Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, September 21, 2010

membaca blog kelakaq lebih menghiburkan hati berbanding dengan pi jumpa bos

aku datang pagi tadi terus membaca blog orang (konon baca blog dulu nak kasi warm up).
dari semalam aku stat baca, so pagi ni sambung baca.
aku stat baca dari entry pertama dia, iaitu entry 2 tahun lepas.
aku baca punya baca punya baca, baru habes takat 1 tahun.
ada lagi banyak aku nak baca tu.
ya. aku bukan suka buat benda yang lebih berfaedah sangat.
semalam aku sorang dok dalam lab membaca blog ni sampai gelak guling2.
hari ni kontrol skit. sebab ada ramai orang di siang hari. ada rizal.
bukan jaga tatasusila sebab nak mengorat dia. tapi sebagai perempuan yang lemah lembut, haruslah aku tonjolkan sifat lemah lembut yang sedia ada dalam diri aku nih.


hari ni aku maseh tak jumpa bos disini.
takut ada. malas pun ada. kalau jumpa dia, otak aku sure letih. letih memikir nak penipu apa kat dia.
hari ni daya pi jumpa bos aku itu. bos itu hanya Bos-No-2 aku, tapi bos itu Bos-No-1 daya.
bos kata kat daya, "bilik sebelah ni dah berhantu.."
aku kesian kat bos ni. bukan takat aku ja yang kesian, kawan2 aku yang bukan under bos ni pon kesian, orang opis pun kesian. bos dah macam haru biru skit. dah tak de sapa nak mati-matian tolong dia secara rela mahupun paksarela.
aku nak tolong? ehem. nanti lah aku piker2. tunggu aku piker saja dah seminggu. kalau macam tu, tak sempat lah nak tolong, next week aku dah nak pi sabah lagi.
esok mungkin aku pi jumpa dia. mungkin aku kata. ok.
esok kalau dia marah aku ka, buat lawak sinis ka, nanti aku repot sini.
kalau hati terluka makan dalam kena marah, mungkin aku tak kan report disini.



hari ni semua budak darjah enam seluruh malaysia amik upsr.
anak buah aku yang ke-2 yang punya tinggi lebih dari aku, mat anip, juga turut serta dalam upsr tahun nih.
harap2 dia boleh jawap dengan tenang tanpa fikir yang bukan2 sewaktu jawap peperiksaan.
contoh persoalan2 hidup yang buat dia tak tenang tika bersekolah adalah, nanti sekolah menengah tak mau sekolah jauh2, tak mau masuk asrama, nak sekolah dekat rumah tok teh dia saja ataupun fikirkan camna nak makan ayam kfc yang ada bawah tudung saji di waktu tengah malam tanpa disedari oleh wan halim.
harap dia boleh jawap dengan jayanya. nanti sure tok teh gembira.
aku dulu masa upsr, tak paham sangat apa itu studi. main masuk ja exam. bukan baca buku sangat pon. asyik kena rotan sebab pi keluaq main sampai tak hengat donia balik rumah waktu magrib.






oh. esok juga ada raya open lab.
senarai jemputan bukan aku yang buat.




psstt.. dengaq kata, esok juga ada jamuan raya anjuran skol, tapi tuk staf saja. tsk.






No comments: