Friday, May 20, 2011
diet 10 hari semperna kenduri lina: day 4
day 4: khamis, 19 mei 2011.
pi lab lewat.
hari cuti pi awal, hari biasa pi lewat.
itu menunjukkan, memang tiada beza antara hari kerja dan hari cuti untuk seorang student sepenuh masa.
terutamanya student tua sepenuh masa macam nih.
hari kerja, kerja. hari cuti, kerja.
hari kerja, cuti. hari cuti, cuti.
suka hati punya plan kerja dan cuti.
12.00 t/h: makan t/hari di kedai kopi kegemaran.
singgah makan sebelum menapak ke lab.
aku lupa nak makan skit kat bilik sebelum makan t/hari.
aku pilih mee wantan th'ng. ayaq suam + lemon slice.
mee wantan th'ng kat situ ada letak sebijik telur. selalunya aku makan semua bahan yang dia letak. tapi hari ni, aku tak makan telur kuning. sebab telur kuning dia tak masak sepenuhnya.
2.00ptg: kunyah keropok mister potato.
3.30ptg: pi cafe teman arix.
makan dadih cokolat.
beli nescafe original 1 tin. minum di lab.
aku suka minum nescafe dalam tin, sebab lebih sedap, nampak cantik bila letak atas meja dan rasa lebih bergaya bila minum nescafe dari tin sambil buat kerja.
(ya tahu. alasan tak munasabah dan berkos tinggi kalau minum nescafe tin hari2 untuk aku yang tak berduit nih).
dan, beli sekeping cucoq udang + tofu goreng. teringin.
9.30mlm: sampai rumah kak timah.
terus makan cucoq udang yang dibeli petang tu.
gila lapaq masa kat dalam bas nak balik rumah kak timah.
pastu, telan pulak sebijik buah kiwi yang membeku. dah serupa makan aiskrim perisa kiwi.
dan minum minuman epal.
11.30: tangan menggeletaq.
tak sure sama ada sebab aku lapaq atau rasa marah yang timbul bila tonton telefilem odd girl out kat 8tv semalam. rasa nak bagi penampaq sedas dua kat kaki buli tu.
tapi, aku berjaya tahan diri dari selongkaq dapoq kak timah cari megi. yeaah.
dan aku tengok dalam peti ais ada aiskerim kegemaran. dugaan sungguh. berjaya tahan diri jugak.
jumlah air kosong yang diminum: mungkin hanya 1000ml lebih skit. tak boleh jadi sungguh nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nescafe original dlm tin sgt sedap kan kak husna!!!! minum hari2 pun tak jemu:)
dulu masa tak kawin, suami sy suruh control minum nescafe, skrg, dia pulak offer nak nescafe tin x . kalau nak, dia akan beli mase otw balik keje.. yahooo!! heaven la!
usna diet sb kenduri sy? terharu. hehe.. sy pun ngah diet. tp xde hasil pun. usna nape beli hadiah. dpt dtg pun dah cukup gembira sy. betul ni.
"aku suka minum nescafe dalam tin, sebab lebih sedap, nampak cantik bila letak atas meja dan rasa lebih bergaya bila minum nescafe dari tin sambil buat kerja"
rasa lebih bergaya!!
hahaha
farhana: yuhuuu.. memang heaven lah!
lina: dietlah. nanti nak jumpa makcik2 lina. kot2 depa bekenan nak buat menantu. muhahhahaha
allaaa. asal lina tak ckp awal2 tak nak hadiah?? muhahha
kasi hadiah la, blh buat kenangan masa tua.
su: muhahhahhaa. mmg rasa bergaya bila langgah ayaq nescafe dari tin sambil bz-bz atau buat2 bz.
Post a Comment