selamat hari malaysia.
cewah cewah.
hari ni pulang ke lab.
nampak gigih seperti biasa.
juga rasa gigih seperti biasa.
-end.
hari ni mau tiru gaya tulisan suhaili.
cewah cewah.
oleh kerna ada masalah teknikal,
gambaq raya dari kamera abang2 aku tak sempat nak buat copi bok mai sini.
so mungkin lambat lagi akan letak gambaq2 raya, atau mungkin dah tak akan letak langsung gambaq raya kat sini.
-end.
balik ke lab penang mau sudahkan semua apa yang patut sebelum pi kk balik.
terutama pasal result.
-end.
masa raya,
seperti biasa,
soklan berkenaan bila nak habes mengaji akan keudara.
kali ni aku jawap dengan yakin sekali, hujung tahun ni habes!.
tahun2 lepas pon jawap dengan yakin jugak. contoh jawapan tahun lepas punya, tahun depan habes! atau takat tahun ni saja!.
yakin sekali.
-end.
hakikatnya,
aku tak larat dah nak dok macam ni. kena bagi habes cepat.
dan aku juga dah malas nak perabes.
antara kena perabes cepat dan malas nak perabes,
aku yakin pilih kena perabes cepat!
-end.
harap2,
The-Big-Bos boleh jadi main SV lagi.
-end.
tak tau kenapa,
aku tengah alami masalah malas nak angkat kamera.
malas nak tangkap gambaq. malas nak uplod gambaq.
ini masalah agak serius.
kalau aku tak selalu tengok kehidupan aku melalui kanta kamera,
maknanya, rasa penghargaan aku terhadap kehidupan aku secara keseluruhan turut menurun.
ya. kini aku lihat hidup aku agak boring. agak kaku. agak patah.
-end.
malas nak angkat kamera juga mungkin disebabkan oleh masalah kualiti kamera aku yang pi pebaik pon tak guna tu.
aku balik raya, tengok lagi bertambah orang keliling pakai dslr.
dulu aku berkeinginan sangat.
tapi dah kurang sekarang.
sebab bila aku tengok balik motif aku nak beli, aku rasa aku tak perlu sangat.
aku ni dah la jenis malas skit nak belajaq benda baru. dslr tu mampus banyak benda nak master.
aku ni akan belajaq benda baru yang betul2 aku minat dan aku perlu tahu.
aku tak rasa dslr dapat memberi apa yang aku nak dari tangkap gambaq.
aku lebih suka tangkap gambaq yang lebih kearah peribadi, dan penghargaan terhadap kehidupan dan sekeliling.
aku bukan mau tangkap gambaq permandangan lepas tu edit sampai nampak tak real.
atau tangkap gambaq bagi nampak kehidupan yang cool lagi hip.
tapi itu ikut suka hati masing2 la kan.
aku suka gambaq yang ada perasaan. walaupun perasaan itu hanya aku yang rasa.
-end.
sambung kerja.
-the end.
2 comments:
byknya end hang?tp tak end2 jugak..hehhehe
jumpe kta nanti ya
muhahaha.
bok balik kui raya byk2 wei
Post a Comment