Tuesday, May 17, 2011
diet 10 hari semperna kenduri lina: day 1
day 1: isnin, 16 mei 2011.
bangun pagi, seperti biasa,
terus rasa lapaq.
8.00pg: makan mamee monster separuh bungkus.
oleh sebab pagi itu aku kalut2 nak pi lab, maka lupa nak sumbat sepeket biskut masuk beg.
dan aku la ni pulak, jenis rasa, aku patut makan pagi. supaya perut aku bekerja jugak skit. jangan sampai tengah hari baru nak bagi dia kerja. bagi dia keja skit2, kalau dak, nanti dia malas.
pagi itu, aku nekat tak mau beli apa2 benda dari cafe. no nasik lemak, no goreng2, no kuih2.
so sumbat skit perut ni dengan separuh paket mamee monster walaupun tau mamee tu bukanlah makanan sihat.
9.00pg: perut mula kriok kriok. cet.
11.00pg: jalan kaki pi makan kat pizza hut.
kalau niat nak diet tu, perut dan tekak ni mulalah nak ngada2. mulalah nak makan macam2. hari biasa takdak pulak nak teringin pelik2.
pi makan awai, tak tahan dengan perut yang dok kriok kriok dengan kadar yang luar dari biasa.
nak cerita pasai pizza hut ni, aku dah lama makan hati dengan pizza hut nih.
ada la kot dah 2 tahun macam tu, aku rasa pizza hut ni dah tak best. saaanngaat jarang nak pi.
dah 3 4 buah kedai pizza hut aku rasa depa ni teruk.
servis teruk, lambat, pekerja main2 ketika kerja, masak cincai, hidang cincai.
tapi, oleh kerna la ni pizza hut tengah buat promo 50% dan arix kata pizza-hut-kat-rumah-dia-ok-oleh-itu-mungkin-pizza-hut-sini-pon-dah-ok, dan juga perut diet ni dok teringin hat benda tak patut tuk makan, aku pi jugak lah.
tapi bila kat sana, aku tak amik hat promo 50% tu pun, ambik hat sensasi delight, hat lama tu.
rasanya hat tu lebih berbaloi.
aku makan, spageti karbonara, sup cendawan, roti 4 batang dan pepsi segelas.
3.00ptg: habeskan separuh lagi mamee monster dan 2 gelung keropok cheezels arix.
5.45ptg: makan malam.
arix ajak pi makan pecal lele. adeh. aku dengan pecal lele ni memang kalah.
sure takleh nak tolak. so, sebelum pi dah prektis, "nasik separuh ya makcik/kak".
tapi nasib baik tukaq plan. arix nak pi kopitiam kegemaran. fuh lega.
aku makan mee wantan spicy sup (mintak less spicy, seperti biasa, dia bagi yang nala punya spicy jugak) dan ayaq suam letak lemon slice.
10.10mlm: amik bau beger bila The-Fourth singgah beli beger.
ayaq kosong aku minum: 2100ml (tak termasuk ayaq suam masa makan malam)
kejayaan pada day 1: tak makan nasik. yeeehhuuuu. aahh. tak kisahlah walaupun dah telan spageti karbonara sepinggan.
p/s: syoknya bercerita pasal makan. mungkin aku boleh buat buku pasal aku dan makanan.
p/s/s: malam sebelum tu, aku dan arix rancak bersembang pasal kenangan makanan ketika kecik serta makanan kegemaran famili.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
waiting for day 2 entry :)
Post a Comment