Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, September 30, 2010

terbang dalam keadaan demam adalah sangat tidak best





terbang dari penang pada malam hari syok juga lah.
boleh tengok cahaya dari atas.
tapi yang tak syoknya, aku terbang dalam keadaan demam.
masa kapal tengah naik, telinga aku berdengung.
masa tengah nak turun pulak lagi teruk, berdengung siap dengan sakit lagi.


bila dah dok atas lama2, mulalah boringkan..
cahaya pon malap ja.
jadinya, camera aku-yang-rosak-tapi-pi-pebaik-pon-tak-guna adalah benda permainan yang menjadi penyelamat.
orang sebelah aku malas nak layan.. sesekali dia kalih jugalah tengok kamera dan senyum..



blur dan syok sendiri??
lantak lah kan. asalkan aku boleh buang rasa boring.









hari tu, sebelum naik, aku ada berniat nak beli disposable waterproof kamera dan set miniature perfume kat atas air asia sebab rasanya beli kat atas air asia lebih murah.
tapi aku hanya mampu beli kamera saja. 29 hengget. yaeahhoo..teringin nak beli sejak pi pulau mabul lagi.
perfume tu nanti2 lah. duit raya dah habes.






plan nak guna kamera ini sebaiknya sudah dirancang.
kamera baru beli.. haruslah kita cepat2 guna kan...






Wednesday, September 29, 2010

malam ni pi balik

hello big bos.
ha. nanti agus pi amik. jangan tak balik pulak. dah lama sangat tu.
(niat asal mau prank bos besaq kata kami dah terlepas flight sebab silap tengok tarikh, tapi tak jadi.)


bos, lupa nak bagitau, esok saya nak pi sana balik.
emmm pi lah (dengan nada tak kesah aku pi, yeahhoo). jangan lupa paper kau, aku simpan lagi perjanjian kau tu (aaahhhh).


dr, saya selama ni sebagai pemegang amanah, mau serah balik dongle ni kepada tuannya.
kenapa?
bla bla bla bla.
itu tak boleh. oke esok bagi.


cik, ni ada denda nih. lambat pulang buku.
berapa encik?
rm 94.20.
:O bayaq separuh.


***********************

hari ini demam,
kalau tidak kerana hari ni aku kena pi sana balik dan kena berkalut2 hari ni,
pasti aku tengah dok kat bilik, tidoq, dan tengah ngada2.


setiap kali nak pi sana atau nak balik sini,
sure berberan benda aku galas bok naik kapal terbang (cerita macam tiap2 bulan aku berulang alik. ekekkek).
bos suruh usung bok balik printer dia, tapi macam malas ja nak hangkut.
tengok la dulu.


sepanjang aku balik mai sini,
aku belum dapat makan pecal lele di warung kegemaran.
hari ni pon tak dapat makan.
kempunan la aku kat sana.




oh ya. aku akan sampai sana insyaallah jam 1145 pm.
semoga selamat segala.






Tuesday, September 28, 2010

kerana itu, aku berubah (bahagian dua)

kerana itu, aku jadi takut.
takut untuk membuka hati,
takut untuk menonjolkan sifat sebenar,
takut untuk berkata benar,
takut untuk bebas.

jadi,
aku sekat apa yang aku rasa.
aku buang apa yang aku mahu.
dan aku berhenti untuk melangkah lebih jauh.






kerna itulah, aku menjauh dari dia yang aku angkat sebelum sempat dia berkata apa-apa.
sebelum sempat dia berkata apa-apa yang boleh memeritkan jiwa raga.





kerana itu, aku berubah

dia kenal aku macam ini.
aku kenal dia macam itu.
dia kata aku kawan dia.
aku kata kami ada hubungan yang tak bernama.
dia kata itu ayat novel.
aku kata aku pernah teringin nak jadi penulis.

dia kata aku dah berubah.
aku kata aku tetap yang dulu.
sama saja tak berubah.
dia tak percaya itu semua.

aku mahu dia percaya yang aku tak pernah berubah langsung.
walaupun hakikatnya aku memang sudah berubah.
sebab aku tak mahu terjatuh dalam lubang yang sama.
terjatuh sebab melanggar batasan yang sememangnya wujud, cuma aku yang tak pernah menyedari hal itu.

disebabkan oleh lubang itu.
kini aku bina tembok kuat sekeliling aku.

lubang itu tidak dalam,
tapi ia tetap sakit,
tetap malu.








Monday, September 27, 2010

tak mau pi! tak mau pi!

tadi,
sepetang aku dok meroyan rasa tak mau pi kk lagi sekali.

aku sebenaqnya suka pi sana.
syok boleh terjun laut. walaupun bukan tiap2 minggu boleh dok pi terjun laut.
syok tengok laut luas. kat penang pon boleh tengok laut, tapi kat sana nampak lebih luas.
(tak kan alasan aku syok pi sana sebab laut ja kot?)

tapi untuk kali ni,
aku rasa cam tak mau pi balik.
aku mahu berlama-lama disini.
aku mahu buat kerja disini.

tapi,
walaupun meroyan sekuat mana pun,
aku tetap kena pi balik jugak.
jadi, perlu hentikan meroyan seperti anak remaja 14 tahun.
itu hakikatnya.
sahabat2 pon malas nak layan meroyan (buat2) aku sebab depa tau hakikat yang aku perlu turuti.
kena menurut kata saja.
sebab dia bos aku. bos besaq aku.

ok.
meroyan sudah dihilangkan.
dengan kaedah seperti biasa. "toksah pikiaq banyak".




lusa, aku dan aini terbang pi balik.

haru biru duniaku sedang menanti aku.
perjuangan terakhir adalah disana.
harap semua berjalan seperti yang aku mau.
ameen.





tak mau pi! tak mau pi!
jeritan kecil yang terlekat dicelah kerongkong.


ahad kemarin

aku balik kampung kemarin hari.
balik pagi.
berjalan ke bas stop sg dua di pagi hari.
sambil tengok mentari pagi.









sampai di kampung,
dijemput oleh mereka ini.
perubahan ketara selepas seminggu tak bersua,
farah ada gaya rambut yang baru.
yang sangat kena dengan kelaku yang lasak.
nama dah memang kena dengan kelaku yang keloloh.














Friday, September 24, 2010

esok daya suda mau balik. semoga semuanya selamat....

sesi tangkap gambaq dengan ibu mengandung disambung lagi hari ni.
oleh kerna hari ni merupakan hari terakhir daya di sini sebab esok sudah mau balik menunggu waktu bersalin serta berpantang, daya mau tangkap gambaq sebagai kenang-kenangan.
kenang-kenangan sebelum dia bersalin.
atau mungkin bagi aku, sebagai kenang-kenangan sebelum aku kurus. ngeh ngeh ngeh







lepas sesi bergambaq,
daya belanja makan petang.
nasik lemak.

nasik lemak sebagai makan petang??!
aish. program kuruskan badan tentu lagi mencabar kalau lagu ni.

tapi nak buat camna kan.. dah orang ajak bersungguh-sungguh dan tak baik la juga kan punahkan permintaan ibu mengandung. ngeh ngeh ngeh





bulan makan2

dok penang. dekat dengan kampung. raya. open house. kenduri kawen.
camna nak kurang berat badan dalam masa2 genting camni?
esok ada kenduri, ada open house.
hari tu aku pi marie france. depa kata aku obese. puaka gila mulut.
naseb baik aku dah cukup tua untuk tidak mudah terganggu emosi atau terlalu terpengaruh dengan kata2 orang2 yang nak perabes duit kita nih.



nasik ayam kat tesco sg dua pon sodap..
tu tak pi warung pecal lele kegemaran lagi.
aku ada plan nak buat food diari tapi bila ntah.





dari balkoni rumah, mentari pagi

semalam aku tidoq kat rumah abang aku.
pagi tadi, terjaga dari tidoq terus bangkit selak kain tirai dalam bilik.
nampak langit berwarna.
terjun katil. tangan terus gagau kemera dalam beg tangan.
dan terus ke balkoni dan tangkap gambaq.
dengan mata yang tak dapat buka habes, kepala tingtong2, mamai2....
ini lah hasilnya...
adalah kot dalam 6 keping gambaq yang aku sempat snap.





mencabar jugak nak tangkap gambaq dalam keadaan mamai2.
tak dapat piker dan cuba sudut2 yang lebih pelbagai..

ini cubaan yang pertama. sangat tak berpuas hati.
mungkin aku akan tangkap lagi tapi dalam keadaan yang lebih bersedia.
aku sangat suka walaupun bukanlah cantik sangat kan..
hari ni, aku juga guna kemera yang sama untuk gambaq dikampung tu.
benQ dc c540, milik aini.




Thursday, September 23, 2010

8 bulan. ini bukan babak drama 8 bulan.


arix vs daya


arix.
status: bujang.

daya.
status: berkahwin. mengandung 8 bulan.


kalau aku yang tangkap gambaq dengan daya..
tak dapat beza kot yang mana satu bujang, yang mana satu berkahwin mengandung 8 bulan.









Wednesday, September 22, 2010

hari ini 13 syawal, (tak berapa?)open lab yang diiringi lagu2 raya


tadi tengah hari kami berjaya buat makan2.
raya open lab.




makanan utama kami tempah saja.
masing2 membawa kuih raya dan kerepak (tapi tidak dilayan oleh manusia yang hadir).
dan ada yang rajen membawa juadah yang dimasak sendiri.
aku haruslah tidak. duduk di hostel tidak boleh memasak. alasan yang kukuh.

contoh yang rajen memasak..
1. muna, puding roti.





2. kak marina, kek cokolat.




3. marina, pulut jangung.



4. elyn, trifle.



semua sedap. semua habes. bagus!
















couple of the year.
bukan aku kata, tapi muna. ekekek







tetamu2 terakhir....





"dr, tengok sini. senyummmm"
"ala malas la. aku kan tetamu tak diundang"
"bukan apa dr, nak buat seperais. tak seperais ke dr?"




pesta tammat jam 5.00 ptg.
makanan habes jam 6.15 petang.








pecah kaca pecah gelas
harap dapat jemputan balas.