Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, November 30, 2010

kalut dan maseh tak tau bila boleh balik

hanya kalut yang memenuhi hari aku.
sampai jadi tak dak benda nak cerita kat sini.







ini saja yang aku mampu update.
dari aku yang (tak brapa) jauh kat sini.







p/s: aku rasa, ini pertama kali aku tatau nak tulis apa.

p/s/s: oh ya. besok dah masuk disember. cepat betul tahun ni berlalu kan.

Thursday, November 25, 2010

d'bayu cafe ums


sebenaqnya nak cerita pasal umah kami yang selalu kena serangan gangguan bekalan ayaq sejak 20hb sampai la ni, sampai merosakkan semua mood. mood buat kerja, mood tulis tesis, mood mandi berjam2, mood masak, mood makan, mood tidoq, mood basuh baju, contohnya.

gambaq atas adalah makanan pagi tadi. masak kalut2 diawal pagi takut ayaq takdak tengah asyik masak2. sebenaqnya, goreng bihun tu tuk bekalan makan t/hari di lab, tapi dah licin awal2 sebelum ke lab lagi, makan sementara tunggu bos datang hangkut kami ke lab.

gambaq bawah plak, masa makan t/hari tadi.
gila gigih menapak dari sktm ke cafe tu. d'bayu cafe. jaraknya seperti dari desa aman damai ke red house di usm.
sepanjang kami berdua dok sini, ni kali pertama makan kat situ. selalunya, bawa bekal atau makan kat sekolah sktm ni atau tahaq perut saja.
seronok juga kat situ. makanan oklah. ikut standed sini.
kalau bandingkan dengan anjung budi usm, kat sini seronok sebab nampak laut lebih jelas skit tanpa ada pucuk2 pokok yang boleh ganggu permandangan. tapi suasana cafe, meja kerusi, pinggan mangkuk, anjung budi lebih ok kot.
tu kalau aku bandingkan dengan anjung budi lah.









la ni tengah pujuk aini, aku ajak dia pi lagi situ esok.
esok nak menulis tesis kat cafe tu. macam seronok saja suasananya untuk menulis.
sambil tengok laut, sambil pipi dibelai angin lalu.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
"hati rs bahagia bila ditiup angin malam, menatap wajah sang kekasih, dia membelai pipi aku, aku tak mahu malam itu berakhir"
selamat pengantin baru! semoga bahagia hingga akhir hayat dan semoga suami kau tak cari lagi satu.


lompat husna lompat

semalam,
aku dapat berita yang orang terdekat baru tau kena hantaq tesis dalam masa terdekat nih.
lebih dekat dari tarikh aku kena hantaq la.

terkejut. dia lompet. orang lain pon lompet.
aku pon tumpang lompet sama.
lompet tuk dia,
dan paling penting lompet tuk diri sendirik.


gila.

tadi pulak terdengaq The-Big-Bos bercakap dengan Bos-No-2 dalam telefon.
nama aku naik disebalik projek juta-juta mereka.

lagi sekali aku lompet.
bulu roma tegak, jantung berdegup kencang.

betul2 gila.



ok. releks husna releks.
itu penting.

Wednesday, November 24, 2010

(buku) cerita piala dunia oleh lucius maximus

: review oleh perempuan yang tak minat sangat dengan bola sepak.



sebelum tu,

aku kasi cerita skit pasal aku dan bola sepak.

perasaan aku terhadap bola sepak adalah sama saja dengan sukan2 yang lain. semua sukan aku tengok. renang, basikal, berkuda, hoki, badminton, moto gp, F1. eh, semua la kiranya.kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok perlawanan badminton aku ikut dan kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok bola pon aku ikut juga.

aku kira, aku layan semua sukan dengan sama rata.


habes tu awat aku beli dan baca?


aku bagitau penulis dia iaitu lucius maximus,
aku beli sebab nak sokong buku indie malaysia.


tapi aku tak bagitau dia 2 sebab yang lain, iaitu,
1. aku nak jumpa penulis buku ni.
2. aku nak gandingkan buku ni dengan buku fever pitch oleh nick hornby kat rak buku aku.


pendapat aku tentang buku ni lepas habes baca?
pembacaan yang menyeronokan dan berinfomasi.


sebagai seorang yang suka sejarah dan geografi,
aku mudah untuk suka pada buku yang ada cerita tentang sejarah dan geografi yang ditulis oleh penulis yang minat dengan sejarah, geografi dan politik ini.


juga sebagai seorang yang suka membaca di wikipedia,
aku mudah untuk suka pada buku yang penuh infomasi ini.
banyak pengetahuan baru aku dapat.
seperti bukak wikipedia, contohnya, kalau bukak wiki, cari pasal fifa world cup, seterusnya klik germany, klik german empire, klik nazi period, klik adolf hitler, klik eva braun, klik rolleiflex, klik lagi, dan lagi. banyak infomasi dapat.
macam tu la jugak dengan baca buku ni.


adakah lepas baca buku cerita piala dunia ni aku nak berjinak2 dengan sukan bola sepak, pi main futsal contohnya?
jawapan tetap sama dengan sebelum baca buku ni. tidak minat sangat dengan bola sepak.





ok. siap review buku.
aku punya tesis pulak tak berubah banyak.
adui.

Tuesday, November 23, 2010

husna cepat la balik!!

sahabat aku dok keriau suruh aku balik.
rakan2 lain pun dok suruh balik cepat.
famili pon tanya.
pakat semua tanya bila aku nak balik.

aku sendiri pon tertanya2 bila nak boleh balik.

soklan2 tu, aku panjangkan kepada bos besaq pulak.

bos, bila bos nak beli tiket?
balik bila hang habes. bila nak habes ni?



itulah jawapannya sahabat2, rakan2 dan ahli famili semua.
aku balik bila aku siap semua.








dan bila pulak aku nak siap semua?




perubahan awan dikala senja

sebelum ni,
kalau tangkap gambaq langit senja,
aku bukannya tengok langit senja tu betul2.
sebab selalunya usaha lebih ke arah nak cari sudut mana ok tuk tangkap gambaq langit senja.
ataupun sebab tangkap gambaq langit senja dari dalam kenderaan, so tak dapat lah nak perati sangat.
masa beraya kat umah mak teh aini,
aku buat pertama kalinya, perati betul2 perubahan awan2 dan langit senja. seronok dan asyik.
sebab nak cari sudut nak tangkap gambaq sangat lah terhad. dok kat balkoni saja.
so dapat lah perati betul2 awan2 tu berubah dan bergerak menghala ke timur.
(kalau matahatari nak terbenam, awan akan bergerak ke timur ka? aku nak kena pi cari jawapan ni. kat wiki kalau ada)
























Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aldiladha!

dan maaf zahir dan batin tuk semua!


ni kali ke-3 aku tak balik raya haji kat rumah.

pertama kali tak balik adalah masa matrikulasi,
masa tu semua tak boleh balik.
ada kenduri korban. tolong kupas bawang. solat hari raya kat dataran matrik. syok juga masa tu.

kali ke-2 adalah masa 3rd year 1st sem, masa undergrad,
nak dekat exam aku rasa.
dari hostel saujana, jalan kaki pi solat raya kat semejid. syahduu..

dan ini adalah kali ke-3.
dok umah mak teh aini ni.
tumpang sedara orang pon oklah jugak kan.

kalau dibandingkan dengan orang yang lagi jauh tak leh balik raya..
eh bukan takat tak leh balik raya, tak boleh balik dalam masa 3-4 tahun tuh.
aku kira ok lagi juga la kan.

tapi kesian kat mak aku.
ni 1st time takdak orang perempuan kat umah.
adik aku beraya kat kuching.

bang caq aku boleh la diharap jugak.
tapi kalau anak lelaki ni lain juga la kan..
nasib baik ni raya haji ja.. orang yang mai umah pon tak la seramai masa raya posa.
kalau dak, lagi kesian kat mak aku. kalut dia.


Monday, November 15, 2010

seabear. seabear. seabear.

