Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, November 24, 2010

(buku) cerita piala dunia oleh lucius maximus

: review oleh perempuan yang tak minat sangat dengan bola sepak.



sebelum tu,

aku kasi cerita skit pasal aku dan bola sepak.

perasaan aku terhadap bola sepak adalah sama saja dengan sukan2 yang lain. semua sukan aku tengok. renang, basikal, berkuda, hoki, badminton, moto gp, F1. eh, semua la kiranya.kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok perlawanan badminton aku ikut dan kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok bola pon aku ikut juga.

aku kira, aku layan semua sukan dengan sama rata.


habes tu awat aku beli dan baca?


aku bagitau penulis dia iaitu lucius maximus,
aku beli sebab nak sokong buku indie malaysia.


tapi aku tak bagitau dia 2 sebab yang lain, iaitu,
1. aku nak jumpa penulis buku ni.
2. aku nak gandingkan buku ni dengan buku fever pitch oleh nick hornby kat rak buku aku.


pendapat aku tentang buku ni lepas habes baca?
pembacaan yang menyeronokan dan berinfomasi.


sebagai seorang yang suka sejarah dan geografi,
aku mudah untuk suka pada buku yang ada cerita tentang sejarah dan geografi yang ditulis oleh penulis yang minat dengan sejarah, geografi dan politik ini.


juga sebagai seorang yang suka membaca di wikipedia,
aku mudah untuk suka pada buku yang penuh infomasi ini.
banyak pengetahuan baru aku dapat.
seperti bukak wikipedia, contohnya, kalau bukak wiki, cari pasal fifa world cup, seterusnya klik germany, klik german empire, klik nazi period, klik adolf hitler, klik eva braun, klik rolleiflex, klik lagi, dan lagi. banyak infomasi dapat.
macam tu la jugak dengan baca buku ni.


adakah lepas baca buku cerita piala dunia ni aku nak berjinak2 dengan sukan bola sepak, pi main futsal contohnya?
jawapan tetap sama dengan sebelum baca buku ni. tidak minat sangat dengan bola sepak.





ok. siap review buku.
aku punya tesis pulak tak berubah banyak.
adui.

4 comments:

ainis said...

wah..dpt jumpe penulis face to face beb!!tp husna tak tgkap gmbr die le pulak...(taknk nmpk excited sgt ek??)

husna said...

muhahhahaa. aini, ko kan paham aku ni camna.
tapi itulah.
takleh nak buat bahan bukti kalau cakap aku jumpa penulis ni.
ekekkek

avie eicca said...

haha wow hebat hampa berdua! :D happening dok sabah rasanya berbanding penang yang sunyi ni hehe.

husna said...

hahahhahha.
kebetulan marina penulis tu dok kk