Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, March 31, 2011

hari ni, aku ada 2 orang peneman

ini meja orang yang dah habes mengaji....... ini meja orang yang tengah pulun menulis tesis......


ini meja orang yang yang tak habes mengaji lagi tapi menghabeskan harinya hari ini dengan meng-downlod lagu....



hari ni, orang yang dah habes mengaji tengah buat sesuatu....



katanya, dia sedang membuat lucky charms tuk orang kesayangan dia.... aku ada mintak dia buat tuk aku jugak..




orang yang tengah pulun menulis tesis kata, habes saja hantaq 10copies, dia nak pulun buat bunga kusudama. juga untuk orang kesayangan.



ada matahari petang di sini, ada bah di sana

lewat petang tadi, matahari memberi sinar. setelah beberapa hari tak nampak matahari pagi dan juga matahari petang.


kampung aku kena bah, tapi, alhamdulillah rumah aku tak masuk ayaq.

Wednesday, March 30, 2011

how to annoy your friends (1)

aku jarang nak hafal lirik lagu.
sebab kalau aku boleh hafal,
aku akan menyanyi lagu tersebut setiap hari dan setiap masa.
sampai bosan.

kalau dah bosan tu,

aku akan hanya dengaq lagu tu sekejap saja.

jadinya, untuk mengelakkan rasa bosan muncul terhadap lagu2 hat best2,

dan supaya tidak bosan untuk mendengaq lagu tersebut berkali2,

aku ambil keputusan untuk tidak menghafal lagu tersebut.

tidak menghafal keseluruhan lagu tersebut.

tapi, oleh kerna aku mendengaq sesuatu lagu yang aku suka tu berkali2 dalam 1 hari,
maka, mestilah ada jugak lirik2 yang melekat dalam kepala tanpa aku mahu kan.


kepanjangan lirik yang melekat dalam kepala tu tak menentu.

kadang2, hanya 2 perkataan.

kadang2, hanya sebaris.

kadang2, 1 perenggan.
kadang2, 2 perenggan.


oleh kerna lirik2 tersebut melekat kuat dalam kepala aku,

maka, aku akan membentuk satu tabiat,
menyanyi lirik tersebut dengan berulang2.
biasa nya, tak sampai 15min, aku ulang dan ulang lagi.


dan tabiat ni,

tentunya,
menggundang annoyance terdahap sahabat2.

tambahan pula,

sahabat2 aku ni jenis tak boleh dengaq lagu sekerat.


minggu lepas,

aku dok ulang,
easy come, easy go.
lagu grenade, bruno mars.
reaksi mereka: dok easy come, easy go!

minggu ni,
aku dok ulang,
forgive me, hera, i cannot stay, he cut out my tongue, there is nothing to say (lirik sebenaq, save).
lagu what he wrote, laura marling.
reaksi mereka: meh sini, aku cut hang punya tongue!


kalau lirik yang diulang tu dari lagu yang belum pernah didengaq oleh mereka,

atau lagu yang datangnya dari penyanyi yang mereka tak kenai,

lagi bagus annoyance tu.


kalau suara hampa jenis tak dak beza antara menyanyi atau bercakap, macam aku ni,

lagi berganda-ganda lah annoyance yang dicetuskan.





bila pikiaq balik,

nanti,

lepas ni,
aku tak boleh la nak annoy depa lagi.

huuwaaaaa.





ataupun,
depa syok sebab dah tak dak aku untuk annoy depa.

Tuesday, March 29, 2011

testingbloggilanih II

ait.
boleh plak tulis entry seperti yang aku suka.

aku suka tekan enter kalau menulis.
tak suka tulis dalam ayat yang panjang2 macam ni. ayat2 disambung masuk dalam satu perenggan. tulis panjang-panjang tanpa tekan enter. macam ayat-ayat ni. kan macam sakit mata nak membaca kan. aku tak suka. dari dulu lagi aku tak menulis blog camgini susunannya.
aku lebih suka tulis camgini.
pendek.
berkesan.
senang nak baca.
tak sakit mata.
kan?
kan?

tapi,
sejak kemarin.
dia jadi bengong.
aku tekan lah enter tu sebanyak kali yang aku nak.
dia tetap keluaq dalam 1 perenggan yang panjang. gabung semua ayat2 aku. macam ni la kan. sakit mata ooo nak baca. aku tak suka. sangat tak suka. jadi tension tak pasal2. buang karan dok tension tak tentu hala. sakit mata dak hampa baca?

ni aku test guna komputer aini.
makna kata, keadaan yang tidak diingini hanya berlaku bila guna komputer antik aku tu.
aish.
makin teruk komputer antik aku tu punya penyakit.

testingbloggilanih

"buat apa hang nak mai sini? aku nak pi sana la hari khamis ni. bengong."

dikatakan bengong,
dikatakan bodoh,
dikatakan teruk,
semunya dah lali.
tak dak perasaan.
dan tak pernah simpan dalam hati.


itulah The-Big-Bos kalau bercakap.
bahasa ikut sedap mulut. dan suka cakap kuat buat ramai.
tapi tak ambil kisah sangat sebab tahu hati dia baik.

apasaldenganblogni?

lain bentuk aku tulis. lain pulak yang keluaq bila tekan publish. dari kemarin lagi jadi camgini. jadi malas nak update blog. bagus la kot tuk aku yang suka buang masa dengan blog ni. lusa mungkin The-Big-Bos mai sini.

Monday, March 28, 2011

shape and bake cookies

sebelum sesi masak-memasak makaroni bakaq pada 2 hujung minggu lepas, zati bakaq biskut dulu. ikut resepi dari buku best-ever book of cookies, yang diterbitkan oleh hermes house.

bahan-bahanya:

115g @ 1/2 cup unsalted (sweet) butter.

115g @ generous 1/2 cup granulated (white) sugar.

115g @ generous 1/2 cup light muscovado (brown) sugar.

1 large egg.

5ml @ 1tsp vanilla extract.

200g @ 1 3/4 cups self-rising flour.

150g @ 1 cup chocolate chips.

50g @ 1/2 cup chopped toasted hazelnuts or walnuts.

50g @ 1/2 cup raisins.




cara membuatnya:

1. preheat oven, pada suhu 180C.

2. masukkan butter dan sugars dalam mangkuk besaq. pukul sehingga light dan fluffy.

3. masukkan telur dan vanilla. pukul lagi.

4. masukkan tepung, chocolate cips, hazelnuts dan raisins. gaul sehingga sekata.

5. letakkan teaspoonfuls bancuhan cookie atas baking plate. bakaq selama 15min sampai golden brown.

6. selepas 15min, keluarkan dari oven, biarkan sejuk, remove letak atas wire rack.






nota:

1. zati sebagai pakar pembuat biskut, maka dia olah skit resepi di atas. dia tak letak white sugar. sebab takut terlebih manis. hanya letak brown sugar saja. dia letak 3/4 cup brown sugar.

2. adunan diatas boleh dapat lebih kurang 20 bijik biskut. kami buat 2 adunan.

3. nasib baik buku tu ada bagi sukatan dalam cup jugak. kalau dak kira tak jadilah biskut kami sebab tak jumpa penimbang kak timah.

4. sebenaqnya kami hanya masukkan 30g chocolate cips. zati suruh beli 300g untuk buat 2 aduanan, aku pi beli 30g saja.

5. oleh sebab resepi ni hanya bernama shape and bake cookies, maka zati boh nama biskut ni, husna's cookies.

6. selamat mencuba!.





tak jadi bersantai di pulau mabul, aku bersantai di rumah

ni gambaq hari sabtu lepas.
dok bersenang-lenang kat rumah kak timah.

dah la seharian hujan lebat.

seharian dok berbungkuih dalam selimut.

tengok tv, tidoq, baca novel, minum teh panas2.



Saturday, March 26, 2011

oh mabul


aku ada tiket airasia.
hari ni, 26 mac, penang-kk.
esok, 27 mac, kk-tawau.
31 mac, tawau-kk, kk-kl, dan kl-penang.


snorkeling, berjemoq, terapung dalam ayaq yang super jernih, tengok ikan, tengok coral, tengok divers yang hensem2, berkenalan dengan pelbagai orang, tangkap gambaq pup pap pup pap.
uish. syoook weeii!
6 hari huhahuha.
tapi semua itu, harus dilupakan.
aaaaahhhhhhh.


dan demi nak sejukkan hati yang lara,
hari ni,
aku lepak kat rumah kak timah.
nak layan tv sampai pengsan. nak tidoq sampai pening kepala. nak minum teh sambil perabes baca novel (nanti boleh update blog buku).





oh. mabul!!!!

Friday, March 25, 2011

bitchy and ugly

kalau ada orang cerita hal2 yang tak elok tentang kau,
aku masih boleh berkawan baik dengan kau.
sebab aku rasa aku dan kau tiada masalah.
yang ada masalah hanyalah kau dan mereka.


tapi,
kalau kau buat aku marah,
kau macam-macam dengan aku,
aku
ada
tenaga
dan
usaha
untuk
buat
orang
lain
benci
pada
kau
juga.



aku boleh jadi bitchy dan ugly kalau aku mahu.

dan hari ni,
aku pilih untuk jadi bitchy dan ugly.

strawberry blueberry smoothie (dessert)

smoothie tergolong dalam dessert ka drink?
aku buat dia sebagai dessert.


bahan-bahanya:
ais kiub.
strawberry.
blueberry.
susu.

cara membuat:
blend semua bahan diatas. nak boh banyak mana, ikut selera.
dan tadaaaa. siap untuk dimakan. yum yum.



nota:
1. smoothie juga tergolong dalam makanan yang boleh dioleh dengan senang hati.
2. boleh letak macam2 jenis buah. nak letak sayoq pon tak pa.
3. makanan yang sihat. dan sedap.
4. boleh letak yogurt pon boleh. tapi kena ikut jugak buah yang digunakan. mula2 aku letak plain yogurt, smoothie jadi masam.

salad hijau (side dish)

untuk makan 2-3 orang.

bahan-bahannya:
lettuce.
1 biji tomato.
3/4 red capsicum.

dressing:
lemon jus.
olive oil.
oregano flakes.

cara hidangan:
1. gaulkan semua sayoq yang diguna.
2. tuangkan dressing. gaulkan.
3. tabur cheddar cheese.
4. sedia untuk dimakan!




nota:
1. gila senang nak buat kan.
2. nak guna vinegar tuk ganti lemon jus pon boleh sangat.
3. salad tergolong dalam masakan yang boleh boh apa saja.
4. dressing hat sihat macam2 boleh buat. jangan dok guna mayonis ok.
5. aku ada baca pasal nisbah yang elok untuk buat olive oil/vinegar dressing. 3 parts oil, 1 part vinegar/lemon jus.

baked macaroni (main dish)

aku cuba ikut resepi yang aku tengok. resepi dalam majalah woman weekly.
tapi, seperti biasalah. aku baca resepi tak betul-betul.
bila masak, main hentam saja. tak ikut resepi yang sepatutnya.



bahan-bahannya:
macaroni.
ayamas frankfurter-black pepper.
chedder cheese.
mozzarella cheese.
parmesan cheese.
butter.
susu.
2 sudu plain flour.
broccoli.
tomato.
oregano flakes.
lada hitam.
garam.


cara memasak:
1. potong broccoli. celur dalam air mendidih.
2. rebus macaroni ikut arahan pada paket. lepas masak, toskan.
3. untuk white saucenya, cairkan butter, masukan plain flour, kacau. pastu masukan susu, lada hitam, garam dan oregano. kacau dan biarkan mendidih.
4. gaulkan macaroni yang telah direbus, broccoli, frankfurter, tomato, chedder cheese dan mozzarella cheese dalam bekas.
5. pindahkan ke dalam bekas pembakar. tuangkan white sauce. taburkan parmesan cheese. dan bakaq! bakaq sampai kekuning-kuningan.

kite bakor! kite bakor!




nota:
1. aku bakaq pada suhu 180 C selama 20min. rasa macam tak betul. korang cari lah berapa suhu yang betul dan lama mana nak kena bakaq.
2. aku tak guna plain flour sebenaqnya. aku guna tepung jagung. selongkaq kabenet kak timah, aku jumpa tepung jagung. buat pandai la kan.
3. aku tak yakin dengan white sauce yang aku buat, sebab cayaq. aku tengok, ada orang boh cheese masa masak white sauce tu. memang jadi pekat la. syok tengok. ada jugak yang guna campbell mushroom soup. aku ingat nanti nak try guna campbell-prego cheese sauce lah.

bruschetta (appertizer)

aku tengah rajin nak kongsi resepi2 masa sesi memasak hari ahad lepas.
walaupun tak tahu betul ka dak hasilnya. sebab bahan2nya tak ikut resepi yang aku tengok.
sebab apa aku tak ikut? sila baca entry sebelum ni.





bahan-bahannya:
2 bijik tomato.
1/4 red capsicum.
3 bijik bawang putih.
2 batang ayamas frankfurter- black pepper.
fresh parsley.
black olive slices.
chedder cheese.
olive oil.
lemon jus.
oregano flakes.
1/2 baguette.
:
:
:
cara buat:
roti.
1. potong baguette. potong menyerong dan lebaq2.
2. sapu potongan baguette dengan olive oil dan rub dengan bawang putih.
3. grill atau toastkan potongan baguette tu.
:
:
topping.
1. tomato buang bijik dan potong dadu-kecik2.
2. red capsicum potong dadu-kecik2.
3. bawang putih-cincang.
4. frankfurter potong dadu-kecik2.
5. fresh parsley cincang.
6. masukkan semua bahan kat atas dalam 1 mangkuk.
7. masukan black olive slices, oregano flakes dan lemon jus (1 sudu cukuplah, kalau nak masam lagi, letak la lagi).
8. gaul semua.
:
:
hidangkan.
1. susun potongan baguette yang dah digrill atau toast atas pinggan. bahagian yang disapu dengan olive oil dan bawang putih disebelah atas.
2. letak topping tomato yang telah disediakan.
3. letak chedder cheese yang dipotong dadu.
4. sedia untuk dimakan.



nota:
1. masa aku try buat bruschetta ni, aku tak grill atau toast pon baguette tu. sebab tak baca resepi betul2. jenis buat pandai saja ni.
2. topping tu, boleh boh apa saja. macam2 boleh try. sebab tu aku main hentam saja bahan2 nya.
3. kalau nak ganti lemon jus dengan vinegar pon boleh.
4. topping tu, tambahla garam atau pepper kalau mau.
5. black olive tu aku tak suka sebenaqnya. boh pon sebab nampak cantik.
6. selalunya orang boh fresh basil sama. tapi oleh kerna aku tak dapat jumpa fresh basil, maka aku letak oregano flakes. dan aku suka dengan bau oregano.

Thursday, March 24, 2011

aku, bila membaca resepi (bila aku buat pandai)

aku suka makan. aku suka masak. tapi jarang ada peluang untuk masak.
dan, membaca resepi adalah perkara yang sangat menyeronokan.
aku akan ceritakan macamna aku membaca resepi.

bila membaca sesuatu resepi, terutamanya resepi masakan yang aku tak pernah masak,
akan aku iringin pembacaan dengan perasaan perasan yang aku ni pandai masak. perasan aku ni tahu asas memasak. perasan.

sebagai contoh, baru2 ni, aku teringin nak cuba macaroni bakaq.
aku jumpa resepi dalam majalah woman weekly aini. aku jugak ada cari kat internet.
bila diamati, kebanyakan resepinya hampir sama.
jadi aku mula baca dengan perasaan perasan aku reti masak.
"ah.senang saja ni" "ah. boleh ni".
aku akan take note jenis2 cheese yang diguna.
dan juga bahan2 untuk white saucenya.
benda2 lain aku tak akan kisah sangat.
aku tak akan take note bahan2 lain yang dia guna, sebab bila baca, aku akan kata "ah. apa pon boleh boh ni. sama saja dengan masakan itali yang lain".
aku tak akan take note, kuantiti yang diperlukan sebenaqnya
dan aku tak akan take note suhu oven berapa, atau nak bakaq lama mana.

kesannya,
tergagau-gagau nak set suhu berapa, nak bakaq berapa lama. orang yang ada dengan aku akan jadi mangsa pertanyaan untuk kepastian. "weh. orang bakaq macaroni suhu berapa? 180 cukup kot na" "aish. betoi ka camni". dok buat hingaq. buat ramai.
dan macaroni bakaq yang terhasil tak sama dengan hat dalam resepi.
jadi versi aku dah. sebab bahan2nya dah lain.
bakaq pon tak tau sempurna ka dak.

sebab tu,
kalau ada orang mintak resepi dengan aku,
aku macam ngelat skit nak bagi.
sebab aku tak tau betui ka dak aku masak camgitu.
dan sebab tak tau hasil sebenaq sepatutnya macamna.

contoh lain,
nak try buat bruschetta.
aku tengok resepi.
ada guna baguatte dan tomato dan bahan2 lain.
hat bahan2 lain tu, aku dah tak ambil kisah. main redah ja. main hentam ja.
sebab aku piker, "ah. simple saja ni, boh ja benda apa pon".


membaca sambil diselubungi perasaan perasan pandai masak.

aku dan buku resepi

aku suka tengok resepi. dari buku, majalah, dan juga kat internet.

aku suka mungkin sebab,
1. suka tengok gambaq makanan yang cantik2.
2. suka makan dan suka masak.

mak aku ada banyak buku resepi. yang tulis sendiri punya.
kebanyakkannya adalah buku kulit keras.
tengok tv, rancangan masakan, salin resepi yang disukai. kalau aku tengah tengok dengan mak, sure aku akan disuruh sama mengingati segala bahan2nya. kalau tak sempat ingat, salin lah sekerat resepinya.
ada jugak resepi yang diambil dari rakan2 mak. aku yang akan dikerah jadi tukang salin resepi.
dan ada jugak menampal resepi yang dari majalah.
ada la jugak 3 4 buah bukunya.
tapi, bukannya mak aku dok masak pon hat benda dia salin tu.

aku lebih suka punya buku resepi yang dibeli.
sebab ada gambaq makanan yang cantik2.
tapi suatu hari nanti, aku pun mungkin akan ada buku resepi yang disalin, macam mak aku.
sebab aku rasa, punya buku resepi yang ditulis tangan sangatlah sweet.
lagi lama lagi nampak sweet. dan mengundang memori indah.
macam mak aku punya buku resepi, ada muka surat yang dah relai, yang koyah, yang hilang.
macam kitab lama.
aku ingat nak suru mak aku namakan aku sebagai pewaris buku resepi masak dia tu. :)



cek yah tak minat kan masak2 ni?


aku, bila berpuasa di luar bulan ramadhan

posa ganti ka, posa sunat ka.
aku kena berjaga-jaga.

sebab aku selalunya akan lupa aku ni tengah berpuasa.
selalu buat latah.
selalu sangat latahnya.

sebagai contoh.
dulu masa The-Big-Bos masih ada disini,
kat atas meja dia ada bekas gula-gula.
aku selalunya akan jadi tukang perabes gula-gula dia.
kalau masuk bilik dia, sure automatik tangan akan capai gula-gula.
habes kunyah 1, ambil lagi 1. habes kunyah, ambil lagi.
pastu sebelum keluar, ambik 3 4 bijik gula-gula masuk dalam paket.
selalu jugak la kena hingaq dengan bos sebab dok perabes gula-gula dia.
kadang2 ada jugak aku beli gula-gula guna duit sendiri, letak dalam bekas gula-gula dia, semata-mata untuk aku makan kalau masuk bilik dia.
uish, panjang pulak cerita pasal gula-gula kat bilik bos. ni cerita pasal posa.
ha. oleh sebab tangan aku dah terlalu biasa nak mencapai gula-gula dia, maka amatlah bahaya bila masa aku berpuasa.
selalu jugak jadi kejadian aku terbukak posa dengan mengunyah gula-gula dia.
aku tersedaq yang aku ni sebenaqnya berpuasa pun masa tengah kunyah gula-gula yang ke-2.
dan masa tu dah jam 5 ptg macam tu.

contoh lain seperti,
termakan bila ada orang ofer makanan.
terminum sebab tangan secara automatik mencapai botol air yang berdekatan.


so, bila ja aku berpuasa diluar bulan ramadhan,
aku kena letak botol air jauh-jauh.
kena letak segala makanan seperti biskut atau gula-gula jauh-jauh.
dan kena selalu buat mental note yang hari ni aku berpuasa.

Wednesday, March 23, 2011

matahari pagi dari sudut yang sama

oleh kerna sekarang ni musim hujan,
makanya, matahari pun tak tersinar sangat.

petang dan malam hujan,
tengah hari mendung,
pagi, dingin dan berkabus.
dah jarang nak dapat tengok cahaya jingga matahari pagi.

seperti pagi ni,
matahari pagi tak keluaq pon.

ni gambaq matahari pagi kemarin.

ntah dah berapa kali aku dok tangkap gambaq matahari pagi kot sudut yang sama.
tapi aku tak pernah bosan. sebab itu adalah matahari pagi.







hari-hari hujan

la ni musim hujan.
lewat petang, akan mula hujan.
sampai malam, sebelum tengah malam.

tidoq sangat best.
nak bangun pagi pon malas.



ahhh. seronoknya hari hujan..
pakai pon berlapis2.
eh. berlapis2 sebab dok kat lab yang ekonnya sangat sejuk.



Tuesday, March 22, 2011

close knit

disini ada,
kasih sayang.
toleransi.
hormat.
hati yang dijaga.
perbezaan yang diraikan.
kepercayaan.
kejujuran.
dan penerimaan seadanya.

disini tiada,
penikaman.
manipulasi.
cakap belakang.
penyesalan.
atau kebencian.

kiranya,
aku sangat bertuah kerna punya,
mereka.




close-knit friends.


Monday, March 21, 2011

hari cheese sedunia

aku tak sure betul ka dak ada sambutan hari cheese sedunia.
tapi, semalam, ahad, aku telah makan cheese melebihi kadar yang biasa.



sungguh jarang untuk aku makan cheese.
sebab,
1. takut bertambah gemuk.
2. makan cheese banyak2 boleh naik muak.

tapi semalam,
semperna aku dan zati memasak kat rumah kak timah aku,
banyak sungguh cheese aku makan.
dalam appetizer ada cheese.
dalam main dish ada cheese. hat ni sungguh banyak kandungan cheesenya.
dalam side dish pon ada cheese.
nasib baik dalam dessert tak boh. kalau dok buat masak cheesecake ka pulak, hari ni sure aku loya tekak. walaupun aku sangat suka cheesecake.
kalau ni dikatakan tekak melayu, ya la kot.

ok.
semalam,
al kisahnya,
aku dan zati saja lepak2, tengok tv, tidoq2, masak2 dan makan2 di rumah kaktimah aku. kak ipaq aku.
dah lama aku tak buat kerja masak memasak ni.
so, lupa la skit bagaimana nak bajet masak ikut bilangan perut yang sepatutnya.
masak banyak gila. untuk 4 orang makan dengan kenyang pon boleh.

kami masak,
bruschetta untuk appetizer.
macaroni bakaq untuk main dish.
green salad untuk side dish.
strawberry blueberry smoothie untuk dessert.

dan sebelum masak benda ni semua,
zati dok bakaq biskut.
ikut resepi dalam buku resepi biskut yang aku kasi dia hari tu.
zati senarai pendekan resepi2 yang rasa dia boleh buat dan yang bahan2nya tak merapu sangat. lepas tu, aku pilih hat mana yang aku nak dari senarai pendek tu.

lepas ni giliran hang pulak, arix.
ekekekekekk.


ada banyak gambaq aku tangkap.
nanti aku letak satu satu benda yang kami masak tu na.
kalau rajin, aku bagi resepi sekali.




p/s: oleh kerna semalam aku rasa aku dah makan dengan kadar yang luar biasa, maka, bila bangun pagi tadi, aku niat nak berdiet tuk hari ni. tapi malangnya.... tadi petang, lab Bos-No-2 buat makan2 pulak.
:
:
p/s/s: jangan sesekali menolak rezki.

Sunday, March 20, 2011

main kutu dan kamera baru

rakan2 ada buat main kutu.
tapi aku berbelah bahagi.

malam khamis lepas, aku punya perasaan nak beli kamera baru datang lagi dengan tiba2.
lepas tu, depa ingatkan aku pasal main kutu depa.

hari jumaat,
terus kasi nama.


yes!
bulan ke-2, aku dapat kamera baru!
tapi kamera compact hat besa2 ja lah buat masa ni.
cukup2lah kan dok guna kamera aini seperti harta sendirik.
dan dah tak larat nak guna 2 kamera dalam satu masa.
(kamera aini untuk permandangan/potret, kamera-aku-yang-rosak-lens-tapi-pi-pebaik-pon-tak-guna tu, untuk gambaq makro)



bulan2 bayaq rm50. style pelajaq2 yang tak dak duit lah kan.





p/s: kemarin, hari sabtu. ada konvo di usm. tahniah tuk bed, nani, kak an, apai, farhana-si-pengantin-baru, hazwan dan semualah yang dari skol kimia nih.


Friday, March 18, 2011

aku suka membeli belah pinggan mangkuk (serta impian punya rumah sendirik)


tempat yang aku suka shopping;
no 1: kedai buku. suka membeli buku. belek2 buku.
n0 2: bahagian peralatan rumah kat pasar raya. terutamanya bahagian pinggan mangkuk. suka membeli pinggan mangkuk yang beraneka warna, bentuk dan jenis.
no 3: bahagian makanan kat pasar raya. terutamanya bahagian buah dan sayur.


ketiga-tiga tempat ni memang sangat syok nak belek2 jamu mata dan juga membeli.
kalau balik rumah kan,
pi tengok rak buku, tengok buku2 yang telah aku punyai dan baca, puas hati.
pi tengok rak pinggan, tengok pinggan mangkuk bewarna-warni tersusun, sejuk hati.
pi tengok dalam peti ais, tengok sayur2, buah2, botol2 jus, bekas makanan, bekas ais krim, senang hati.


pasal buku dan rak buku.
toksah ceritalah. aku memang selalu dok berangan, kalau nanti ada rumah sendiri, aku nak ada rak buku sampai syiling. ah syok nyaaa..

pasal pinggan mangkuk dan peralatan rumah.
taktau sejak bila aku dok suka pinggan mangkuk ni. sejak dari sekolah menengah lagi kot.
dah umoq nak masuk 27 tahun ni, lagi kuat keinginan nak membeli pinggan mangkuk.
aku beli skit2 la dulu. kalau beli macam2 nanti, tatau nak letak kat dapoq sapa. dapoq kat rumah tentulah ada pinggan mangkuk mak punya.

pasal peti ais penuh makanan.
aku memang suka kalau peti ais penuh dengan makanan, sayuq, buah2, ikan, jus2.
penuh warna-warni dan rasa bahagia bila tengok.
mungkin sebab aku suka makan dan masak kot.





ahhh. rasa nak beli rumah sendiri sangat membuak-buak.
walaupun kerja pon dak lagi.
walaupun tesis pon tak hantaq lagi.



Thursday, March 17, 2011

tiba-tiba (5)

aku rasa nak beli camera yang lebih canggeh.

asal tengok ja gambaq hat cantik2, terus rasa nak pi beli kamera baru. bila terfikirkan yang duit tak dak, rasa tension terus datang bertandang. aish.


tapi,
hari ni lain skit.

hari ni,
tiba-tiba rasa nak bergiat aktif dalam food photography.
nak masak, pastu nak tangkap gambaq makanan tu.


tapi, bila aku nak buat tu?

Wednesday, March 16, 2011

pagi yang double indah

indah yang pertama: tengok matahari terbit semasa dalam perjalanan ke lab.
indah yang kedua: bersiram cahaya matahari pagi.

indah yang ke-2 diperoleh selepas 30min meng-post entry yang dibawah ini.
dalam perjalanan pi subaidah untuk makan pagi.
yeay.

ok. masa untuk bekerja.
daaaa







masa bersama

arix sudah jarang disini. dan perpisahan akan berlaku juga nanti.
begitu jugak dengan semua orang. seorang demi seorang akan habis.
aku juga akan habis.
oleh itu, masa yang ada untuk bersama, untuk bergosip, untuk bercakap, untuk ketawa,
haruslah di hargai setiapnya.

seperti pagi ini jugak. aku suka pagi ini.



dan ini,
gambaq matahari pagi ini.
tangkap dari dalam kereta,
sambil dengaq lagu way back into love ,
sambil termakan asap bas,
sambil ketawa dengan lawak2 sahabat2.
sungguh indah untuk permulaan hari.

selamat pagi untuk semua!!




Tuesday, March 15, 2011

banyak hal berlaku dalam dunia ketika ni

kebelakangan ni,
dalam masa lebih kurang 15jam yang aku peruntukkan untuk mengadap komputer dan internet setiap hari,
telah dihabeskan dengan melakukan aktiviti2 seperti,
menonton movie, menonton the vampire diaries, mengikut perkembangan semasa jepun dalam youtube, membaca wikipedia, membaca perkembangan majlis perkahwinan kate middleton, dan macam2 lagi lah yang boleh di tengok kat internet nih.
eh. tak lupa la jugak aku menjenguk seketika di laman2 akademik seperti sciencedirect, atau buat kerja2 menaip dan membaca.
sibuk sangat sampai lupa nak update blog dan menjalankan kegiatan mengdownlod lagu2 dan mencari band2 hat best2 seperti biasa.


tak dak gambaq hat best nak letak,
aku letak gambaq makanan. ok la naa.







Wednesday, March 09, 2011

ada aku kesah? (bahagian II)

"seal my heart and brake my pride
i've nowhere to stand and now nowhere to hide
align my heart, my body, my mind
to face what I've done and do my time

well yes sir, yes sir, yes it was me
i know what I've done, cause I know what I've seen"

- dust bowl dance, mumford and sons









bersambung.......

ada aku kesah? (bahagian I)

aku, mike dalam kehidupan sebenar.......



dalam entry yang sebelum2 ni,
aku ada cakap yang aku sangat suka watak mike dalam phdcomics.
sebab dia sama saja dengan aku. eh bukan, aku sama saja dengan dia.
terutama dalam proses menulis tesis nih.
aku dah sampai tahap, ada aku kesah.
tesis banyak lagi belum habes, banyak lagi nak kena perbetul, kerja2 yang bos2 kasi pon tak buat. ada aku kesah.

dan ada lagi 1 tanda yang menunjukkan bahawa aku dah jadi tak kesah.
:aku dah tak menangis berkenaan hal2 pengajian.
dah tak ingat bila kali terakhir aku menangis. rasanya masa aku buat entry yang boh gambaq mata aku merah selepas menangis tu kot.
jadi post-grad ni, selalu sangat diiringi dengan tension.
so, untuk diri aku, satu cara yang baik untuk hilangkan tension adalah dengan menangis.
tapi sekarang aku dah tak menangis. alasan sangat hepi dengan hidup bukanlah alasan yang kukuh.
aku sebenaqnya, sudah tidak kesah.
sudah tak kesah dengan tension yang ada.








tapi semalam,
aku menangis,
dalam shower,
senyap-senyap.








bersambung..........


Tuesday, March 08, 2011

italian food


untuk besday arix dan zati tahun lepas, aku bagi depa buku resepi.
(haruskah aku heboh disini? harus lah. kau ada)

arix aku kasi buku masakan itali.
zati aku kasi buku buat biskut.
dengan harapan, nanti2 boleh la suruh depa masak masakan itali dan biskut hat sedap2, pastu jamu aku ni ha.
tapi, ada sedikit malangnya disini.
terutama buku masakan itali.

dalam buku tu,
photography memang best gila. aku syak, aku pilih buku tu sebab photo2nya yang cantik. semua nampak sangat sedap, boleh meleleh jugaklah ayaq lioq bila tengok.
tapi bila tengok tang resepinya, adeh sakit.


sebagai contoh, aku pilih,
herb-roasted chicken with lemon & caper sauce.

bahan2nya...
100g unsalted butter, softened.
(bahan ni boleh cari kot kat pasaraya)
20g flat leaf parsley, chopped.
(parsley, no hal rasanya. kalau tak dak yang fresh, pi ambik yang kering pon boleh kot)
1 teaspoon freshly chopped tarragon.
(ha. sudah. apa itu tarragon)
1 clove garlic, crushed.
(ni semua dapoq mesti ada kan)
4 boneless chicken breast, skin on.
(no hal langsung)
4 slice parma ham.
(pangkah)
100ml dry white wine.
(pangkah)
275ml fresh chicken stock.
(no hal jugak. kalau malas nak buat hat fresh, boleh la kot guna hat segera kan)
275ml double cream, or half-fat creme fraiche.
(kedua2 bahan tak besa dengaq, tapi boleh jumpa kot kat pasaraya. kot la)
juice of 1 lemon.
(no hal)
2 tablespoon capers.
(hat ni pon tak pernah dengaq, natang apa, taktau)
salt and freshly ground black pepper.
(ni no hal langsung)


banyak bahan yang tak pernah dengaq. ntah dapat jumpa ka dak kat pasaraya terdekat.
bahan2 yang pertama kali dengaq tu kena pi cari kat google dulu, kena tau menatang apa dulu.
pastu bahan2 yang tak boleh guna, kena cari substitute dulu.
satgi kalau tak dak, jadi tak sedap pulak kan.
tak kan nak ganti dengan serai pulak kan.
kita ni teringin nak makan makanan itali yang betui2.
kena cuba sehabes baik, guna bahan yang ada dalam resepi.
tapi...
itulah, ambil masa dan tenaga.
bahan2 semua bukan jenis dok ada sedia dalam kabinet dapoq atau dalam peti ais atau di kebun belakang rumah.

kebanyakan resepi dalam buku tu,
kalau baca ja,
mesti terus potong mood nak masak.
tengok gambaq dah macam sedap.
bila baca bahan2 nya, ada ja bahan yang tak kenai,
pastu tertanya2, "kat tesco ada dak ni?"

arix terus putus asa.
dia kata nak ganti makanan itali dengan pindang ikan temenung.
ganti herb-roasted chicken with lemon & caper sauce dengan pindang ikan temenung?
jauh sangat tu arix wei.


nampak gaya buat sementara ni,
masak la dulu italian food seperti yang dok besa masak.
guna prego punya sauce.





p/s: aku dah cari kat google, tarragon dan capers tu sejenis herb.
p/s: zati, hang punya buku boleh guna kan. bila nak bake biskut? umah kak timah ada oven nih.

Monday, March 07, 2011

subjek pilihan aku

ini gambaq makanan sepanjang minggu lepas.
aku selalu tangkap gambaq makanan, rasa rugi pulak kalau tak boh kat sini.









makanan, subjek yang paling aku suka bila nak tangkap gambaq.
begitu jugak dengan matahari dan cahaya matahari.
suka tangkap gambaq makanan sebab aku suka makan.
makan beri kegembiraan. waktu makan adalah waktu yang aku sangat raikan.
matahari pulak, aku suka dia sebab cahaya nya.
tapi kalau suruh berjemur tengah panas, tentulah aku tak suka.
aku suka rumah yang bertingkap besaq, cahaya matahari dapat melimpah masuk.
:
:
golongan kedua, subjek yang aku suka adalah,
kanak-kanak, bangunan, dan kegiatan hari-hari aku.
aku suka tengok kanak-kanak.
aku suka tangkap perangai dan ekspresi muka depa masuk dalam gambaq.
ini satu kerja yang susah, aku jarang berjaya, tapi aku tetap suka mereka.
pasal bangunan,
aku suka mungkin sebab secara dasarnya, aku adalah seorang peminat sejarah. setiap bangunan ada ceritanya, ada sejarahnya, ada budayanya.
pasal hari-hari aku pulak,
aku sedang melatih diri aku untuk meyukai sekeliling aku.
jadi, bagi aku, subjek2 yang terdapat pada hari-hari aku tu, aku rasa menarik dan cantik walaupun ia tampak normal atau hodoh dimata orang lain.
;
:
subjek lain?
perkahwinan, aku jarang nak minat. sebab tu aku malas nak angkat kamera kalau pi kenduri kahwen. malas nak tangkap gambaq pengantin.
landscape, aku selalu teruja kalau pergi ke tempat2 yang menarik dan indah, tapi, masalah besaqnya, aku selalunya kecewa sebab gambaq yang terhasil selalunya tidak lah seindah atau menakjubkan seperti yang aku nampak dengan mata aku sendiri.
haiwan, subjek yang paling aku tak minat. gambaq haiwan yang aku tangkap selalunya nampak bosan.
:
:
:
:
p/s: tapi, bagi gambaq2 yang ada subjek2 yang aku suka, tidaklah secantik mana kan. aku masih guna idea dan teknik yang sama seperti 4 tahun lepas. bosan sungguh.