Concert à Emporter Seabear - Lion Face Boy from Nathanaël Le Scouarnec on Vimeo.


band: seabear

lagu: lion face boy.

album: we built a fire.

la ni aku tengah gila dengaq lagu2 seabear. terima kasih tuk marina sebab perkenalkan seabear kat aku dan kasi lagu2 seabear kat aku.

mereka punya lagu sangat sedap. lagu yang paling aku suka takat ni adalah in winter eyes.

aku juga kasi lagu2 seabear yang marina bagi ni kat zati. aku suruh dia dengaq, sebab dia suruh aku dengaq lagu dia suka. aku kata kat zati, bila aku dengaq lagu2 seabear, aku rasa cam dok dengaq sambil dok keliling unggun api. pastu zati kata, dia boleh bayangkan macamtu dan dia tambah aksi bakaq ikan dan dok kalih2 ikan tu kasi masak.

marina, hang setuju dak bila aku kata aku bayangkan dengaq lagu seabear sambil keliling unggun api?

p/s: dulu aku sangat biasa dengan unggun api, sebab tu aku boleh bayangkan ada unggun api sama.


p/s/s: lusa raya. aku tak dak. adik aku tak dak. harap2 abang2 aku terutama bangcaq, tolong mak k. tolong cuci dapoq, tolong boh kain tirai. tolong boh sarung kusyen. tolong kemas bawah tangga. dan tolong benda2 lain lagi.


bila mai kk, aku dok sini

ini gambaq waktu senja.
lagi 10 minit lebih kurang nak magrib.
matahari senja tak dapat tangkap, langit senja pon jadilah.















Saturday, November 13, 2010

setelah beberapa hari tak makan nasik

kemarin/semalam petang,
sebelum balik rumah, dari lab,
aku singgah pi beli barang basah.
bos pon nak beli barang jugak.

masa kat gerai juai sayoq,
aku nampak sebungkuih daun2 yang dah siap dipotong yang berwarna cantik.
seperti dibawah.
ada daun kucai, daun bawang, bunga kantan dan cili burung.


masa nampak benda ni,
aku tanya bos, "nak makan camna benda nih bos".
dia jawap, "makan dengan ikan bilis boleh, ikan kering boleh".
aku tanya lagi, "orang masak macamna?".
dia jawap, "tumis".

berdasarkan dua jawapan tu,
aku hentam masak saja,
dan inilah hasilnya bila dah masak.

benda2 macam ni kena makan dengan nasik baru sedap.
so, hari ni makan jugak la nasik setelah beberapa hari tak makan nasik.
tak kan nak makan nasik dengan benda tu saja kan.
maka aku gandingkannya dengan sotong goreng.


ah. gila puas makan.
eh, alhamdulillah.....
nikmat betui.
aku ni jenis boleh makan nasik tanpa lauk berkuah.
kering2 macam tu pon aku boleh makan dengan puas hati tanpa mengkelan.


sihat ka macam nih? boleh la kot

aku tengah cuba tuk kurangkan berat badan.
dan aini pon sama. dia ada jeans baru yang kecik.

dan ini adalah menu aku dan aini semalam.
nampak macam sihat kan?





lepas makan sorang setongkoi jagung (betui ka orang panggil setongkoi?)
dan 2 keping roti bersama intinya..
serius sangat kenyang!
:
:
:
p/s: jagung dibakaq guna api dapoq gas.

Friday, November 12, 2010

eat, pray, love oleh elizabeth gilbert


ok. dah lama tak cakap pasai buku.
dalam dok memulun tulis thesis, sempat jugak la aku baca novel/buku.
cuma tak sempat nak review kat sini.

tapi,
hari ni rajin nak mengreview buku.

eat, pray, love oleh elizabeth gilbert.

ya. aku akui, aku beli dan mula baca buku ni pon sebab pasai filem dia.
sebenaqnya, sebelum aku terdengaq tentang akan munculnya filem ni, aku dah selalu rasa nak beli buku ni, tapi tak beli2.
eat, pray, love memang dah lama dok dalam list memoir yang aku nak beli dan baca.
selalu jugak aku pegang buku ni, pusing2 kedai buku tengok buku lain dengan niat nak beli la, tapi bila terjumpa buku lain, aku tak jadi nak beli eat, pray, love.

kesimpulannya, aku baca eat, pray, love bila nak dekat2 filem dia nak ditayangkan.
aku baca sekerat, pastu tonton filem dia.
ah. tak pernah nak ambil iktibar dari pengalaman dulu2. jangan tonton filem yang dibuat berdasarkan buku yang pernah kita baca.
hasilnya memang sungguh tak memuaskan untuk menonton filem yang sebegini.
mesti rasa nak bandingkan filem dengan buku.
mestilah buku lebih baik.
kalau tonton filem dulu, lepas tu baru baca buku, baru ok skit.
dan mungkin kadang2 akan rasa filem lebih bagus dari buku.

