Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, October 11, 2010

(aku rasa mungkin) ini tanda2 aku sudah tua: risau 1

sabtu lalu,
aku dan aini plan nak pi pulau.
mau terjun laut.
mau bagi ikan makan roti dalam laut.
mau tengok coral.
lagi.

pada malam hari jumaat tu,
aku (dan aini) dah bersedia bagai la ni nak pi terjun laut.
rapi punya persediaan.

memori kad dalam kamera dah kosong. kamera aku dan kamera aini.
baju salin dah siap packing dalam beg.
dah atur baju mana nak pakai masa pi laut.
selipar baru untuk ke laut dan pantai sudah dibeli. rm10 sepasang dan color pink. pink terang lagi.
teruja nak try kamera waterproof.
roti dua buku telah dibeli. untuk dibagi makan ikan.
sayur, mee kuning dan sotong telah tersedia dalam peti ais. tunggu nak goreng ja lepas subuh.
sunscreen dah tersedia dalam beg.
kuku ibu jari kaki dah dipotong molek. sebab kalau pi pantai atau laut atau tempat berair yang lain, kaki ni selalu menjadi model.
pemandu bot pon telah dihubungi. pemandu bot yang bini dia pernah marah2 kat aku takut laki dia tu tak balik 3 hari sebab mai jumpa aku. apa jadahnya. masa tu aku kat penang, laki dia dok kk.

dan alarm pon dah di set. nak bangun jam 5pg.



sekali...
jam 4.30pg,
aku terbangun.
sebab dah mimpi pelik2.
terpiker pelik2.
semua risau pasal mati lemas.
naik bot. hujan lebat. bot berlanggar. jatuh dalam laut. mati lemas.
gila punya takut.

jam 5pg, aku kejut aini.
suruh dia yakinkan aku untuk pergi.
suruh dia yakinkan aku ini semua hanya mainan perasaan, mainan tipu daya iblis.
aini tak berjaya.

jam 530pg. aku telepon rumah.
kejutkan abah dan mak aku bangun.
cakap dengan mak, abah aku dengaq kat sebelah mak. mungkin pelik sebab apa jadahnya aku call subuh2 gitu.
aku tanya mak aku kot2 dia ada tak sedap hati pasal aku kat sini.
sebab aku rasa mak2 ni ada naluri pasai anak2 depa. kalau ada apa2 benda2 buruk nak jadi kan. macam dalam drama tu, macam dalam suratkabaq tu.
mak aku cakap, dia memang selalu risau pasai aku dan anak2 dia. tapi tak adalah yang spesifik terhadap aku tuk hari tu.
aku dah mula nak sedap hati balik.
tapi sekali, mak aku kata abah aku tak kasi pi pulak. "kalau dah tak sedap hati tu, abah kata tak payah la pi".
mungkin depa yang ok pon jadi tak ok, tak sedap hati bila aku tiba2 call jam 530pg pasai tak sedap hati ni.
aku ni, kalau mak abah tak kasi, aku tak berani buat. walaupun dah besaq panjang.
(bunyi macam anak yang baik kan aku ni.. ekekekekkek. tapi aku ada la cara nak kasi mak abah tak payah kata boleh ka tak. itu lain kali aku cerita macamna aku buat)


dah mak abah tak kasi,
aku pon tak jadila pi.

kesian kat aini,
aku kiranya spoil plan kami la.
1st time plan tak menjadi.
aku paham camna perasaan seperti kita nak sangat buat, dah plan bagai, sekali tak jadi.
kalau diri sendiri penyebab plan tak jadi pon rasa nak marah nak tendang dinding, ini pulak bila ada orang lain yang rosakkan plan.
tapi nak buat camna kan.. aku dah takut gila.
takut nak mati ni lain benar perasaannya.
teringat habes mak abah, famili, masa depan, dosa pahala.
maaf ya aini.


lepas tu, bukan aini ja rasa nak hantuk kepala kat dinding,
bila hari sabtu tu cerah sampai ke petang. malam hari pula hanya hujan rintik2 saja.
tapi tu la kan. nak buat camna, dah takut kan.
mula2 takut nak mati, pastu takut musibah akan berlaku bila mak abah tak kasi pi plak.


aku ni ada masalah la skit.
tak tau nak bezakan yang mana satu naluri hati atau mainan perasaan.
korang boleh beza dak?

aku rasa aku ni dah makin tua la.
dulu2 aku tak kesah sangat. main redah ja.
kalau ada rasa tak sedap hati, aku ada penawarnya. ada kaedah nak hilangkan semua yang negatif2 tu. ada set pemikiran untuk buang semua yang negatif tu.
tapi kali ni, semua itu tak mencukupi untuk buang semua kerisauan dan semua rasa tak sedap hati tu.


kalau lagu ni gayanya, bila aku jadi mak mak nanti, sure aku boleh mati dalam kerisauan.
risau semua benda. anak2 la terutamanya.
aish.

makin tua,
makin banyak benda nak risau...








6 comments:

Mengkuang berduri said...

hehehe...kelakor la u neh.... mati dlm kerisauan a.k.a sakit jantung la kot....

husna said...

hehhehee.. saya takut gila masa tu kak sitaaa

Daya Rudy said...

husna
aku penah rase nacam tu
serius..
rase macam mati tu dah makin dekat..

ade hikmahnya ko rase macam tu...
percayalah..

tak pe, lain kali boleh pegi..
no regret...

husna said...

aku rasa kalau aku pi, aku akan mati.
gila.

hikmahnya...
selalu lah ingat Allah.
bersedialah utk mati, sentiasalah beramal.

mmg lain kali nak pi.
mungkin p masa aus datang.

Nadiah Sidek said...

"kalau lagu ni gayanya, bila aku jadi mak mak nanti, sure aku boleh mati dalam kerisauan"

hahahaha...tergelak besar akak baca ayat tu! adoi la husna ni...mula2 baca mcm serius je bila nak habis ayat, kelakar pulak akak rasa. hahahahaha (sambung gelak lagi..ekeke..)

husna said...

hehehhehehe..
takut la nak jd mak. risau tak habes2. mak husna pon jns risau macam2. anak la. cucu la.sian.
tp kita jg y buat dia risau.
ekekekekkek.
ucapan husna tuk kak nadiah. selamat la merisaukan diri.
ekekekekkek. boleh??