau ke semporna makan masa dalam sejam lebih2.
lepas ja sampai kat umah kak azi, kami sudah mintak tolong kak azi carikan teksi untuk seawal waktu itu.
kak azi telefon prebet yang selalu dia naik, depa kata tak boleh sebab kereta mereka tak boleh masuk semporna.
kak azi telefon driver bas, depa kata bas paling awal akan sampai sebelum jam 8pg. untuk sampai di semporna seawal 730pg tiada bah.
kak azi telefon driver sekolah tuk mintak tolong, pon tak boleh sebab dah terlambat bagitau, nanti dia tak sempat balik ke sekolah untuk masuk kerja.
jadinya,
kami tukaq ke plan B.
2 julai tukaq tidur di dragon inn,
3 julai plak baru tidur di uncle chang's.
aku telefon dragon inn dan uncle chang's mintak tukaq.
naseb baik depa bagi, kira sangat mudah depa ni kalau kita nak tukaq2 kalau ada bilik kosong.
oleh kerna plan tukaq.
kami amil keputusan tuk bersenang2 di rumah kak azi dulu.
tidoq bagi puas nak rehatkan bahu yang lenguh akibat bebanan beg yang berat dan banyak, tengok tv dan usya2 cikgu2 sekolah kak azi apa yang patut.
lepas zohor baru kami bertolak keluaq dari sekolah kak azi.
singgah pi pekan tawau.
pekan tawau masa tu jam. so korang boleh buat anggapan pekan tawau ni agak besaq dan maju gak la. sapa2 yang terpaksa berpindah kerja ke tawau nanti, jangan risau.
untuk tidak mahu bayar mahal dan tidak mahu menyusahkan orang lain,
kami naik bas henti-henti dari tawau ke semporna. ia hanyalah sebuah van, bukan bas.
untuk perjalanan sejam lebih, bayaran naik bas henti2 ni hanya rm10. bas henti2 ini bukan ikut masa, ikut orang penuh saja baru jalan.
sini tak dak teksi ye. kalau naik kereta prebet sapu jenis kena tunggu penuh baru jalan, bayaran lebih kurang rm20. kalau tak mau kongsi kereta prebet sapu dengan orang lain, bayaqlah rm80 hingga rm100.
perjalanan dari tawau ke semporna perlu naik turun bukit dengan jalan yang agak berular.
permandangan sepanjang perjalanan kebanyakkannya adalah ladang kelapa sawit.
aku mengantuk dan tertidur sambil kepala melentok2 ke kiri dan ke kanan semasa separuh perjalanan.
selepas kepala aku terhantuk kat besi pemegang dekat cermin, aku tidak lagi mengantuk selepas itu. aku terus terusan menghayati keindahan alam ciptaan Allah terutama langit luas.
selain menghayati langit luas, kami juga menghayati gosip pak cik dalam bas henti2 itu dengan telinga yang terpaksa diluaskan dengan kadar yang luar biasa sebab tak berapa nak faham pakcik2 sabah cakap.
gosip banyak berkisar berkenaan orang kaya semporna yang kena saman berbillion2 oleh kerajaan sabah sebab hal2 penyalahgunaan lesen pembalakan.
kami sampai kat semporna pada jam 530 ptg lebih kurang.
530ptg kat sabah macam 630ptg kat semenanjung lah.
dah agak lewat. dah nak magrib.
dragon inn adalah penginapan atas ayaq.
tiada yang lebih menarik di semporna selain dragon inn bagi kami.
lepas duduk2 sekejap dalam bilik,
kami keluaq pi beli cikedis tuk dibawa ke pulau mabul pada esok harinya, dan seterusnya makan malam.
lepas makan, balik ke dragon inn, melewaq dan bergambaq apa yang patut kat sekitar dragon inn. masa tu hujan renyai2.
pastu balik bilik. takda apa nak buat, aku pinjam novel cinta dari opis dragon inn dan tengok tv.
layan movie back to back kat hbo sampai tertidoq sendiri.
5 comments:
Seronoknya.. nak ikut juga.. nanti bawa cekyah jalan2 kat sabah ye..
syok oooo.
boleh2. nanti kak na bawak mai.
teringin nk jln2 d semporna n stay at dragon inn..tp xtau nk contact sape..leh tlg??
fiza.
kalau kamu pergi ke semporna, dragon inn mmg sgt sesuai.
tapi saya cadangkan lebih baik kamu tinggal di pulau mabul, di uncle chang's. perpatutan dan mudah nak buat aktiviti
di semporna tiada apa2 sangat yang menarik. kalau nak bt aktiviti semua kena pi ke pulau2 berdekatan. tidur dipulau atau pegi pulau balik hari saja.
di semporna juga tiada pantai kalau tak silap saya.
oh lupa.
fiza boleh p kat web site dragon inn
dragoninnfloating.com.my
atau ni no phone dragon inn:
089 781 088
Post a Comment