Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, December 14, 2010

12/12, hari aini


ke pulau lagik!!!
ekekkekekek.
ahad yang lepas.
pergi sebab ahad lepas, 12 12 adalah Bday aini.

perancangan awal:
disebabkan hanya aku saja kawan yang dia ada sini, maka aku usulkan pada 12 12 tu, kami pi pulau. jadikan itu hari yang boleh kekal dalam memori. mau pi releks2.
sebelum ni, kalau pi pulau, sure kami banyak habes masa kat dalam ayaq, balik penat ja lebih.
so kali ni konon mau lebih releks la.
plan mau pi 1 pulau saja. pilih pulau manukan.
nak melepak kat pulau dari jam 930pg sampai 4ptg.
mula2 snorkeling sat. lepas tu, nak habeskan masa baring2. makan2. baca buku. tidoq. sembang2. dan yang penting, tangkap gambaq banyak2.
selalunya, tiap kali pi pulau, sure tak banyak tangkap gambaq sebab tak sempat.

pada hari tersebut:
ada 3 orang lagi yang ikut. tokteh2 aini dan makcik ramlah, kawan tokteh aini.
mereka mai kk ada perlawanan lawn bowls.
pi 9 sampai 1 pagi.
hari sebelumnya, sabtu, hujan lebat turun dari pagi sampai ke malam.
so ayaq laut cam keruh sebab cuaca yang tak menentu. tak jernih seperti selalu. maka ikan susah nak nampak.
dan orang pon ramai. ramai mungkin sebab gabungan sebab2 seperti, cuti sekolah, hari ahad dan hari-sabtu-hujan-lebat-orang-tak-dapat-pi-so-pi-hari-ahad.
kali ini, 1st time snorkeling di manukan di awal pagi, selalunya sampai kat manukan dah tengah hari sebab pi pulau yang lain dulu. pagi ayaq surut, tengah hari ayaq pasang. kalau snorkeling time ayaq surut, kaki kena jaga2 skit. mudah nak terkena dengan benda2 kat bawah. tambah lagi pulak untuk aku yang jenis tak tau berenang dan cepat panik ni.
kami habeskan banyak masa dalam ayaq saja. tiadalah sudah aktiviti baring2, tidoq2, dan tangkap gambaq seperti yang aku plan sorang2.

ayaq keruh. orang ramai. tak nampak ikan. ayaq surut. kaki kena landak laut. tak dan nak tangkap gambaq lagi.
kompilasi yang elok sangat la tu.

ha pasai landak laut.
takde mende sangat pon.
ekekekek.

seperti biasalah,
kami akan ajak orang tuk bawak pi tengok koral dan ikan.
ajak aspalela si pemandu bot kegemaran, dia tak bawak seluaq mandi plak.
jadinya, kami ajak lifeguard la.
ajak dua orang tuk 3 orang. aku, aini dan makcik ramlah.
oleh kerna kat tempat yang ramai orang tu ayaqnya keruh, maka depa bawak kami tempat yang jauh skit.
ayaq kurang keruh dan koral banyak skit.
bila letih masuk muka dalam ayaq, berehat la sekejap kan. selalunya berehat dengan terapung terlentang, tapi si lifeguard tu suruh aku pi pijak permukaan laut. permukaan koral2 yang dah mati. sakit kaki jugak la weh pijak coral2 mati tu, tapi aku pon syok juga la pijak sebab masa tu ayaq surut, jadi sungguh rasa menakjubkan sebab boleh berdiri tengah laut. ayaq pon takat lutut saja. kawasan koral, permukaan laut tak sama.
dengan arus yang agak kuat, maka aku berdiri pon terhuyung-hayang la jugak. sat ke kanan, sat ke kiri, sat kebelakang, sat ke depan. masa tu la terpijak landak laut. sakit beb. tapi nasib baik tak kena banyak. hanya 1 duri saja yang masuk.


oh ya. lifeguard tu cadangkan buat satu benda yang aini tak pernah buat.
so aku pon bagi tau kat lifeguard tu, yang hari tu adalah besday aini.
aku terus galakkan aini buat benda yang dicadangkan tu. buat sesuatu yang boleh diingati di hari jadi. a day to remember la konon kan.


ok. hampa tengok la 2 3 keping gambaq yang aku dan tangkap.




aku masak bihun (ter)tawaq buat bekal.


kul 1 kami pulang.
singgah kat wisma merdeka sat. tokteh2 aini nak membeli.
kat bawah ni gambaq aku tangkap dari tempat parking wisma merdeka.




aku juga hebohkan kat tokteh2 aini dan makcik ramlah kata hari tu adalah besday aini.
so depa belanja kek di wisma merdeka.
(kat wisma merdeka tak jumpa kedai kek yang juai sebijik kek)




dari wisma merdeka terus ke rumah makteh aini.
tokteh2 aini dan makcik ramlah nak packing barang.
sampai kat rumah mak teh aini, terus makan nasik. sungguh banyak lauk yang makteh aini masak.
dan ada sebijik kek tuk aini dari famili makteh untuk meraikan aini.



masa makcik ramlah dok packing, dia bok keluaq bola yang dia guna tuk lawn bowl.
kami pakat tanya makcik ramlah pasai lawn bowl. dan suruh dia buat demo skit.



setiap orang ada bolanya sendirik.
kebetulan, saiz bola makcik ramlah ni juga adalah saiz aku.
makcik ramlah ajaq aku camna nak ukoq bola yang sesuai tuk kita.

teruja dengaq makcik ramlah cerita pasai lawn bowl.
sampai orang boleh bagi cadangan suruh aku masuk kelab lawn bowl lepas nih.
mihahahaha.




ok.
kesimpulan cerita,
oleh kerna cita2 tuk baring2, tidoq2, lepak baca buku dan tangkap gambaq banyak2 di pulau manukan tak berjaya,
maka, haruslah perlu ada next lawatan.
ekekekekekk











dah cakap dah , tak banyak gambaq.....


2 comments:

ainis said...

Thanx husna meraikan Big day ako ari 2..kurang2 rase tak ralat sgt berada jauh dirantauan..yes oleh krn tak lengkap ari 2 pasti ade 2nd visit...muahaha
Sayang kat ko!!!hehhe

husna said...

oleh kerna macam "kena dok lama lagi".
maka lagilah perlu ada next visit.
muhahahah.
sayang ko jugak!!