Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, November 03, 2010

hat sedap-sedap: kopi, nescafe dan seangkatan dengannya



seperti aku makan mussels sebab depa nampak cool,
begitu juga sebab aku minum kopi.
sebab cool.

ok. memang tak leh nak terima kan alasan ni.tapi kebanyakkan benda aku makan pasti melibatkan ke-cool-an sesuatu benda.
dan juga cantik dan warna-warni sesuatu makanan.

ok. berbalik kepada nescafe, kopi dan seangkatan dengannya.

dirumah aku,
nescafe adalah minuman wajib.
jadi wajib sebab mak aku sangat suka minum nescafe.
kalau tak minum waktu pagi, minum waktu petang atau malam.

oleh kerana aku dari kecik dah terdedah dengan nescafe,
maka aku jadi immune dengan nescafe. dan juga jenama kopi yang lain.
minumlah pada waktu tengah malam, kalau aku nak tidoq, aku tidoq juga.
nescafe tak kan beri kesan apa2 terhadap kadar kecegasan mata aku.

pendedahan sejak kecil terhadap nescafe bukan bermakna aku kuat minum nescafe.
atau perlu minum hari-hari. seperti mak aku.
aku minum ikut suka hati. ikut mood.
sebab aku ni kurang berminat dengan ayaq manis. ayaq bergula. sebab nanti tekak aku akan dahagakan ayaq kosong jugak.

teringat masa kecik2,
kalau pi rumah orang dengan mak aku,
orang nak bancuhkan teh (atau ayaq lain),
mak aku akan cakap kat tuan rumah, "tak payah la susah2, husna (dan dayah) ni bukan minum pon ayaq2 manis nih".
tapi seperti biasa, tuan rumah akan bancuh juga kan.
bila terhidang, aku (dan adik aku) akan minum sampai habes, dan kadang2 nak dituangkan lagi.
minum teh o panas cicah biskut empatsegi kat rumah orang memang sedap.
lepas 4 5 kali mak aku terkena, dia dah tak tegah dah tuan rumah untuk bancuh ayaq guna alasan yang sama.
alasan dipendekkan kepada, "tak payah la susah2".

ok. berbalik kepada cerita pasal minum ayaq manis.
ya. aku agak jarang minum.


kat rumah aku,
jenama kopi yang diminum hanya nescafe.
kopi cap lain mak aku tak layan.
kopi cap lain aku pon tak layan sebelum ni.

sehinggalah kira2 5 tahun lepas,
aku terminum kopi ais kat kedai makanan siam kegemaran pada waktu itu, berkat.
dia punya sedap, dia punya pekat, toksah kata.
memang sedap. memang pekat.


lepas tu,
corak meminum kopi dan perasaan aku ketika minum kopi adalah seperti biasa2 lagi. belum bertukaq.
sehinggalah aku perlu membuat latihan presentation masa ambil workshop amende ntah anjuran ips.
untuk latihan presentation, kumpulan aku ambil tajuk ada kena mengena dengan kopi.
sambil mencari maklumat tentang kopi, aku berjumpa dengan espresso dan kopi2 yang menggunakan espresso sebagai base.
bermula saat itu, aku tidak lagi rasa kopi itu adalah benda biasa2.
aku mula seronok minum kopi.
mula rasa cool bila minum kopi.
ya. rasa cool.

kalau pergi kedai kopi kegemaran,
aku akan selalu pesan kopi o.
sebab kopi o kat kedai kopi dihidangkan dalam cawan klasik.
cawan klasik adalah benda cool.
dan aku suka tangkap gambaq benda cool.

aku juga mula ambil tahu pasal kopi. ambil tahu dengan lebih mendalam pasal kopi. fahamkan diri dengan lebih dalam pasal jenis2 minuman kopi.
espresso, cappuccino, latte, mocha, macchiato, americano dan lain2.
aku ambil tahu perbezaan antara mereka. aku ambil tahu cara hidangan mereka.
(tapi bukan ingat sangat lah, sebab keliru dengan cara dan nama yang hampir sama)
dan aku pun mula mencuba jenis2 minuman kopi yang moden ini.


dan aku mula berangan nak memiliki mesin espresso kat rumah aku nanti.
sebab aku rasa memiliki mesin espresso adalah sesuatu yang cool.
nak guna ke tak, itu perkara lain.
macam juga orang yang memiliki set pisau yang punya a lifetime warranti, tak guna pon sangat, jarang masak atau tak minat masak pun takpa, asalkan, dia punya set pisau itu.
hari2 pergi masuk dapoq nak tengok set pisau yang punya a lifetime warranty. sebab memiliki set pisau itu membuat dia rasa cool dan sophisticated.


ok. kita tinggalkan cerita pasal set pisau yang ada lifetime warranty.
berbalik pada cerita kopi aku.


aku pun mula belajaq minum kopi2 moden tu semua.
aku cuba minum cappuccino.
tapi,
hasilnya,
aku tak berapa suka dengan cappuccino.
sebab foam dia.
ganggu bibir aku nak minum ayaq kopi.

aku cuba espresso.
hasilnya, aku tak suka.
pahit. pekat. boleh pening walaupun single shot saja.
aku cuba minum sebab nak tau apa rasa kalau minum espresso saja. yang digunakan sebagai asas dalam pelbagai jenis minuman kopi yang punya nama yang menarik.

aku cuba latte.
hasilnya, tak berapa suka juga.
sebab rasa kopi sikit.
ratio susu lebih banyak dalam latte.
dan juga sebab latte biasanya tidak dihidangkan dalam cawan.

dan bagi aku kopi yang dihidangkan dalam cawan adalah cool.
ya. sekali lagi.
minum kopi cool.minum kopi dalam cawan cool.
ok. nampak tak hubung kaitnya antara kopi dan cawan?
minum kopi dalam cawan adalah berganda rasa cool nya.


aku suka rasa mocha.
macchiato pun ok. ok lah.


eh. agak panjang aku cerita pasal kopi ni kan.
ok kita ringkas kan.

kita pergi ke simpulan terus.


kesimpulannya, aku suka kopi.
aku suka minum kopi.
aku rasa seronok bila minum kopi.
aku rasa cool bila minum kopi.
aku suka kopi o kedai kopitiam.
aku suka long black. water 1st, espresso 2nd. tengok. ada teknik nak bancuh long black. sebab itu aku suka kopi. suka long black.
aku berangan nak ada mesin espresso suatu hari nanti. mesin espresso yang comel2.
aku suka tangkap gambaq secawan kopi. atau secawan kopi yang mengandungi ayaq kopi hitam yang dikelilingi minuman dan makanan yang lain.
tapi,
sebanyak mana aku suka kopi,
sebanyak mana aku suka nescafe,
sebanyak mana aku rasa minum kopi itu sesuatu yang cool,
aku tetap akan minum kopi bila aku ada mood saja.
aku tidak akan minum hari-hari.
dan resepi nescafe paling aku suka adalah,
1 sudu nescafe, 2 sudu gula, 3 sudu coffeemate. rasa sebijik macam nescafe dalam tin atau nescafe yang dibancuh oleh lori/van nescafe.
aku pernah nak pencen minum kopi sebab minuman gelap2 boleh kuningkan gigi.
tapi tak dan berapa minggu kata nak pencen, aku minum kopi balik.




ok. mai secawan!






:
:
:
p/s: kampung halaman aku tengah bah la ni. bah kali ni lebih teruk dari hat 5 tahun lepas. tapi rumah mak abah aku alhamdulillah tak masuk ayaq. umah kak aku ayaq naik nak sampai pinggang. rumah bangcik aku dah nak sampai lutut mungkin.
kalau aku dok kat rumah kampung la ni, syok jugak. boleh keluaq dengan abang2 aku dan anak2 buah aku pi ronda tengok ayaq bah.tu memang nama dia tak dak kerja, tapi syok wei.kat kawasan kampung dan perumahan abang aku, ayaq bah dia jernih. syok jalan kaki meranduk ayaq bah. tapi lepas tu kaki gatai la.
:
:
p/s/s: dah masuk bulan 11!!! hadoi. kepala pening. risau. takut. semua makin berganda2. tapi kalau dok boleh mengarang kat blog ni, kira aku masih ok. kesihatan fizikal dan mental sehat.
:
:
:: <*_*> ::

4 comments:

Miss FZ said...

sedapnya kopi~~ McD punya kegemaran aku. starbuks mahal la plak. tapi kalau aku makan kat secret recipe mesti aku oder ice blended cappucino dia. sedap.

avie eicca said...

husna, teringat dulu ang, aini, ngan sapa ntah present pasai kopi masa kita pi workshop apa ntah kat ips haha aku tak ingat workshop tu.

Nadiah Sidek said...

akak suka nescafe! hari2 minum nescafe. tapi sejak ada anak..limit 1 cawan sehari. anak menyusu badan & skrg tgh pregnant..tak berani sgt minum byk2. so far nescafe pun tak bg kesan apa2 kat akak..nak tido, tido je.

kopi cap lain tak minum. eh, tapi kalau kat luar akak suka juga order cappucino & mocha. sedap! latte tak ingat la pernah cuba ke tak. aroma kopi2 tu wangi..tu yg tergoda tu..ahaks!

husna said...

faranad: aha. aku pon suka mcD punya kopi. murah dan sodap.

marina: ha. workshop tu la yang buat aku cintakan kopi. aku, aini n muna.

kak nadiah: kak nadiah mmg kaki nescafe. hari2 perlu minum. ehhee.
husna ingat lagi nescafe kak nadiah yang peekaatt itu. yang kak nadiah bancuh jamu husna masa kenduri kak nadiah. sodap.
oh ya. kak nadiah juga suka minum neslo yang dibeli dari red house.kan.