Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, July 27, 2010

pindah masuk umah sewa dan perkara rambang #6

salam nisfu syaaban.
4 hari tak pekena internet.
rasa sangat bohsan beb.
2 entry kat bawah adalah scheduled post.
belajaq dari kak nadiah. ngeh ngeh.


perkara2 rambang sepanjang 4 hari tak jumpa tenet:
1. hari jumaat sebelum pi cuci rumah,
singgah opis The-Big-Bos kejap. uruskan tiket balik raya. sambil tempah tiket, sambil bertengkaq.
cuti dapat 34 hari. YABEDABEDU.

2.cuci rumah baru.
hari jumaat la gak. nak dekat magrib baru pi. mencuci serta berkemas sampai tengah malam. habes cuci, balik tidoq kat umah mak teh aini.
tempat yang aku pilih tuk menyental adalah toilet.
aku sental sungguh2. sampai sakit otot belikat.
aku pilih nak cuci toilet sebab bagi aku toilet bersih sangat penting untuk kehidupan sejahtera.
aku sental toilet sampai aini naik heran.
orang cam aku, yang meja selalu semak, bilik selalu semak, seminggu sekali baru nak sapu sampah, cadar nak tegang sekali seminggu pon susah, boleh sental toilet dengan cerewet sekali.
aini ingat aku selalu dok sental toilet kat umah aku.
gila sumpah aku tak pernah sental toilet atau bilik air kat umah aku.
dan aini juga naik takut bila aku cam rajin semacam. aku sangat jarang nak tonjolkan bakat rajin dan cerewet aku.
aku kena sampuk hantu cleaner rasanya malam tu.




3. tempat ke-2 aku suka cuci adalah dapoq. terutama peti ais.
dan aku suka akan barang2 dapoq. shoping barang dapoq sangat heaven.
peti ais dan kabenet akan penuh lepas nih. siap lah kau peti ais.




4. iklan nak cari housemate kat mudah.com dan letaroom macam goreng pisang panas.
lepas letak terus dapat call kata nak tgk umah.
dah habaq awai2 kata nak muslim female. tapi ada jugak yang buat tak nampak.
kata nak dok ngan suami lah. nak dok dengan tunang lah.
semua yang jenis tak reti baca iklan ni kami rejek.
yang mai dari arab pon rejek. dok desak nak mai tgk umah. dah kata jumpa kui 5ptg. gaduh nak mai lebih awai. 2 3 kali tepon. tu dah tunjuk dah perangai arab yang suka mendesak. terus kami rejek. satgi kita yang lembut hati dan perangai ni akan kena.
ada mai dari kazakhztan, pon kami rejet. rejet sebab ada masalah komunikasi. kami tak berapa paham dia cakap, dia tak berapa paham kami cakap. satgi nak bagitau apa2 susah.
akhirnya, kami ambil orang sabah. student ums dan uitm.
orang kadazan dusun dan bajau+cina. depa ok. muda cek cek lagi dan style budak2 syok dapat dok jauh dari famili. syok dapat dok umah sewa. hias bilik bagai.
ehem. bab syok dapat dok umah sewa, aku pon sama naik syok gak. tak pernah seumur hidup dok umah sewa kan. hahhaaa
.
.
.
5. hujung minggu pertama di rumah baru.
menu pertama di rumah baru: mi megi.
aktiviti: tengok tv, tidoq, cari benda nak kemas.
(bab nak mengemas tu, hantu cleaner tak mau keluaq lagi)
.
.
.
6. hari isnin yang rebel.
The-Big-Bos a.k.a MJM berjanji mau amik kami jam 615 pagi kat tepi jalan.
kami bangun lah jam 5 pagi. siap bagai dengan berselendang bagai, sekali MJM hantaq sms jam 6pg tatkala kami mau angkat beg keluaq umah,kata tak jadi ambil. toksah pi lab hari ni, dia kata lagi.
bos, kenapa sms jam 6pg? kenapa tak sms jam 830pg nanti? kami pakat tempik dalam hari secara beramai2.
salin baju, pastu cuba tuk tidoq balik, tapi tidak boleh.
sekali lagi hantu cleaner sampuk, aku pi remdam bihun dan kemas umah. fir goreng bihun.
lepas makan. tak tau nak buat apa dah. bukak laptop pon tak dah hati.
last2, aku dan fir ambil keputusan tuk naik bas pi KK town.
bukan nak naik bas pi lab.
tu rebel namanya.
ekekek.


7. hari ini mai lab.
esok, lusa ingat tak mau pi lab. nak buat kerja kat rumah.
semangat rumah baru datang menapa dalam hati. ekekek.
tapi belum bagi tau The-Big-Bos a.k.a MJM lagi.
rasanya dia kasi ja kot.
kalau Bos-No-2, jenuh bersoal jawap.
lepas 2 hari, apa hasil kau nak tunjuk kat aku?, rasanya itu reaksi biasa Bos-No-2.
(oh, tiba2 teringat senyum sinis dia yang selalu makan dalam tu)
paper kau macam mana? aku rindu ayat itu. muhahaha
.
.
.
8. scheduled posts.
makin nak berjinak2.
lepas entry ni, kalau timbul entry pada esok lusa, itu semua mungkin scheduled posts.
.
.
.
:)
.
:D

3 comments:

Nadiah Sidek said...

bagus..bagus..dah belajar buat scheduled post..hehe. MJM pulak?? MJM stand for..?

DAKWATUNNISA said...

cey..cey.. Kak na dah hepi dapat rumah sewa. cekyah tau hasrat pertama kakna bila dapat dok rumah sendiri ialah penuhkan peti ais..
kakna memang rajin sebenarnya bila bagi dia duduk rumah sendiri..kan kak na kan.. raya tahun ni kita buli abang chaq na,abg kan dah duduk kat rumah.hehe

husna said...

kak nadiah: belajaq skit2. MJM=mat janji manis.ekekek.

cek yah: dpt buli sat saja. abg kan thn ni nk blk sarawak.