ceknana tu zati dan arix yang panggil.
dan telah diikuti oleh beberapa orang.
entry ni bukan nak cerita pasal bagaimana aku boleh dipanggil ceknana atau cekna atau na atau kak na atau lain2.
ni nak cerita pasal novel.
aku mahu buat kenyataan syok sendirik bahawa aku ni seorang yang suka membaca dan juga peminat novel.
kenyataan ini dibuat berdasarkan perangai aku seperti,
1. tak pernah rasa bersalah bila terbeli buku tak ikut bajet. tak rasa bersalah bila lepas beli buku, duit makan pon tak dak, dan terpaksa mintak duit kat mak bapak.
2. tak pernah rasa bersalah jika sanggup tak tidoq malam sebab nak menghabeskan baca novel/buku walhal kalau tak tidoq malam itu dipenuhi dengan aktiviti studi dan menulis, pasti hidup gilang gemilang sudah.
3. tak pernah rasa bersalah bila ditengah-tengah sibuk studi atau menulis, aku capai novel baca 2 atau 3 bab atau tersangkut habeskan baca sebuah novel terus.
4. suka baca semua benda, tak kira apa jua bentuk. buku, novel, majalah ibu2, majalah fesyen, majalah lelaki, majalah kapal terbang, papan tanda kedai, dan lain2.
sekarang dok kat lab,
mai uruskan penghantaran barang2 yang dipinjam.
la ni tengah tunggu bos, kot2 dia ada pesanan terakhir sebelum kami balik.
ada masa lepak kejap ni, aku nak cerita pasal membeli novel cara aku.
cara 1: beca sinopsis belakang buku.
ni cara paling asas la kalau nak pilih buku kan. capai buku, sure kalih belakang baca sinopsis. masa ni lah dapat menentukan buku tu syok ka dak.
cara 2: bestsellers.
bagi orang yang baru nak berjinak2 dengan membaca novel, taktau lagi minat buku yang macamana, ikut nasihat bernas ni.
pilih buku yang kat depan dia tulis bestseller atau new bestseller atau new york time bestseller. ni petua, zati yang bagitau kat aku dulu, masa aku mula2 nak berjinak2 dengan novel.
tapi kena ingat, jangan beli buku yang tak kenal yang ada tulis bestselling author of dotdotdot. kalau nak try baca buku penulis tu tulis, pi cari buku dotdotdot yang dimaksudkan, bukan buku yang dipegang itu.
cara 3: terima anugerah.
kalau kat cover tu tulis novel tu pemenang anugerah buku misalannya orange prize winner atau shortlisted tuk apa2 anugerah, selalunya novel/buku tu agak bagus la tu. tapi buku ni selalunya agak serius dan berat. untuk novel yang tak berat ikut cara 4.
cara 4: cover buku.
cover buku boleh cerita macam2. contohnya, kalau buku tu jenis kelakaq dan feminim, selalunya cover depannya adalah orang yang dilukis dengan comel. atau kat cover ada tulis ulasan yang menyatakan buku ni funny dan perkataan2 seangkatan dengannya.
cara 5: membeli atas rujukan kawan2 atau web2.
bila kawan2 kata buku penulis ni best, aku beli. dan ada juga aku terjumpa di web, nampak macam best, aku pi kedai buku pi cari.
cara 6: membeli novel atau buku yang penulisnya sudah dikenali oleh diri sendiri.
dah pernah baca novel oleh penulis dotdot, lepastu, pi cari lagi novel2 yang penulis dotdot tulis.
ada penulis yang semua bukunya best, dan ada juga yang penulis yang hanya sebuah dua saja yang best.
sekarang ni, aku ada ikut beberapa orang penulis, beli buku2 yang ditulis oleh penulis yang sama. seronok buat koleksi.
aku sangat suka proses memilih buku/novel.
melilau berjam2 dikedai buku. jalan dari rak ke rak, tengok tajuk, cover buku, dan baca sinopsis.
pemilihan secara rawak untuk membeli buku/novel macam tu, ada kalanya, hasilnya tidak best. dah beli, bila balik baca, hampeh saja.
tapi aku tetap suka pemilihan secara rawak ini, sebab macam2 jenis buku aku jumpa dan banyak penulis aku boleh kenal.
aku tak pernah menyesal beli buku, walaupun buku/novel yang dibeli tak best.
ok. selamat membaca tuk semuaaa..
membaca amalan yang mulia. ceewaaaahh.
No comments:
Post a Comment