Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, November 12, 2010

eat, pray, love oleh elizabeth gilbert


ok. dah lama tak cakap pasai buku.
dalam dok memulun tulis thesis, sempat jugak la aku baca novel/buku.
cuma tak sempat nak review kat sini.

tapi,
hari ni rajin nak mengreview buku.

eat, pray, love oleh elizabeth gilbert.

ya. aku akui, aku beli dan mula baca buku ni pon sebab pasai filem dia.
sebenaqnya, sebelum aku terdengaq tentang akan munculnya filem ni, aku dah selalu rasa nak beli buku ni, tapi tak beli2.
eat, pray, love memang dah lama dok dalam list memoir yang aku nak beli dan baca.
selalu jugak aku pegang buku ni, pusing2 kedai buku tengok buku lain dengan niat nak beli la, tapi bila terjumpa buku lain, aku tak jadi nak beli eat, pray, love.

kesimpulannya, aku baca eat, pray, love bila nak dekat2 filem dia nak ditayangkan.
aku baca sekerat, pastu tonton filem dia.
ah. tak pernah nak ambil iktibar dari pengalaman dulu2. jangan tonton filem yang dibuat berdasarkan buku yang pernah kita baca.
hasilnya memang sungguh tak memuaskan untuk menonton filem yang sebegini.
mesti rasa nak bandingkan filem dengan buku.
mestilah buku lebih baik.
kalau tonton filem dulu, lepas tu baru baca buku, baru ok skit.
dan mungkin kadang2 akan rasa filem lebih bagus dari buku.

ok. kita berbalik pasal buku dia.
aku mau review.
eh bukan review la sangat kan.

kita mulakan dengan apa respon aku terhadap buku nih.

buku ini dalam kategori memoir.
aku memang suka memoir.
awat aku suka memoir, lain kali aku bagitau.

tapi bila baca buku ni, memoir ni,
aku rasa ada benda yang ditokok tambah, untuk penyedap jalan cerita.
ntah la.
tapi apa2 pon, aku tetap suka eat, pray, love.
eat, pray, love tetap best.

aku rasa, dengan keluaqnya filem ini, semua orang dah tahu jalan cerita eat, pray, love.
toksah aku nak cerita dah kan.

dari awal pembacaan lagi,
aku sudah dapat memberi respon. dan ambil apa yang aku patut paham melalui buku ni.
(pemahaman dan respon dari sesuatu perkara adalah berbeza2 bagi setiap orang)

bila dia started to pray,
bercakap secara terus dengan tuhan untuk pertama kali,
dan bila dia kata dia nak bersama tuhan sentiasa.

mesej yang aku terima, ya, TUHAN adalah segala-galanya.

hanya Dia,
tempat kita bergantung.
tempat kita mencari kekuatan.
tempat kita mengadu.
tempat kita meminta pertolongan.
tempat yang boleh mengamankan jiwa kita.
bila mana kita tak berupaya untuk mengetahui dari mana semua kekosongan dan kesedihan itu datang.
dan bila mana kita tak berupaya untuk menyuarakan isi hati kita kepada orang lain.


pasal Tuhan adalah perkara pertama dan utama yang aku respon.
selain tu ada banyak lagi benda yang dapat melalui buku ni.
contohnya, buku ini banyak cakap soal keseimbangan.
keseimbangan antara semua perkara.

buku ni ada juga buat aku menangis.
yang paling aku ingat adalah,
(1) masa dia tulis petition to God dan kawan dia Iva yang sangat supportive tu, sign it. malah Iva juga sign tuk nama2 yang mungkin menyokong petition liz berkenaan kes penceraian dia (m/s 33).
(2) masa kawan dia sheryl cakap kat dia, "tell the truth, tell the truth, tell the truth" (m/s 99) walaupun kawan dia tak tau pon apa masalah yang membebani liz.
(3) bila richard from texas berkata-kata. itu masa di india.


untuk memoir,
aku sangat suka akan kata2 semangat yang ditulis didalamnya.
dan seperti memoir2 lain, aku baca eat, pray, love dengan highlighter kuning ditangan.

antara yang best.


desperate love is always the toughest way to do it.
in desparate love, we always invent the characters of our patners, demanding that they be what we need of them, and then feeling devastated when they refuse to perform the role we created in the 1st place. (m/s 19)


but why must everything always have a practical application? m/s 24.
(berkenaan sebab kenapa dia nak belajaq italian dan kenapa perlu pi itali)


(liz) you must be very polite with yourself when you are learning something new. m/s 59.


(the augusteum warns me) not to get attached to many absolete ideas about who i am, what i represent, whom i belong to, or what function a may once have intented to serve.
one must always be prepared for riotous and endless waves of transformation. m/s 79.


better to live your own destiny imperfectly than to live an imitation of somebody else's life with perfection. m/s 100.


you are, after all, what you think. your emotions are slaves to your thoughts, and you are the slave to your emotions. m/s 139.


(but) a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that's holding you back, the person who bring's you to your own attention so you can change your life. a true soul mate is probably the most important person you'll ever meet, because they tear down your walls and smack you awake. but to live with soul mate forever? nah! too painful. soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then they leave. m/s 157.


you need to learn how to select your thoughts just the same way you select what clothes you're gonna wear every day.
if you want to control things in your life so bad, work on the mind.
this is not about repression or denial.
repression and denial set up eleborate games to pretend that negative thoughts and feeling are not occurring.
instead, admitting to the existence of negative thoughts, understanding where they came from and why they arrived, and then- with great forgiveness and fortitude- dismissing them. m/s 187.


there are only two questions that human beings have ever fought over, all through history.
how much do you love me? and, who's in charge?
everything else is somehow manageable. but these two questions of love and control undo us all, trip us up and cause war, drief and suffering. m/s 165.


happiness is the consequence of personal effort. you fight for it, strive for it, insist upon it and sometimes even travel around the world looking for it. m/s 272.



uish. ponat menaip nih.

ok. selain tu, dalam ni syok juga baca pasal sejarah italy, sejarah bahasa itali, sejarah bali dan juga sejarah yoga.
dalam ni, aku banyak paham jugak pasal yoga.
yoga yang orang selalu nampak dan paham selama ini adalah pasal senaman yoga. yoga yang melibatkan aktiviti melentur badan tu.
tapi, senaman tu semua hanylah hatha yoga. hanya sebagian kecil dari yoga. yogis buat senaman regangan cam tu sebab untuk sediakan diri mereka untuk duduk bermeditasi berjam2 lamanya tanpa bergerak sedikit pon. susah oo nak duduk senyap2 berjam2 tak bergerak.
yoga sebenaqnya lebih dari itu. ia melibatkan banyak aktiviti meditasi dan disiplin2 lain untuk find union dengan Tuhan. dan mereka juga banyak guna mantra untuk buat benda2 nih.
aku rasa hat ni yang menyebabkan majlis fatwa malaysia haramkan yoga. yoga secara keseluruhan. yoga dalam erti kata sebenaq.
kita sebagai muslim, kita ada cara kita sendiri tuk perkara2 yang melibatkan Tuhan.
kalau takat nak buat yoga hat senaman berbelit2 tu, takpa la kan. sebab tak melibatkan mantra. tu salah satu kaedah senaman saja. kaedah regangan badan.
kalau kata buat pilates lebih senang kot. walaupun pilates sama ja dengan senaman yoga kan.


ok. serius penat menaip.
kesimpulanya, korang baca la eat, pray, love nih.
serius best.



p/s: lepas baca buku ni, dan tonton filem ni, aini terus rasa nak pi italy. dan terus lapaq pizza dan pasta.

2 comments:

avie eicca said...

wah best gila review hang! :D

aku pun nak bacalah buku nanti! :D

husna said...

hahahahaha.
gila panjang kan aku review. dan lagi dok review buku.

ha. pi baca. best weh.