Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, August 12, 2010

no one knows about persian cats & angela's ashes

: A Review

(belum dapat publish paper review, aku publish review 2 filem ini dululah. ekekek)

ok.
sepanjang aku di sini,
hanya 2 filem ini aku tonton kat dalam pc. (filem2 tgk kat sinima tak payah la kira)
dikala aku sedang boring.
sekarang tiada lagi drama korea online..
itu perkara yang pelik berlaku kat aku sepanjang aku kat sini.
ehe.





filem 1: NO ONE KNOWS ABOUT PERSIAN CATS

filem ni, marina yang bagitau kat aku. dia tertengok trailer kat youtube rasanya. tapi tak dapat donlod.
1 hari, aku tanya parisha budak iran pasai filem ni, dia kata dia ada copy. aku terus ambil dr dia.
tapi masalahnya, takde subtitle langsung.
aku peram... pastu, baru2 ni saja aku tengok.
so..sebagai seorang yang suka music, tapi tak tahu hape langsung pasai cabaran orang musik, sebagai seorang yang tidak tahu sangat pasai iran dan juga tengok filem tanpa paham sepatah haram, dan hari ni aku cuba untuk review.
eh bukan review. respon.
ok. aku ringkaskan...

1. filem ini mengisah 2 orang yang baru keluaq penjara, mahu membawa music mereka keluar negara. ke eropah rasanya. ini kerana, terlalu ketat undang2 di iran melibatkan music.

2. undang2 iran bukan saja ketat berkenaan music saja. tapi banyak benda, contohnya yang selalu diperkatakan oleh orang luaq iran adalah berkenaan hiburan, filem dan media.

3. mengikut kata parisha, dalam filem ni, tunjuk beberapa larangan2 yang perlu dipatuhi oleh orang iran. contohnya, berkenaan pakaian wanita dan tidak boleh membawa pet keluaq berjalan2 walaupun hanya dalam kereta.

4. oleh kerna takde subtitle, maka aku tak boleh belajaq sangat pasai budaya, keadaan dan kekangan masyarat iran.

5. untuk filem ni, 2 orang watak utama itu tadi, dalam usaha untuk mencari ahli baru bagi menubuhkan satu band dan membawa music mereka ke luar negara (dalam erti kata lain, mahu berpindah ke luar negara), mereka telah dibawa perkenalan dengan orang2 music undergound iran yang lain oleh seorang kawan mereka.

6. maka, sepanjang usaha pencarian mereka dan usaha untuk ke luar negara, kita juga di bawak sepanjang filem untuk berkenalan dan mendengar musik2 dari band2 underground iran yang real.

7. musik dan lagu2 nya? gila best! sepanjang filem, mungkin ada lebih dari 10 lagu kita boleh dengaq. dari music folk rock ke indie rock ke hardcore ke tradisional ke rap, macam2 ada. semua lagu best. hat yang rap pon aku rasa cam best jugok.

8. tapi top 4 lagu2 yang aku suka adalah, (1) lagu milik band mereka berdua, (2) lagu tradisional yang aku rasa macam ada pengaruh indian musik, yang dinyanyikan ditempat lapang di waktu awal pagi, dan aku bertambah suka sebab ada cahaya matahari pagi oren yang memancar, (3) 2 lagu yang dinyanyikan kepada budak2 (aku tengok macam kat pusat pembelajaran orang2 pelarian), dan ke (4) lagu last sekali, watak utama perempuan tu nyanyi, macam ala2 lagu fynn jamal dan zee avi.

9. cakap pasai pergerakaan underground musik iran, ia memang betul2 underground. kena main musik sembunyi2. tak de pusat jamming. antara tempat2 yang pemusik2 iran ni main musik adalah, kandang lembu, bangunan terpencil, tempat simpan barang underground kat umah, dan macam2 lagi.

10. aku ada masalah skit kalau tengok filem dari negara islam atau berkenaan orang islam. untuk filem ini pon tak terlepas untuk aku merasa tidak patut. selalunya melibatkan bagaimana orang2 disana mahu protes dan keluaq dari kekangan undang2 dan budaya negara mereka sampai nampak mereka juga protes islam. itu semua kekangan budaya dan undang2 negara, bukan undang2 islam ok.
dan 1 lagi berkenaan bagaimana undang2 negara yang ketat berkenaan panduan berpakaian sampai menyebabkan nampak bahawa pakaian yang mereka pakai itu tiada makna. hanya mengikut budaya dan undang2 negara semata2. contohnya, ke party dan pub pun pakai tudung. apa kes. merosakkan dan menyeleweng pandangan orang lain saja. berkenaan budaya2 orang sana yang lain seperti cakap tak tau berenti, rasa mereka yang betui, suka paksa2, itu aku boleh terima walaupun tak suka. tapi bab pakaian ni aku mmg tak dapat terima.

11. ending? seperti kebanyakkan filem indie, tiada ending yang betui2. kena pikiaq dan konflik tidak berkesudahan.

12. antara filem once dan no one knows about persian cats, aku suka dua dua.

13. filem ni menang hadiah khas juri di 2009 cannes film festival.

banyak jugak aku cakap pasai filem nih. apa2 pon. korang tengok la filem ni. best gila. yang paling best adalah lagu2 dan music dia.






filem 2: ANGELA'S ASHES



angela's ashes ni dah keluaq lama dah. tapi lepas baca memoir dia baru aku dapat filem ini.
juga dari marina. si peminat setia frank mcCourt.
ok. filem ini diadaptasi dari memoir oleh frank mcCourt dengan tajuk yang sama.
cerita dari mereka kecik2 kat us sampai ke umoq 18 tahun. gila panjang nak cerita.

aku ringkaskan.

1. filem ini mula cerita kat adik perempuan mereka dilahirkan di US. lepas kematian adik perempuan itu, mereka berpindah ke ireland.

2. filem ini paparkan keadaan kemiskinan yang mereka hadapi dari kecik sampai besaq.

3. nak tau lebih lanjut, bukak wiki. ada review panjang berjela boleh bagi paham.

4. ada perbezaan dari memoir. yang ketara, aksi frank dan kawan2 nya ber-masturbate di balik wall sambil tengok sheep. dalam memoir tak dak.

5. ada aksi lucah no 2 selain diatas.

6. tapi korang harus tengok filem ini bukan sebab dua benda lucah tu. sebab cerita dia memang cerita sebenaq keadaan kemiskinan di ireland dan survival frank dan adik beradiknya. dan bagaimana frank mengejar impiannya untuk kehidupan yang lebih baik.

7. juga tengok bagaimana kekakangan budaya agama dan setempat yang memundurkan orang ramai.

8. lagu2 dan musik latar untuk filem ini jugak best. lagi menghidupkan cerita.

9. antara filem dan buku? haruslah buku lebih best. lebih terasa, tersentuh, terinspired. dan paling penting, buku sangat kelakaq. filem langsung tidak kelakaq.

2 comments:

avie eicca said...

ya betui!!! filem banding ngan buku. surelah buku dia best gila! aku suka sangat-sangat suka! hehe..oh filem iran tu nanti2lah aku tgk. sekarang takda mood dahla tak paham apa benda tapi musik dia kira okla not bad :)

husna said...

aku tgk pon sbb dah boring sgt. tak byk dpt belajaq sbb tak paham.
weh. aku suka semua lagu dia.
hang kalau ada masa tlg donlod boleh?
ekekekkek.

p/s: the infidel dah dpt donlod?