Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, April 28, 2011

berlab-coat dan bertelekung




alasan nak sembunyi baju yang dipakai hari sebulum tu, tak ada lah berkaitan dengan aku.
tapi hat lain, memang betul lah. alasan kenapa aku pakai lab coat.

tapi itu dulu,
zaman dok aktif buat eksperimen.
la ni banyak duduk dalam bilik siswazah. ngadap komputer.

so, dari lab coat, tukaq ke
kain telekung.

kadang2,
sekali pakai, malas nak tanggal, sebab:
1. solat pada lewat waktu. so tunggu solat seterusnya dalam telekung.
2. bilik yang super sejuk. aku dok betui2 depan ekon.
3. malas nak lilit selendang balik.






pakai telekung dari solat zohor sampai ke magrib pun pernah.
muhahhahha.






p/s: ni dok tengah pakai telekung lah.

Wednesday, April 27, 2011

it's complicated






hubungan yang sejuk.
jenuh nak hangatkan balik.
dah berapa kali perangat pon tatau.
jangan sampai basi sudah.

tentang cahaya, tentang bunyi




dalam dok cari lagu2 cocoon, aku terjumpa lagi sekali video lagu nih.
pasal video ni aku teringat 2 benda.

1. tentang cahaya.
aku sangat suka video atau photo yang mempunyai cahaya macam nih. aku tak tau istilah apa yang digunakan. yang sekeliling gelap, cahaya hanya tertumpu pada subjek sahaja. tak paham lagi? emmm. cuba sekali lagi. keadaan dimana, sekeliling gelap, tapi hanya ada lampu liplap, atau beberapa batang liling, atau beberapa mentol lampu. senang cakap macam video kat atas lah. aku rasa nak cuba tangkap gambaq dalam keadaan macam nih lah. nak pi cari lampu liplap. tapi tak dan nak buat la nih.
dan aku saja nak habaq yang aku suka video atau photo yang punya cahaya macam video diatas.

2. tentang bunyi.
kalau hampa tengok video ni sampai habes, hampa akan dengaq bunyi ayaq kolam berlaga dengan kamera. adoi. macam bunyi ayaq belaga dengan telinga. glup glup. itu bunyi yang depressing tuk aku. bila dengaq, aku boleh bayangkan aku dok dalam kolam/laut, tengah terapung, ayaq belaga dengan telinga, tertelan ayaq, mata pedih kena ayaq, hidung pedih, terbatuk-batuk, rasa panik, rasa nak lemas.
aku ni suka dok dalam ayaq. tapi beberapa minit (30min) sebelum nak besa dengan ayaq, aku akan panik. lepas aku boleh lupa pasal bunyi ayaq belaga dengan telinga dengan menikmati permandangan sekeliling, langit, tengok ayaq jernih, barulah boleh selesa dalam ayaq.
hui. jenuh. sebab tu aku payah nak boleh berenang.

Tuesday, April 26, 2011

dont go breaking my heart




tadi pi tonton filem nih.
selepas emmmm lebih 3 bulan tak jejak kaki ke panggung.

filem yang sangat best.
dah lama tak tengok filem romantik cina rasanya.

cinta 3 segi. 2 lelaki 1 perempuan.
kedua-dua lelaki mempunyai cara mencintai yang tersendiri.

yang berjaya dapatkan si perempuan haruslah yang punya cinta yang lebih mengharukan.
dan dia juga haruslah pelakon kacak yang diminati. daniel wu.

aku menitis ayaq mata masa babak katak mati sampai ke daniel wu pergi jumpa perempuan tu bagitau katak dia sudah mati. uwaaa.

ok. pi tengok. tapi kat panggung rasanya dah nak habes dah tayangan dia.
kalau dah tak dak kat panggung, pi cari kat online.
oh sangat suka filem nih.

aku, the book-keeper

respon dari entry yong.


tingkatan 4 dan 5 adalah waktu sekolah yang paling seronok.
memori di tingkatan 4 dan 5 aku simpan elok2.
tak mau lupa.

pasal kawan2.
pasal cikgu2.
pasal suasana dalam kelas.
pasal suasana selepas kelas.
semua indah.

walaupun malas studi masa tu, tapi ia tetap memori yang indah.





yong,
nanti aku bawak buku hitam tu.
masih elok aku jaga.
kadang2 aku dok bukak jugak.
tiap kali bukak sure gelak,
walaupun tak banyak entry yang kita tulis dalam buku tu.

Monday, April 25, 2011

satu buku pon tak habes baca lagi




baca 4 buku sekali gus.
tapi satu buah pun tak habes baca.
lama gila tak update blog buku.

buku stories: aku baca dari dok sabah lagi. ada lebih kurang 1/4 lagi nak perabes baca. tersekat baca tang cerita yang agak panjang. sungguh lama tersekat.
buku quran and i: baca setengah. buku nipis, tapi takleh nak bagi habes jugak.
buku committed: baru baca 1/8. perlu masa yang lapang nak baca sebab kena baca dengan penuh perhatian.
buku running with scissors: buku terbaru yang dibukak. baru baca 1/4. tapi kena abaikan jugak sekarang sebab ada benda len yang perlu buat.



2 buku yang bawah sekali,
emmm. kena bukak selalu kot.

tua di u, sidang 2

sidang 2004/2005:
tahun 2.

untuk tahun 2, aku masih tinggal di hostel yang sama. bilik yang sama.
tapi romate lain.

masa ni, nama hostel telah berubah jadi cahaya gemilang.
hostel2 baru, RST telah dibuka sepenuhnya. ada penguni gemilang dan hostel lama yang lain dihantaq ke RST.
(R, restu. S, saujana. T, tekun)

dan tiada student baru (1st year) masuk ke gemilang.
hostel lama yang lain aku tak sure. tapi rasanya student baru banyak disumbat dalam RST.

oleh kerna tiada student 1st year yang masuk hostel aku,
maka agak boring jugak hidup. dok tengok muka lama jugak.
dan niat nak buli student 1st year tak dapat dilaksanakan.

masa tahun 2 ni,
aku ada banyak kelas jam 8pg.
untuk menambah malang lagi, semua kelas tu agak jauh dari hostel.
makanya, banyak kelas 8pg aku ponteng. dah makin rajin nak memonteng.

dalam entry tua di u, sidang 1,
aku lupa nak cakap yang masa ni,
aku dan rakan2 agak aktif dengan aktiviti hostel.
masuk itu ini. masuk pasukan sorak, wakil sukan, masuk pasukan pacarwara dll.
tapi untuk tahun 2 ni,
semua pakat malas.

masa sem 2 dalam sidang nih,
dengaq kabaq berita yang gemilang akan ditutup, nak direnovate. akan dihantaq ke RST.
maka, kami aktifkan diri balik dengan masuk pasukan kawat, sahaja.
sebab kononnya kalau terlibat dengan aktiviti hostel, nanti kami boleh mintak tinggal di cahaya. atau ke hostel2 yang lama yang lain.
takmau dok kat RST, sebab RST adalah hostel yang paling jauh.

dalam sem 1 sidang ni,
keputusan major aku teruk jugak.
dan sem 2,
major aku lagi bertambah teruk. tapi nasib baik ambik minor pengurusan masa sem 2,maka keputusan boleh diselamatkan skit.
untuk paper minor pengurusan, aku ambil penguran asas. dan perlu baca dari kulit depan hingga kebelakang. tapi aku tiada masalah nak baca, sebab kandungan buku sangat menarik dan terasa segar otak dengan ilmu baru yang tiada kiatan dengan major.

Sunday, April 24, 2011

matahari pagi di halaman rumah



ni pulak gambaq matahari pagi jam 815pg sampai 840pagi.
jam2 macam ni aku sangat suka.
sebab nampak cahaya matahari macam melimpah-limpah.

gambaq2 ni aku tangkap pada 2 hari lepas rasanya.












bawak afrina tengok matahari terbit




ini gambaq matahari yang terbit pagi tadi di kampung aku.

afrina bangun awai pagi tadi.
dia tak mau tidoq balik, so aku ajak dia pi tengok matahari terbit.

port untuk tangkap gambaq hari ni,
sama dengan sesi tangkap gambaq matahari pagi yang aku buat tahun lepas.

tapi kali ni,
aku tak sempat nak dok tangkap gambaq lama2.
hanya sempat dok 30min saja. kul 7pg sampai 730pg.


























p/s: kalau aku bohong kata gambaq pokok kering yang ke-2 terakhir tu, aku tangkap kat safari afrika, orang boleh caya dak?

Wednesday, April 20, 2011

tua di u, sidang 1

cakap pasal baktisiswa,
teringat pasai aku dok usm lama sangat.


aku mula masuk,

sidang 2003/2004:
tahun 1.
umoq masa ni 19 tahun.
main banyak masa nih.
tinggal kat gemilang (untuk pengetahuan adik2, masa tu, tak dipanggil lagi cahaya gemilang, hanya dipanggil gemilang, dan RST tengah susun bata lagi).
hostel agak dekat dengan kebanyakkan kelas.
aku ada roomate cina.
2 benda aku belajaq dari dia, 1) menjadi seorang pengemas (agak pengemas la skit, tapi tak la sekemas dia). 2) pergi kelas tak mandi.
bab kuat studi aku tak pernah nak ikut. nyesal jugak lah.
pasal tak mandi pi kelas, aku hanya amalkan untuk hari2 yang ada kelas di tempat yang jaraknya tak sampai 5min berjalan, kelas jam 8pagi, kul 9pagi tak dak kelas (boleh balik mandi atau sambung tidoq), dan terbangun lambat tak sempat mandi (mungkin bangun jam 750pgi macamtu).
masa tu, kelas jarang nak ponteng.
hidup sangat best masa ni. baru masuk u kan...




la ni,
sidang 2010/2011.
cuba kira. dah berapa tahun aku dok sini.
tak pernah keluaq.


untuk sidang yang lain2,
nanti aku cerita lagi.

bakti siswa

sepanjang aku mengaji u,
aku tak pernah ikut bakti siswa.

tapi,
kali ni aku terlibat dengan bakti siswa.
bukan aku pi kampung orang.
tapi orang mai kampung aku.

esok,
dapat 2 adik angkat.

aku tengah piker...
nak suruh depa buat apa.

lipat kain?
kemas rumah?
masak?

emmmmm

tebas rumput belakang rumah pon ok jugak kan?

Tuesday, April 19, 2011

whole wide world oleh mindy gledhill

aku jumpa video ni dalam blog kegemaran yang selalu memberi inspirasi, nienie.
aku dengaq macam sedap.
tapi aku sangat suka sebab video ni ada nienie dan famili.

semoga terhibur!


sudah tiba masanya...

untuk aku memulangkan kamera yang aku selalu guna kepada tuannya. aini.

90% gambaq yang diletakkan didalam blog ini dari awal tahun 2010 sampai ke hari ni,
adalah menggunakan kamera aini.
benQ DC C540. yang menggunakan bateri AA. yang punya 5megapixel.
camera ni mula dikeluaqkan pada sept 2006. aini beli awai tahun 2007.
sampai ke la ni, kamera tu masih gagah. walaupun tak segagah dulu atau segagah kamera masa kini.

lepas kamera aku masuk pasir, lens rosak, aku pinjam guna kamera dia.
lepas kamera aku diperbaiki pun aku masih pinjam kamera dia, sebab kamera aku masih tidak sebagus dulu walaupun dah pi pebaik.
aku pinjam guna seperti harta sendirik sampai ke hari ni.
aku boh dalam beg aku 24jam. bokmai lab, bokbalik rumah, bokbalik hostel, bokbalik kampung.
kalau dia nak guna baru dia mintak kat aku. lepas dia guna, dia kasi balik kat aku.
dah macam milik aku bukan?

aku pun tatau macamna dia boleh percaya kat aku nak pegang barang dia.
kadang2, bila mai perasaan bersalah buat kemera dia seperti harta sendiri dalam diri aku, dia akan cakap, "alaa.. bukan aku nak guna pun. dari tak guna, lebih baik aku kasi ko guna".
tapi, bukan senang nak bagi orang guna barang kita walaupun barang tu kita tak guna.

jadi, aini,
aku tatau nak cakap macamna untuk menunjukan betapa aku berterima kasih sebab kasi aku guna kamera ko seperti harta sendirik.
terima kasih sebab percayakan aku.
terima kasih sebab tak kisah. (kalau pun ko kisah sebenaqnya, aku anggap ko tak kisah la ye)
muah!

dan terima kasih jugak tuk benQ sebab teman aku selama nih. tak keruan kalau aku tak dak kamera dalam beg.
dan ini gambaq aku bersama benQ DC C540.






ini pulak gambaq aku tangkap pagi tadi guna kamera benQ aini.




Monday, April 18, 2011

terima kasih marina!




marina tahu aku dok cari buku nih.
aku dah lama nak buku nih.
bila dah habes baca look me in the eye: my life with asperger's oleh john elder robison, lagilah aku nak buku ni sangat2 sebab nak tau kisah adik si john plak.

aku baru baca tang puji-pujian untuk buku ni kat muka surat depan.
dan aku tahu, buku ini akan ajaq aku sesuatu.
terutamanya, macamna nak lihat hidup aku dari sudut yang kelakaq. lagi kelakaq aku lihat, lagi hepi hidup aku.
marian keyes, frank mcCourt adalah antara penulis yang berjaya mengajaq aku pasal benda2 nih.


marina kasi senyap2 letak dalam beg aku.
buku dibungkus dalam sampul surat. rupa macam sebungkus ganja pon ada gak.
bila tengok, terus melompat.
sekali lagi, trima kasih banyak2 marina! muah

aku, diakhir 26 tahun

ini gambaq aku yang indah rupa dari khabar.
muhahhahaa.
tujuan sebenaq gambaq ni: untuk tatapan lina. aku nak tunjuk ukuran diameter terbaru muka aku.

gambaq diambil pada hari sabtu, jam 630pg. jam-jam terakhir sebelum nak masuk 27.
harap2, jam-jam terakhir nak masuk 28 nanti, diameter muka akan berkurangan dari ini.


semalam, B-day aku



aku nak kasi cerita skit,
cara orang nerd macam aku sambut besday.
(aku ambik masa bertahun2 jugak nak menyedari/mengakui yang diri ini adalah nerd)

1. untuk B-day kali ini, aku rasa nak mulakan dengan sarapan awal pagi. plan nak makan kat kedai kopi kegemaran jam 8pg. tapi, (ter)bangun lambat. jadi, pi makan tengah hari terus saja lah.
2. lepas makan, jalan kaki pi lab. ye, hari ahad yang juga merupakan B-day, aku tetap pi lab. lab adalah segala-galanya. jalan secara santai dibawah matahari yang lit lit.
3. lepas zohoq, pi kerat rambut di kedai apek kegemaran. aku suka pi kerat time B-day. bukan sebab konon2 bermaksud mahu mulakan hidup/gayarambut baru semperna umur yang baru. tapi supaya aku senang nak ingat tarikh aku kerat rambut. kalau bosan, lepas 5 6 bulan, aku pi kerat lagi. kalau rajin nak simpan lagi, nanti b-day tahun depan aku pi kerat pulak. dan kali terakhir aku kerat rambut, b-day tahun lepas. bukan senang aku nak simpan rambut. lambat sungguh nak panjang.
4. lepas kerat rambut, pi makan ais krim.
5. lepas tu, balik semula ke lab. ada home made kek menunggu di lab.
6. lewat petang pi makan malam.
7. balik semula ke lab.
8. jam 11mlm, pulang ke hostel. dalam berjalanan balik, The-Fourth pasang lagu birthday oleh the beatles.
9. mandi, tidoq.
10. habes B-day orang nerd ni.