Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, January 28, 2011

original kayu nasik kandaq penang

tengah hari tadi layan nasik kandaq.
original kayu nasik kandaq kat bukit jambul.
gila rindu nasik kayu.
pueh hati dapat makan.

kalau kat kayu,
aku selalunya makan nasik putih+ayam goreng+serbuk cili buatan kayu+papadom.
tanpa kuah apa pun. makan kering.
bagi aku, kuah kari akan mencacatkan rasa sebuk cili buatan kayu yang aku sangat suka tu.
kalau kat nasik kandaq lain, aku akan bubuh kuah kari ikan sampai banjir.







p/s: kalau makan nasik briyani kat kedai nasik kandaq, aku juga tak bubuh kuah. nanti kuah akan hilangkan rasa nasik briyani tu.
:
:
p/s/s: kalau masak megi pulak, aku lebih suka tak bubuh ayam atau udang atau dll, sebab semua tu akan kurangkan rasa perencah megi. bubuh sayoq dalam megi tak apa, tapi bubuh pun bila dah katup api. bubuh telur dalam megi ok, sangat suka.

Thursday, January 27, 2011

malam sebelum pulang

hari selasa lepas, malamnya, sebelum esoknya pulang ke penang.
aku dan aini keluaq bersama dengan x-housemate, gg dan nini.
keluaq bersama-sama untuk kali terakhir bagi ahli asal (aku, aini, fir, gg dan nini) rumah sewa itu.
kalau dulu, masa keluaq bersama-sama untuk pertama kali bagi ahli rumah, aini tiada.
ini, untuk kali terakhir, fir pulak tiada.

aktiviti malam itu,
1) makan-makan. haruslah pi makan kat tempat baru. layan dim sum dan ais-krim.
2) shopping. gg dan nini bawak kami ke kedai yang depa selalu borong. gila betul. murah dan cantik2 barangnya. terutama beg. kami yang sudah bersusah payah menutup beg bagasi yang padat dan cuba untuk meminimakan barang, tetap tergoda dengan beg kat kedai tu dan terus saja membeli. tambah lagi 1 beg jadinya.
3) berkaraoke. dengaq orang sabah menyanyi lebih best dari menyanyi sendirik. ok. hakikat bahawa tak suka dengaq suara sendiri ketika berkaraoke berlaku dimana saja. tapi serius la, orang sabah ni kebanyakkannya pandai nyanyi.





















kesan 4 bulan tak balik (2)

kesan pertama yang baru perasan,

aku panggil zati, aini.
zati panggil aku, arix.


semua ini disebabkan oleh,
selama 4 bulan, aku hanya selalu memanggil dan melolong nama aini.
selama 4 bulan, zati hanya selalu memanggil dan melolong nama arix.


aku belum test dengan arix,
tapi aku boleh agak dia akan panggil aku, zati.
aku belum tanya aini lagi,
tapi aku boleh agak dia akan panggil muna, husna.


aku agak la.
kot.


kesan 4 bulan tak balik (1): makanan,benda yang paling rindu

sampai kat rumah semalam jam 845mlm lebih kurang.
lepas hangkut segala macam beg dan kotak yang penuh tangan masuk dalam rumah,
aku turun pi beli makanan. padahal, kat atas kapal terbang aku dah makan.
aku pi kedai runcit cari roti gardenia.
pastu aku beli, nasik putih+tomyam seafood+kerabu sotong+kailan goreng. untuk makan aku saja.
balik rumah, letak lauk dalam pinggan, baru lah aku paham awat pengambil oder tu macam nak terkeluaq bijik matanya bila dengaq aku memesan.
setiap lauk boleh makan 2 orang. kalau aku pesan lagi daging masak merah ka, sure boleh tekeluaq terus biji mata dia.
tapi apa2 pun, seharusnyalah aku berjaya menghabeskan semua lauk.

bila mai lab hari ni plak,
aku pi tunaikan hajat yang tersimpan selama 7 bulan, makan pecal lele di gerai kegemaran.
padahai aku dah hentam nasik lemak sebelum tu, sarapan yang lewat.
tapi pecal lele punya pasal, haruslah pi makan jugak kan.

petangnya pulak,
makan goreng pisang bersama ayaq barbican kegemaran.

malam ni,
aku tengah pikiaq nak makan apa.
banyak sangat benda nak makan nih.
tapi tidak la nak oder makanan macam semalam.

untuk hari2 esok,
aku tengah mengatur menu.
SERONOK wei dapat makan makanan yang aku suka!!








Wednesday, January 26, 2011

semua check, clear



tengah terbang balik.



jemput aku dengan sepanduk 'welcome home' wokeh!





Monday, January 24, 2011

ceknana suka baca novel yang kelakaq

ceknana suka baca pelbagai jenis novel, cinta, misteri, penyiasatan, hantu2, beri pedoman, dll. macam2 lah kiranya.
tapi ceknana paling suka novel yang kelakaq.

tak kesah cerita pasal apa, asalkan ia kelakaq.
cerita cinta kelakaq. cerita janda yang kelakaq. cerita tok nek yang kelakaq. cerita cikgu yang kelakaq. cerita hantu yang kelakaq. cerita kelakaq tak beri pengajaran apa2.
mmmm apa2 sajalah yang kelakaq.
asalkan ceknana paham lawaknya, ceknana akan suka.

dulu, ceknana ingat dia adalah manusia yang sense of humornya sangat rendah kalau melalui media penulisan.
sebab, dulu2 kalau ceknana baca gila2 ka, ujang ka, dia jarang nak gelak.
kalau ada orang yang tolong bacakan, lain pulak, ceknana boleh gelak sampai berayaq mata.
tapi, semenjak dua menjak bila ceknana mengenali novel kelakaq, dia sudah pandai gelak melalui media penulisan.




sekian cerita pasal orang yang tak kelakaq yang suka baca novel kelakaq...



membeli novel cara ceknana

ceknana tu zati dan arix yang panggil.
dan telah diikuti oleh beberapa orang.

entry ni bukan nak cerita pasal bagaimana aku boleh dipanggil ceknana atau cekna atau na atau kak na atau lain2.
ni nak cerita pasal novel.

aku mahu buat kenyataan syok sendirik bahawa aku ni seorang yang suka membaca dan juga peminat novel.
kenyataan ini dibuat berdasarkan perangai aku seperti,
1. tak pernah rasa bersalah bila terbeli buku tak ikut bajet. tak rasa bersalah bila lepas beli buku, duit makan pon tak dak, dan terpaksa mintak duit kat mak bapak.
2. tak pernah rasa bersalah jika sanggup tak tidoq malam sebab nak menghabeskan baca novel/buku walhal kalau tak tidoq malam itu dipenuhi dengan aktiviti studi dan menulis, pasti hidup gilang gemilang sudah.
3. tak pernah rasa bersalah bila ditengah-tengah sibuk studi atau menulis, aku capai novel baca 2 atau 3 bab atau tersangkut habeskan baca sebuah novel terus.
4. suka baca semua benda, tak kira apa jua bentuk. buku, novel, majalah ibu2, majalah fesyen, majalah lelaki, majalah kapal terbang, papan tanda kedai, dan lain2.


sekarang dok kat lab,
mai uruskan penghantaran barang2 yang dipinjam.
la ni tengah tunggu bos, kot2 dia ada pesanan terakhir sebelum kami balik.
ada masa lepak kejap ni, aku nak cerita pasal membeli novel cara aku.

cara 1: beca sinopsis belakang buku.
ni cara paling asas la kalau nak pilih buku kan. capai buku, sure kalih belakang baca sinopsis. masa ni lah dapat menentukan buku tu syok ka dak.

cara 2: bestsellers.
bagi orang yang baru nak berjinak2 dengan membaca novel, taktau lagi minat buku yang macamana, ikut nasihat bernas ni.
pilih buku yang kat depan dia tulis bestseller atau new bestseller atau new york time bestseller. ni petua, zati yang bagitau kat aku dulu, masa aku mula2 nak berjinak2 dengan novel.
tapi kena ingat, jangan beli buku yang tak kenal yang ada tulis bestselling author of dotdotdot. kalau nak try baca buku penulis tu tulis, pi cari buku dotdotdot yang dimaksudkan, bukan buku yang dipegang itu.

cara 3: terima anugerah.
kalau kat cover tu tulis novel tu pemenang anugerah buku misalannya orange prize winner atau shortlisted tuk apa2 anugerah, selalunya novel/buku tu agak bagus la tu. tapi buku ni selalunya agak serius dan berat. untuk novel yang tak berat ikut cara 4.

cara 4: cover buku.
cover buku boleh cerita macam2. contohnya, kalau buku tu jenis kelakaq dan feminim, selalunya cover depannya adalah orang yang dilukis dengan comel. atau kat cover ada tulis ulasan yang menyatakan buku ni funny dan perkataan2 seangkatan dengannya.

cara 5: membeli atas rujukan kawan2 atau web2.
bila kawan2 kata buku penulis ni best, aku beli. dan ada juga aku terjumpa di web, nampak macam best, aku pi kedai buku pi cari.

cara 6: membeli novel atau buku yang penulisnya sudah dikenali oleh diri sendiri.
dah pernah baca novel oleh penulis dotdot, lepastu, pi cari lagi novel2 yang penulis dotdot tulis.
ada penulis yang semua bukunya best, dan ada juga yang penulis yang hanya sebuah dua saja yang best.


sekarang ni, aku ada ikut beberapa orang penulis, beli buku2 yang ditulis oleh penulis yang sama. seronok buat koleksi.
aku sangat suka proses memilih buku/novel.
melilau berjam2 dikedai buku. jalan dari rak ke rak, tengok tajuk, cover buku, dan baca sinopsis.
pemilihan secara rawak untuk membeli buku/novel macam tu, ada kalanya, hasilnya tidak best. dah beli, bila balik baca, hampeh saja.
tapi aku tetap suka pemilihan secara rawak ini, sebab macam2 jenis buku aku jumpa dan banyak penulis aku boleh kenal.
aku tak pernah menyesal beli buku, walaupun buku/novel yang dibeli tak best.


ok. selamat membaca tuk semuaaa..


membaca amalan yang mulia. ceewaaaahh.







Friday, January 21, 2011

perkara 2: check

2 kotak sudah berjaya diposkan.
1 kotak ke penang, dan 1 kotak ke kampung halaman..






perkara 1: dapatkan kebenaran keluaq.
perkara 3: kemas dapoq, kasi balik kelengkapan dapoq yang dipinjam.
perkara 4: cari penyewa ganti.
perkara 5: kemas beg. hangkut beg ke rumah makteh aini.
perkara 6: say goodbye kepada semua.
perkara 7: BALIK!!





Wednesday, January 19, 2011

cosy


aku punya idea bagi aku punya cosy day.
hari hujan. dok dalam rumah. dok atas sofa empuk. atau dok atas lantai yang berlapik kain tebal.
ada novel cinta. atau majalah kesukaan. ada kopi panas mug besaq. atau ayaq teh o panas 1 teko beserta biskut empat segi. ada makanan seperti kek ka, biskut ka, pasta ka, mihun goreng ka.
kat sofa atau atas lantai ada bantal banyak2.
duduk mengadap tingkat tengok ayaq hujan meleleh di cermin.
pasang pelan2 lagu coldplay dari album parachutes atau lagu2 david gates.
dan ditemani seorang dua orang2 tersayang.
ah. seronok kalau hari2 ada suasana macam tu.






Tuesday, January 18, 2011

memo kebenaran keluar ke semenanjung malaysia/sarawak

dengan hormatnya dimaklumkan bahawa penama di atas dibenarkan berangkat ke semenanjung malaysia/sarawak pada 26/01/2011 dengan pesawat dotdotdot.







oke.
urusan di imigresen sudah selesai.
tapi banyak lagi benda nak kena setel sebelum pulang.




Sunday, January 16, 2011

novel lagi


hari selasa lepas,
aku pi ke town sebab si aini kena jumpa dr gigi.
sambil tunggu aini pi solat, aku merayap ke kedai buku.
aku dah berniat tak mau beli buku lagi kat sini, takmau tambahkan berat beg nanti,
tapi ternampak pulak buku committed oleh elizabeth gilbert.
committed adalah sambungan dari eat pray love.
nampak terus beli. adeh.
tapi tak baca lagi. belek2 dan baca lompat2 saja.
buku macam tu kena baca dengan penuh perhatian.
sekarang masa tidak berapa nak sesuai.


masa nak makan tengah hari kat town,
kami terjumpa kedai nasik campur.
restoren sri melati, kat dalam warisan square.
puas hati makan. betul2 kena selera. dah lama tak makan rasa macam tu.
nanti kalau keluaq pi town lagi, sure makan kat situ saja.
interior cantik, tapi dalam gambaq tak nampak sangat sebab tangkap gambaq pun jenis berat punggung punya. malas nak berdiri/bergerak tuk tangkap gambaq.







Saturday, January 15, 2011

selepas hujan

kat sini,
boleh kata tiap2 petang stat jam 3 macam tu,
hujan mula turun.
kadang2 terpaksa tunggu hujan berhenti sampai ke malam baru boleh balik rumah dari lab yang senyap-sunyi-macam-seram tu.
payung plak, jenis malas nak bawak.











tibatiba (3)

tiba-tiba terfikir,
kalau aku dok buat entry merepek macam ni selalu,
boleh la entry blog capai 400 lebih2 untuk tahun ni.
muhahahahaha

tibatiba (2)

tiba-tiba rasa,
apa yang aku dok merepek selama dok blogging nih?
hah

tibatiba (1)

tiba-tiba rasa,
nak kamera baru.
yang lebih canggeh!

Thursday, January 13, 2011

YES!! BALIK!!

akhirnya...
tiket sudah dibeli!
balik 26 jan ini!
yeay!!!!
YABEDABEDUUUU!!!





p/s: buat banner welcome home tuk kami sahabat2 ya!

Wednesday, January 12, 2011

berbulan bulan di sktm, ums

setiap hari mai lab kat sktm saja.
lain tempat kat sini jarang nak pi.
dan tak dak hati nak meninjau sekeliling.
ni gambaq hari isnin, semasa tengah tunggu agus bukak lab.
bukan sebab mai lab terlalu awai, tapi sebab mai lab dah lambat, agus keluaq makan.
lepak tunggu agus kat taman sekitar sktm.
sktm ni, kami masih boleh sesat walaupun dah berbulan dok sini.
emmm, 2+4 bulan.


















p/s: komputer antik aku ni makin tenat dah kot. tiap 10 min aku kena tekan shift 5 kali. untuk membolehkan aku guna buttons shift, ctrl dan alt.








Monday, January 10, 2011

AJL 25

ok.
lagu dia sedap la kot.
lirik dia memang bagus la kot.

tapi
apa apa pon.
sebagai seorang yang tak arif dan punya minat yang sendirik,
aku tak puas hati dengan keputusan AJL kali nih.







p/s: dengaq kata, ada orang boo dan baling kerusi masa ana rafali diumumkan sebagai pemenang. aku pon membaling jugak. baling teddy bear.


Saturday, January 08, 2011

makan juga untuk gumbira





ada kat rumah kak nia, sepupu aini, di lok kawi.
mai sini untuk tengok juara lagu esok. ekekekkek.
tv kat rumah belum ok.

Friday, January 07, 2011

hari hari biasa ke lab







aku tengah cuba untuk kembalikan kesukaan aku menangkap gambaq everyday life aku. gambaq2 kebiasaaan aku.


ini sudah lebih

aku rasa, semua yang aku dok meroyan nak balik ni, dah berlebih-lebih.
sampai buat aku lupa tuk live life.
aku lupa tuk hepi setiap masa.
dan yang lebih teruk, aku lupa untuk bersyukur.

lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini, saat ini, ketika ini.

lupa untuk bersyukur tentang benda2 kecil yang mudah untuk tidak dihiraukan tetapi memberi impak besar dalam hidup.
lupa untuk bersyukur yang aku masih bernafas selesa.
masih boleh mengunyah makanan.
masih boleh merasa setiap benda yang menyentuh lidah.
masih boleh tidur dengan bermacam-macam posisi.
masih boleh berak, kencing, berjalan, menulis, berfikir.
masih seperti biasa.
masih boleh melakukan bermacam-macam perkara.

aku sedikit lupa untuk melihat setiap benda yang ada disekeliling dengan mata yang luas.
lupa untuk melihat seperti sebelum ini.
lupa untuk menghargai semua yang aku ada, semua yang aku buat.
lupa untuk bersyukur untuk setiap detik dan ketika.

aku sudah jarang mendongak ke langit.
aku sudah jarang melihat dengan teliti apa yang ada di bawah.
aku sudah jarang untuk berhenti seketika untuk melihat sekeliling aku.
aku sudah jarang menangkap gambar.

maka,
aku rasa aku perlu angkat kamera selalu.
sebab dengan melihat setiap benda disekeliling aku melalui kanta kamera,
boleh buat aku melihat hidup aku pada sudut yang lebih baik.
boleh buat aku melihat dengan jelas betapa indah hidup aku.
boleh buat aku menghargai semua benda.
boleh buat aku celebrate semua benda.
boleh buat aku tidak lupa untuk bersyukur.





Thursday, January 06, 2011

azam tahu baru (1)

aku nak senaraikan azam tahun nih.

1. entry blog tahun ni kena capai 400 lebih. sebab aku tengok, untuk tahun pertama blogging, entry aku 100 lebih, tahun ke-2 200 lebih, tahun ke-3 300 lebih. so bagi tahun ke-4, haruslah 400 lebih kan. baru cantik tren dia. ekekekekk

2. bekerja betul. bukan lagi jenis kerja yang kalau hujung bulan tiba, telefon mak mintak duit.

3. simpan rambut panjang. tiada lagi rambut bob.

ok. tengah dok pikiaq azam lagi. nanti kalau ada lagi. aku tambah.






p/s: sekarang jam 640 pm. sekarang dah malam. dan untuk rekod, ini kali pertama stay sampai malam di lab ums ini.