ok. kita berbalik pasal buku dia.
aku mau review.
eh bukan review la sangat kan.

kita mulakan dengan apa respon aku terhadap buku nih.

buku ini dalam kategori memoir.
aku memang suka memoir.
awat aku suka memoir, lain kali aku bagitau.

tapi bila baca buku ni, memoir ni,
aku rasa ada benda yang ditokok tambah, untuk penyedap jalan cerita.
ntah la.
tapi apa2 pon, aku tetap suka eat, pray, love.
eat, pray, love tetap best.

aku rasa, dengan keluaqnya filem ini, semua orang dah tahu jalan cerita eat, pray, love.
toksah aku nak cerita dah kan.

dari awal pembacaan lagi,
aku sudah dapat memberi respon. dan ambil apa yang aku patut paham melalui buku ni.
(pemahaman dan respon dari sesuatu perkara adalah berbeza2 bagi setiap orang)

bila dia started to pray,
bercakap secara terus dengan tuhan untuk pertama kali,
dan bila dia kata dia nak bersama tuhan sentiasa.

mesej yang aku terima, ya, TUHAN adalah segala-galanya.

hanya Dia,
tempat kita bergantung.
tempat kita mencari kekuatan.
tempat kita mengadu.
tempat kita meminta pertolongan.
tempat yang boleh mengamankan jiwa kita.
bila mana kita tak berupaya untuk mengetahui dari mana semua kekosongan dan kesedihan itu datang.
dan bila mana kita tak berupaya untuk menyuarakan isi hati kita kepada orang lain.


pasal Tuhan adalah perkara pertama dan utama yang aku respon.
selain tu ada banyak lagi benda yang dapat melalui buku ni.
contohnya, buku ini banyak cakap soal keseimbangan.
keseimbangan antara semua perkara.

buku ni ada juga buat aku menangis.
yang paling aku ingat adalah,
(1) masa dia tulis petition to God dan kawan dia Iva yang sangat supportive tu, sign it. malah Iva juga sign tuk nama2 yang mungkin menyokong petition liz berkenaan kes penceraian dia (m/s 33).
(2) masa kawan dia sheryl cakap kat dia, "tell the truth, tell the truth, tell the truth" (m/s 99) walaupun kawan dia tak tau pon apa masalah yang membebani liz.
(3) bila richard from texas berkata-kata. itu masa di india.


untuk memoir,
aku sangat suka akan kata2 semangat yang ditulis didalamnya.
dan seperti memoir2 lain, aku baca eat, pray, love dengan highlighter kuning ditangan.

antara yang best.


desperate love is always the toughest way to do it.
in desparate love, we always invent the characters of our patners, demanding that they be what we need of them, and then feeling devastated when they refuse to perform the role we created in the 1st place. (m/s 19)


but why must everything always have a practical application? m/s 24.
(berkenaan sebab kenapa dia nak belajaq italian dan kenapa perlu pi itali)


(liz) you must be very polite with yourself when you are learning something new. m/s 59.


(the augusteum warns me) not to get attached to many absolete ideas about who i am, what i represent, whom i belong to, or what function a may once have intented to serve.
one must always be prepared for riotous and endless waves of transformation. m/s 79.


better to live your own destiny imperfectly than to live an imitation of somebody else's life with perfection. m/s 100.


you are, after all, what you think. your emotions are slaves to your thoughts, and you are the slave to your emotions. m/s 139.


(but) a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that's holding you back, the person who bring's you to your own attention so you can change your life. a true soul mate is probably the most important person you'll ever meet, because they tear down your walls and smack you awake. but to live with soul mate forever? nah! too painful. soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then they leave. m/s 157.


you need to learn how to select your thoughts just the same way you select what clothes you're gonna wear every day.
if you want to control things in your life so bad, work on the mind.
this is not about repression or denial.
repression and denial set up eleborate games to pretend that negative thoughts and feeling are not occurring.
instead, admitting to the existence of negative thoughts, understanding where they came from and why they arrived, and then- with great forgiveness and fortitude- dismissing them. m/s 187.


there are only two questions that human beings have ever fought over, all through history.
how much do you love me? and, who's in charge?
everything else is somehow manageable. but these two questions of love and control undo us all, trip us up and cause war, drief and suffering. m/s 165.


happiness is the consequence of personal effort. you fight for it, strive for it, insist upon it and sometimes even travel around the world looking for it. m/s 272.



uish. ponat menaip nih.

ok. selain tu, dalam ni syok juga baca pasal sejarah italy, sejarah bahasa itali, sejarah bali dan juga sejarah yoga.
dalam ni, aku banyak paham jugak pasal yoga.
yoga yang orang selalu nampak dan paham selama ini adalah pasal senaman yoga. yoga yang melibatkan aktiviti melentur badan tu.
tapi, senaman tu semua hanylah hatha yoga. hanya sebagian kecil dari yoga. yogis buat senaman regangan cam tu sebab untuk sediakan diri mereka untuk duduk bermeditasi berjam2 lamanya tanpa bergerak sedikit pon. susah oo nak duduk senyap2 berjam2 tak bergerak.
yoga sebenaqnya lebih dari itu. ia melibatkan banyak aktiviti meditasi dan disiplin2 lain untuk find union dengan Tuhan. dan mereka juga banyak guna mantra untuk buat benda2 nih.
aku rasa hat ni yang menyebabkan majlis fatwa malaysia haramkan yoga. yoga secara keseluruhan. yoga dalam erti kata sebenaq.
kita sebagai muslim, kita ada cara kita sendiri tuk perkara2 yang melibatkan Tuhan.
kalau takat nak buat yoga hat senaman berbelit2 tu, takpa la kan. sebab tak melibatkan mantra. tu salah satu kaedah senaman saja. kaedah regangan badan.
kalau kata buat pilates lebih senang kot. walaupun pilates sama ja dengan senaman yoga kan.


ok. serius penat menaip.
kesimpulanya, korang baca la eat, pray, love nih.
serius best.



p/s: lepas baca buku ni, dan tonton filem ni, aini terus rasa nak pi italy. dan terus lapaq pizza dan pasta.

aku, november 2010

entry kat bawah, boh gambaq ogos 2006,
entry kali ni, boh gambaq aku yang terkini plak.
november 2010, semalam punya.

masih muda remaja dak?
ekekekekkek





jarang sungguh aku nak bergambaq.
payah nak tangkap gambaq aku ni.
payah nak dapat sudut yang kena. sat nampak gemuk la, sat nampak lengan besaq la, sat nampak pipi tembam la, sat nampak dagu berlapis la, sat nampak kaki besaq la.
"husna, hang kena terima kenyataan yang itu adalah imej hang yang sebenaq". sahabat aku pernah menyuarakan kenyataan itu. ekekekekek. betul la.. tapi kan...
hahahahahaha.

time dok tunggu makanan lah masa paling senang dan sesuai tuk bergambaq.
tapi kat sini, aku jarang makan kat luaq. masak ja memanjang.
so makin jarang la aku berposing depan kamera.
semalam teringin nak makan pizza.
maka pizza hut pilihan yang paling senang cerita.
dah lama aku tak masuk pizza hut nih, kesan daripada kerap terima layanan dan presentation makanan yang kurang elok. jenis cincai.



Monday, November 08, 2010

ogos 2006




ogos 2006 adalah gambaq paling tua yang terdapat dalam komputer aku.
(hat lain dah burn masuk cd. gambaq2 tahun ni ja ada dalam komputer.)
selepas menikmati sarapan yang sedap seperti gambaq entry di bawah,
seronok jugak tengok gambaq dolu2.
muda remaja masa nih.
;
:
:
:
:)

(ingat) nak berdiet (balik)


berdasarkan daripada pengalaman aku tentang diet, tentang nak kurangkan berat badan...
ada beberapa peringkat yang aku alami.
:
peringkat 1: tiba2 risau, tiba2 rasa gemuk (walaupun memang gemuk), tiba2 rasa dah tiba masa tuk berdiet balik.
tapi pada peringkat ni, itu semua hanya rasa2 saja. rasa2 ikan. tak dak la bersemangat sangat ka apa. hari ni risau gemuk, meroyan kat sahabat2 kata diri ini sangat gemuk sampai sahabat2 naik muak, pastu esok, tak rasa apa2 plak. tu aku memang selalu buat lah.
:
peringkat 2: kerisauan makin kerap terbit. terbit dimana saja, bilamasa saja. time duduk rasa perut berlapis, time berdiri rasa pendek, time berjalan rasa peha berlaga (walaupun memang setiap masa berlaga), time makan rasa termakan banyak, time berlari2 anak nak lintas jalan rasa badan berat, time tengok cermin rasa muka kembang semacam, dan macam2 time lagi.
:
peringkat 3: kumpul semangat nak berdiet. mula buat perancangan nak berdiet. dah plan skit2 nak buat camna tuk kurangkan berat badan. nak makan apa, nak senaman kat mana.
:
peringkat 4: semangat sudah cukup untuk mulakan langkah pertama. nak mulakan diet ni bukan mudah. sungguh malas oooo.
:
peringkat 5: konsisten. hari2 senaman. hari2 ikut diet. kalau tewas disini, tak boleh la pi ke peringkat seterusnya. maka, dalam masa2 tertentu, akan terulang balik peringkat 1 dan seterusnya.
:
peringkat 6: kalau berjaya pada peringkat 5, berat badan akan turun sebanyak 3kg. turun secara pantas, ikut juga seketat mana diet yang diamalkan. lagi ketat diet tu, lagi cepat turun. kadang2 boleh turun 1 mingg 1 kg, kadang2 boleh turun 3kg dalam 1 minggu.
:
peringkat 7: mula rasa bosan berdiet. dah turun 3kg, tapi kg ke-4 lambat betul nak turun. kadang2 2 minggu bersenam dan berdiet secara konsisten pon masih tak turun2. kadang2 sebulan pon tak turun2. badan nak cuba stabilkan dengan berat badan yang berkurang sebanyak 3kg tu. masa nilah, semangat perlu ditambah lagi. kena lagi tabah, kena lagi kuat berdiet dan bersenam. tapi aku seringkali tewas disini. bilamana tengok mesin penimbang tak berubah. kalau berubah pon, dia menghala ke arah yang lebih berat. tapi aku pernah sekali berjaya ke peringkat seterusnya.
:
peringkat 8: turun kg ke-4. syok sungguh masa nih. masa ni, aku mula seronok. lupa diri. dah mula makan balik benda2 yang tak leh makan. sebab berminggu2 tak makan hat sedap2. hat berkalori tinggi. hat segara. mula rasa yakin, "ala hari ni ja aku makan ni, esok aku sambung balik diet seperti biasa". tapi hari ni makan, sok aku makan lagi, lusa aku makan lagi.
sedapkan hati dengan berkata, "esoklah aku sambung diet".
lepas tu, terus tak mau sambung dah.
dengan sifat sebeginilah, aku masih tersekat diperingkat ini sampai sekarang bila aku memilih untuk kurangkan berat badan.
:
:
peringkat2 yang seterusnya...
nanti kalau aku dah berjaya melepasi peringkat 8, aku sambung cerita lagi ok.
:
:
:
:
p/s: gambaq kat atas adalah menu sarapan pagi tadi. aini buatkan.

Friday, November 05, 2010

gila. takut.


kalau masa dah makin suntuk.
aku mudah untuk jadi gila.
gila melalak menyanyi. gila makan. gila risau. gila susah nak lena.
:
:
buat kerja sambil bukak playlist yang lama.
yang ada banyak lagu. yang lagu2nya aku reti nak menyanyi. eh bukan, reti nak melalak sebenaqnya.
coldplay. the beatles. franz ferdinand. the strokes. soundtrack filem once. mika.
:
aini geleng kepala ja tengok aku.
:
:
:
:
oh. aku. takut.

tiada duit, dok kat rumah senyap2, buat kerja

tetamu tak jadi tidoq kat rumah aku.
tapi mungkin esok dia mai jenguk aku.
aini pulak tak dak dirumah. pi melawat saudara mara.




oh ya. hepi diwali!

Thursday, November 04, 2010

tetamu ke-2

hari jumaat ini mungkin aku akan terima tetamu.

sahabat aku nak mai.
dia plan nak tidoq semalam dua kat rumah aku.
yeay!

dia terbang ke kk dari kl.
kalau dari penang, aku ingat nak pesan dia bok mai 2 bungkuih pecal lele dari warung pecal lele kegemaran.
untuk aku 1, untuk aini 1.
gila kempunan pecal lele nih. kira2, dah 4 bulan lebih aku tak makan pecal lele.
balik penang masa hari raya pun tak dan nak makan. tuan kedai balik cuti raya di indonesia lama sangat.


dan kalau keadaan mengizinkan,
pertengahan bulan ni, kami akan terima tetamu lagi.
dan beliau mungkin akan terbang ke sini dari penang.
kepada sesiapa yang berkenaan tu, "pecal lele 2 bungkuih!!"


Wednesday, November 03, 2010

hat sedap-sedap: kopi, nescafe dan seangkatan dengannya



seperti aku makan mussels sebab depa nampak cool,
begitu juga sebab aku minum kopi.
sebab cool.

ok. memang tak leh nak terima kan alasan ni.tapi kebanyakkan benda aku makan pasti melibatkan ke-cool-an sesuatu benda.
dan juga cantik dan warna-warni sesuatu makanan.

ok. berbalik kepada nescafe, kopi dan seangkatan dengannya.

dirumah aku,
nescafe adalah minuman wajib.
jadi wajib sebab mak aku sangat suka minum nescafe.
kalau tak minum waktu pagi, minum waktu petang atau malam.

oleh kerana aku dari kecik dah terdedah dengan nescafe,
maka aku jadi immune dengan nescafe. dan juga jenama kopi yang lain.
minumlah pada waktu tengah malam, kalau aku nak tidoq, aku tidoq juga.
nescafe tak kan beri kesan apa2 terhadap kadar kecegasan mata aku.

pendedahan sejak kecil terhadap nescafe bukan bermakna aku kuat minum nescafe.
atau perlu minum hari-hari. seperti mak aku.
aku minum ikut suka hati. ikut mood.
sebab aku ni kurang berminat dengan ayaq manis. ayaq bergula. sebab nanti tekak aku akan dahagakan ayaq kosong jugak.

teringat masa kecik2,
kalau pi rumah orang dengan mak aku,
orang nak bancuhkan teh (atau ayaq lain),
mak aku akan cakap kat tuan rumah, "tak payah la susah2, husna (dan dayah) ni bukan minum pon ayaq2 manis nih".
tapi seperti biasa, tuan rumah akan bancuh juga kan.
bila terhidang, aku (dan adik aku) akan minum sampai habes, dan kadang2 nak dituangkan lagi.
minum teh o panas cicah biskut empatsegi kat rumah orang memang sedap.
lepas 4 5 kali mak aku terkena, dia dah tak tegah dah tuan rumah untuk bancuh ayaq guna alasan yang sama.
alasan dipendekkan kepada, "tak payah la susah2".

ok. berbalik kepada cerita pasal minum ayaq manis.
ya. aku agak jarang minum.


kat rumah aku,
jenama kopi yang diminum hanya nescafe.
kopi cap lain mak aku tak layan.
kopi cap lain aku pon tak layan sebelum ni.

sehinggalah kira2 5 tahun lepas,
aku terminum kopi ais kat kedai makanan siam kegemaran pada waktu itu, berkat.
dia punya sedap, dia punya pekat, toksah kata.
memang sedap. memang pekat.


lepas tu,
corak meminum kopi dan perasaan aku ketika minum kopi adalah seperti biasa2 lagi. belum bertukaq.
sehinggalah aku perlu membuat latihan presentation masa ambil workshop amende ntah anjuran ips.
untuk latihan presentation, kumpulan aku ambil tajuk ada kena mengena dengan kopi.
sambil mencari maklumat tentang kopi, aku berjumpa dengan espresso dan kopi2 yang menggunakan espresso sebagai base.
bermula saat itu, aku tidak lagi rasa kopi itu adalah benda biasa2.
aku mula seronok minum kopi.
mula rasa cool bila minum kopi.
ya. rasa cool.

kalau pergi kedai kopi kegemaran,
aku akan selalu pesan kopi o.
sebab kopi o kat kedai kopi dihidangkan dalam cawan klasik.
cawan klasik adalah benda cool.
dan aku suka tangkap gambaq benda cool.

aku juga mula ambil tahu pasal kopi. ambil tahu dengan lebih mendalam pasal kopi. fahamkan diri dengan lebih dalam pasal jenis2 minuman kopi.
espresso, cappuccino, latte, mocha, macchiato, americano dan lain2.
aku ambil tahu perbezaan antara mereka. aku ambil tahu cara hidangan mereka.
(tapi bukan ingat sangat lah, sebab keliru dengan cara dan nama yang hampir sama)
dan aku pun mula mencuba jenis2 minuman kopi yang moden ini.


