Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, December 23, 2010

juliet, naked oleh nick hornby


selama seminggu aku bosan sebab tak dapat pasang tv,
aku telah berjaya habeskan satu novel.


juliet, naked

oleh nick hornby.


apa lagi buku nick hornby tuleh, sila cari sendirik.

juliet, naked cerita pasai apa, sila tengok sini.


untuk yang malas nak klik,

juliet, naked bukan cerita pasai orang naked.

takdak sapa yang naked dalam cerita nih.
yang naked adalah album.

nama studio album juliet. versi demo punya di panggil juliet, naked.


secara ringkasnya,
juliet, naked adalah cerita pasal annie telah bersama dengan bf dia, duncan selama 15 tahun.
duncan ni obses dengan seorang penyanyi zaman 80-an, tucker yang telah menghilangkan diri dari dunia seni selama 20 tahun lebih. album terakhir tucker nama juliet.
duncan banyak habeskan masa dengan website dan forum pasal tucker dan musik tucker.
annie ni rasa dia telah membazir 15 tahun hidup dia.
hidup dengan duncan yang obses, takdak anak, kerjaya yang tak membina sangat dan hidup di kawasan yang masyarakatnya adalah orang pencen, bosan.


ini adalah novel yang diselitkan cerita perihal musik.

95% nama2 pemusik yang diselitkan dalam novel ni aku kenai.

jadi, aku tiada masalah tuk paham cerita.

tak seperti novel stories we could tell oleh tony parson yang ceritanya adalah berlatar belakangkan zaman 70-an,
zaman punk, zaman ada lagi john lennon, tahun elvis mati.

jadi aku jadi kurang paham skit bilamana band2 atau budaya hidup zaman tu diceritakan.
novel tu terlalu pekat dengan latar belakang musik tahun 70-an.

mungkin tahun depan aku try baca lagi sekali novel stories we could tell tu. kalau tak boleh jugak, aku try pulak tahun depan depan.


oke, pasal juliet, naked.

apa respon aku?

aku baru perasan,
apa yang aku boleh respon dari sesuatu benda mesti ia ada kena mengena dengan aku atau dengan apa yang aku rasa.

jadinya, aku boleh paham cerita dan ambil pedoman hanya perkara2 yang ada sangkut paut dengan aku.
sama jugak dengan juliet, naked nih.

satu benda saja yang aku boleh paham apa yang dia nak cerita.

pasal masa.

annie ni rasa dia telah bazirkan masa dia selama 15 tahun.

dia rasa tak dak pencapaian yang dia buat.

tinggal dengan bf yang obses, tak dak anak (anak selalu jugak dijadikan kayu pengukur jugak kan), hidup bosan.


macam tu jugak dengan aku.

aku rasa aku ni takdak pencapaian. umoq dah 26 tahun.

studi belum habes. kerja belum lagi. dok perabes duit makpak lagi. belum kawen. belum ada anak.


satu benda aku belajaq dari juliet, naked nih.

jangan terlalu ukur pencapaian dalam hidup dengan sifat2 material. apa yang kita ada. apa yang kita buat.
"so it's not about what you do. it can't be, can it? it has to be about how you are, how you love, how you treat yourself and those around you..." m/s143.

i want my money back.
kalau bab masa yang telah kita tinggalkan atau bazirkan, money tak dapat samakan dengan masa itu.

kalau money yang kita buang, kita boleh dapatkan balik, dengan kerja lebih masa, atau mintak balik money tu dari orang yang dah kita beri.

masa dah tak boleh mintak atau usahakan balik.

masa sangat2 berharga.
hiduplah dengan penuh erti, walaupun tiada material yang boleh dijadikan kayu pengukur.


itu aku pesan diri aku.

ini yang dah kali ke berapa aku pesan kat diri sendiri pon dah tak dapat kira.

ok. setakat ini saja review dan respon terhadap buku ni.

selalu punyalah. tak tau nak tulis penutup.






2 comments:

Hannajoe said...

mak haih...
ghajin no hang bc buku2 nih...
hahahahaha...
ape buku yg plg besh?
kot2 bleh layan nnti. :)

husna said...

hana suka buku yang macamna?
kelakaq? cinta? misteri? magik?
klik tengok entry label books.
antara yang husna suka baca la.
tapi buku pertama husna nak kata paling best adalh siri harry potter.
ekekekekkek