Wednesday, April 27, 2011
tentang cahaya, tentang bunyi
dalam dok cari lagu2 cocoon, aku terjumpa lagi sekali video lagu nih.
pasal video ni aku teringat 2 benda.
1. tentang cahaya.
aku sangat suka video atau photo yang mempunyai cahaya macam nih. aku tak tau istilah apa yang digunakan. yang sekeliling gelap, cahaya hanya tertumpu pada subjek sahaja. tak paham lagi? emmm. cuba sekali lagi. keadaan dimana, sekeliling gelap, tapi hanya ada lampu liplap, atau beberapa batang liling, atau beberapa mentol lampu. senang cakap macam video kat atas lah. aku rasa nak cuba tangkap gambaq dalam keadaan macam nih lah. nak pi cari lampu liplap. tapi tak dan nak buat la nih.
dan aku saja nak habaq yang aku suka video atau photo yang punya cahaya macam video diatas.
2. tentang bunyi.
kalau hampa tengok video ni sampai habes, hampa akan dengaq bunyi ayaq kolam berlaga dengan kamera. adoi. macam bunyi ayaq belaga dengan telinga. glup glup. itu bunyi yang depressing tuk aku. bila dengaq, aku boleh bayangkan aku dok dalam kolam/laut, tengah terapung, ayaq belaga dengan telinga, tertelan ayaq, mata pedih kena ayaq, hidung pedih, terbatuk-batuk, rasa panik, rasa nak lemas.
aku ni suka dok dalam ayaq. tapi beberapa minit (30min) sebelum nak besa dengan ayaq, aku akan panik. lepas aku boleh lupa pasal bunyi ayaq belaga dengan telinga dengan menikmati permandangan sekeliling, langit, tengok ayaq jernih, barulah boleh selesa dalam ayaq.
hui. jenuh. sebab tu aku payah nak boleh berenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment