Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, September 28, 2010

kerana itu, aku berubah

dia kenal aku macam ini.
aku kenal dia macam itu.
dia kata aku kawan dia.
aku kata kami ada hubungan yang tak bernama.
dia kata itu ayat novel.
aku kata aku pernah teringin nak jadi penulis.

dia kata aku dah berubah.
aku kata aku tetap yang dulu.
sama saja tak berubah.
dia tak percaya itu semua.

aku mahu dia percaya yang aku tak pernah berubah langsung.
walaupun hakikatnya aku memang sudah berubah.
sebab aku tak mahu terjatuh dalam lubang yang sama.
terjatuh sebab melanggar batasan yang sememangnya wujud, cuma aku yang tak pernah menyedari hal itu.

disebabkan oleh lubang itu.
kini aku bina tembok kuat sekeliling aku.

lubang itu tidak dalam,
tapi ia tetap sakit,
tetap malu.








No comments: