Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, February 15, 2011

berdiet 2011


masa dok sabah hari tu,
dok gaduh gemok.
sebab tak buat aktiviti bersenam sangat, tak bergerak banyak sangat.
selalunya gerak dari bilik tidoq ke dapoq atau ke ruang tamu dalam langkah tak sampai 30.
pastu pulak, dok masakmakan ja keja.
lapaq, masak. boring, masak. rajin, masak.

bila dah balik ni baru nak stat berdiet dan eksisais.

eksisais belum stat.
balik kampung hari tu ingat nak berkayuh, tapi pi dok tengok orang bekayuh ja.
dok merempat bilik sahabat ingat boleh la nak berjogging, tapi tak jugak stat.

berdiet pulak? ha dah stat dah.
kebetulan pulak sahabat2 aku tengah pulun nak kurang berat badan jugak.
depa lagi bersungguh2. ada beli produk makanan berkhasiat. ada bawak penimbang digital. boleh tengok fat water bone mass semua.

oh ya.
program diet aku ni juga dilancarkan semperna duit paket yang tengah kering.




diet akan berkesan? tak janji. ehek
tapi dah lebih sangat berat badan nih. so kot mana pun kena la berusaha kurangkan berat badan. sekurang-kurangnya separuh dari jumlah yang aku ingin kurangkan. demi kesihatan orang kata. demi segak bergaya aku kata.






No comments: