aku pasti akan jawap coldplay.
aku dengaq musik depa ni sejak tahun 2000.
sejak album pertama depa, parachutes.
tahun 2000,
aku tingkatan 4. (ya aku dah tua)
masa zaman sek men, semua band, artis yang ada dalam majalah lime dan galaxie, dan yang masuk hitz fm,
semua aku suka.
red hot chili peppers, sugar ray, eminem, linkin park, destiny' child, backstreet boys, dan semualah aku suka.
dan dari situ juga aku kenal coldplay.
sejak itu sampai la ni aku masih setia dengan coldplay.
yang mana aku pernah minat dan suka dan tergila-gilakan masa sek men, yang lain2 selain coldplay, semua aku dah kurang dengaq, dah tak minat sangat sekarang nih.
ada jugak sesekali dengaq, sebab itu semua boleh mengundang memori indah zaman sek men.
kalau aku kata coldplay adalah band no 1 kegemaran,
dalam hati sure ada terbit rasa bangga dalam diri.
ekekekekekk.
sebab, aku suka coldplay kerana musik depa secara total.
(walaupun aku boleh kata bassist coldplay, guy berryman seorang yang hensom)
menentang minat sebahagian besaq kawan2 dan sahabat2 aku, terutama masa sek men.
depa kata lagu coldplay boleh bagi mengantuk. dan sememangnya selera musik aku adalah musik yang jenis boleh bagi mengantuk. yang meleret-leret.
dan coldplay aku ikut dari 2000 sampai sekarang. band paling lama aku setia gemar.
selalunya zaman sek men, suka artis pon sebab hensem/cantik, suka sebab rasa hip kalau dengaq musik depa.
pengaruh rakan sebaya zaman tu sangat kuat.
satu geng suka musik yang sama.
la ni pon aku masih boleh dengaq semua jenis lagu.
aku punya kawan2 dan sahabat2 yang punya selera musik yang berlainan.
apa depa suka, aku juga suka secara amnya.
dan yang membezakan telinga aku dulu dengan telinga aku sekarang,
aku tidak lagi dengaq musik sebab terasa hip atau kerana ikut arus musik semasa.
la ni aku dengaq sebab aku suka. sedap ditelinga. terasa dihati.
berbalik pada coldplay.
lagu coldplay yang paling aku suka adalah spies.
lagu yang dark, misteri dan seram, aku rasa..
spies datang dari album pertama coldplay, parachutes.
dan parachutes merupakan album coldplay yang paling aku suka.
aku rasa, parachutes adalah album yang paling emo, yang paling sesuai didengaq tika aku sedih, hepi, kacau dan damai.
dan enjoylah spies, lagu kegeraman no 1 dari band kegemaran no 1.
No comments:
Post a Comment