la ni aku ada dua masalah.
kulit kering yang melampau dan berat badan yang melampau beratnya.
(masalah tesis tak siap2 tu tak termasuk dalam senarai. itu masalah tetap)
pasal kulit yang super kering,
tiap2 malam boleh kata aku dok menggaru badan aku sampai luka dan merah2 sebab kulit yang super kering itu.
jadi aku ambil tindakan penyelamat.
dengan memilih untuk menyapu seluruh badan dengan baby oil.
dari pengalaman aku, seminggu pon dah cukup tuk menjadikan kulit aku lembut dengan penyapuan baby oil. ni dengan kulit yang super kering, tak cukup kot 1 minggu.
aku memang suka dengan sapuan baby oil nih.
kulit cepat lembut dan segala bantal, selimut, cadar jadi wangi dengan bau baby oil.
tapi masalah besaqnya, penyapuan baby oil memakan masa yang sangat banyak jugak.
malas hat tu lah. tapi la ni terpaksa gigihkan diri.
pasal berat badan yang melampau beratnya,
payah cakap lah.
dok risau. tapi tak mai lagi semangat nak berdiet dan bersenam tu.
aku rasa, dengan berat badan yang melampau ni,
1 ja cara yang boleh buat dia turun skit. 3 kilo contohnya.
iaitu dengan tindakan, tidak makan.
dari pengalaman aku, kalau aku tak makan dalam masa seminggu,
3 kg tu no hal.
tak makan, bukan maksudnya tak makan langsung.
makan jugak la, kalau tak camna aku nak menulis blog.
ni maksudnya, aku kurangkan makan sampai ke tahap yang maksima.
contohnya, pagi tak makan, tengah hari makan bihun sup, petang, malam tak makan jugak. kalau lapaq, makan biskut sekeping dua saja.
lepas seminggu, sure turun 3 kg. ni tuk sistem badan aku la. itu pun kalau sistem badan aku tak berubah la. dah lama tak buat kerja diet melampau nih. takut jugak dengan usia yang cam meningkat ni, susah dah nak turun cepat cam tu.
oh ya, tak perlu senaman.
tapi masalahnya, semenjak balik dari sabah ni, kerja nak makan macam2.
dengan alasan, rindu masakan sini.
contohnya seperti sekarang, aku tengah tulis entry ni sambil makan nasik lemak.
nice kan.
pasal senaman pon sama masalahnya. dok plan bagai dengan zati, hujung minggu nak turun jogging, kalau tak jogging, turun mengayuh di gym saujana.
tapi dah berapa kali hujung minggu dah, asyik bangun lambat ja.
pilates pon dah lama gila tak buat.
gambaq kat atas tu, aku tangkap minggu lepas.
boleh kata hampir setahun jugak la aku tak hampaq yoga mat.
punya lama tak buat, sampai gerakan2 pilates pon aku dah banyak lupa.
hari tu, main hentam saja buat hat mana ingat saja.
tak sampai 20 min, aku dah stop. tak tau dah nak tonggeng terbalik apa lagi.
last sekali hentam tidoq atas yoga mat.
nice.
oh. satgi tengah hari, depa ajak aku pi makan kat kapitan.
nak belanja Bos-No-2, semperna besday dia yang ke.. eeerrr..
4 comments:
bagusnya hg.siap buat pilates lg.aku skang jogging jugak.tapi bukan hari2..sebab kadang2 mai gak malas tuh.huhu.tapi hg jgnla buat diet melampau tu sgt..tak sihat nnt.
ekekekek.
dah lama weh tak buat pilates.
jogging lagi lama tak buat. nak mulakan hari jogging pertama yang paling susah.
ala diet melampau seminggu ja. ekekeekk.
kalau duduk sini lagi la berganda tahap kekeringan kulit..huhu..
pastu kak nadiah buat camna?
Post a Comment