belum cukup 1 bulan aku di sini.
tapi sudah banyak benda aku rindu.
sangat lama aku di penang,
sampai aku telah mencipta 1 bentuk kehidupan yang aku senang dan selesa walaupun sedikit boring.
selain merindui orang2 tersayang. yang berada di sisi tiap ketika.
dan juga makanan luar yang disenangi tekak, serta suasana makan yang aku sangat suka.
aku juga merindui, waktu2 berjalan kaki di usm,
terutama berjalan kaki dari hostel ke lab pada waktu pagi.
tempat aku menapa untuk lebih dari 16 jam sehari. dan kadang2 menapa sampai lebih 30 jam.
keadaan katil aku.
yang dipenuhi buku dan majalah.
aku masih mahu wujudkan suasana tidur itu kembali, tapi tidak mungkin akan sama seperti dahulu bukan.
bukan mudah untuk membuang benda yang sudah sekian lama kita selesa.
bukan mudah untuk membuang benda yang sudah sekian lama kita selesa.
masih banyak yang aku belum habeskan.
dan kalau aku ada hari2 yang tidak menarik.
aku akan tengok semua buku2 aku.
atau kalau tak ada benda aku nak tangkap gambaq, aku akan tangkap gambaq buku sendirik.
aku merindui lampu merah aku.
kalau aku rasa siang aku agak muram,
aku akan nyalakan lampu merah ini pada malam hari.
dan seperti jugak buku, aku suka tangkap gambaq lampu ini.
aku ingat nak bok mai sini lampu tu.
ya agak lorat.
3 comments:
rindu mr lambert aku..zati n u.tp nak siapkan keja!!!
mmg, bile bende tu dah berlalu...
kita akan merinduinya
...waaaa
aku rindu kehidupan masa student
arix: aku rindu semua.. uwaaa.
ya. demi nak tammatkan ini semua dengan segera.
su: ya rindu. rindu semua benda.
rindu orang. rindu makanan. rindu sausana.
Post a Comment