dan aku mula berangan nak memiliki mesin espresso kat rumah aku nanti.
sebab aku rasa memiliki mesin espresso adalah sesuatu yang cool.
nak guna ke tak, itu perkara lain.
macam juga orang yang memiliki set pisau yang punya a lifetime warranti, tak guna pon sangat, jarang masak atau tak minat masak pun takpa, asalkan, dia punya set pisau itu.
hari2 pergi masuk dapoq nak tengok set pisau yang punya a lifetime warranty. sebab memiliki set pisau itu membuat dia rasa cool dan sophisticated.


ok. kita tinggalkan cerita pasal set pisau yang ada lifetime warranty.
berbalik pada cerita kopi aku.


aku pun mula belajaq minum kopi2 moden tu semua.
aku cuba minum cappuccino.
tapi,
hasilnya,
aku tak berapa suka dengan cappuccino.
sebab foam dia.
ganggu bibir aku nak minum ayaq kopi.

aku cuba espresso.
hasilnya, aku tak suka.
pahit. pekat. boleh pening walaupun single shot saja.
aku cuba minum sebab nak tau apa rasa kalau minum espresso saja. yang digunakan sebagai asas dalam pelbagai jenis minuman kopi yang punya nama yang menarik.

aku cuba latte.
hasilnya, tak berapa suka juga.
sebab rasa kopi sikit.
ratio susu lebih banyak dalam latte.
dan juga sebab latte biasanya tidak dihidangkan dalam cawan.

dan bagi aku kopi yang dihidangkan dalam cawan adalah cool.
ya. sekali lagi.
minum kopi cool.minum kopi dalam cawan cool.
ok. nampak tak hubung kaitnya antara kopi dan cawan?
minum kopi dalam cawan adalah berganda rasa cool nya.


aku suka rasa mocha.
macchiato pun ok. ok lah.


eh. agak panjang aku cerita pasal kopi ni kan.
ok kita ringkas kan.

kita pergi ke simpulan terus.


kesimpulannya, aku suka kopi.
aku suka minum kopi.
aku rasa seronok bila minum kopi.
aku rasa cool bila minum kopi.
aku suka kopi o kedai kopitiam.
aku suka long black. water 1st, espresso 2nd. tengok. ada teknik nak bancuh long black. sebab itu aku suka kopi. suka long black.
aku berangan nak ada mesin espresso suatu hari nanti. mesin espresso yang comel2.
aku suka tangkap gambaq secawan kopi. atau secawan kopi yang mengandungi ayaq kopi hitam yang dikelilingi minuman dan makanan yang lain.
tapi,
sebanyak mana aku suka kopi,
sebanyak mana aku suka nescafe,
sebanyak mana aku rasa minum kopi itu sesuatu yang cool,
aku tetap akan minum kopi bila aku ada mood saja.
aku tidak akan minum hari-hari.
dan resepi nescafe paling aku suka adalah,
1 sudu nescafe, 2 sudu gula, 3 sudu coffeemate. rasa sebijik macam nescafe dalam tin atau nescafe yang dibancuh oleh lori/van nescafe.
aku pernah nak pencen minum kopi sebab minuman gelap2 boleh kuningkan gigi.
tapi tak dan berapa minggu kata nak pencen, aku minum kopi balik.




ok. mai secawan!






:
:
:
p/s: kampung halaman aku tengah bah la ni. bah kali ni lebih teruk dari hat 5 tahun lepas. tapi rumah mak abah aku alhamdulillah tak masuk ayaq. umah kak aku ayaq naik nak sampai pinggang. rumah bangcik aku dah nak sampai lutut mungkin.
kalau aku dok kat rumah kampung la ni, syok jugak. boleh keluaq dengan abang2 aku dan anak2 buah aku pi ronda tengok ayaq bah.tu memang nama dia tak dak kerja, tapi syok wei.kat kawasan kampung dan perumahan abang aku, ayaq bah dia jernih. syok jalan kaki meranduk ayaq bah. tapi lepas tu kaki gatai la.
:
:
p/s/s: dah masuk bulan 11!!! hadoi. kepala pening. risau. takut. semua makin berganda2. tapi kalau dok boleh mengarang kat blog ni, kira aku masih ok. kesihatan fizikal dan mental sehat.
:
:
:: <*_*> ::