Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, May 31, 2011

isu #1: Gosip

ini hal yang aku perhatikan sekian lama.

gosip.
ada orang suka bergosip. ada orang tak suka bergosip.

aku suka bergosip.
bergosip dalam definasi aku sendiri.
bergosip dengan cara aku sendiri.

dalam definasi aku,
aku pecahkan gosip kepada dua jenis.

jenis 1: bergosip=meluahkan perasaan.
yakni kita bercerita tentang seseorang yang kita tidak berpuas hati, yang kita marahkan.
benda2 yang kita marahkan atau tidak berpuas hati, kita kena luahkan pada seseorang.
kalau tak kepada orang yang kita tidak puas hati itu sendiri, kita luahkan kepada orang2 terdekat.
benda2 macam ni, kalau tak luahkan, akan tersimpan dalam hati, dan akhirnya akan membawa penyakit.
simpan, simpan, dendam, dendam. lepas tu, boom meletup.
kan dah susah.

jenis 2: bergosip=mengumpat.
memburuk-burukan orang. membuat orang lain benci kepada orang yang kita benci.

gosip jenis 1 dan jenis 2 ni, agak susah untuk bezakan.
kedua nampak sama, cerita tak baik pasal orang.
melainkan kita tahu sikap sebenar orang yang bergosip itu,
melainkan niat si pendengar dan si pencerita adalah betul.
nak meluahkan perasaan, bukan nak buat orang lain benci sama.
itu yang aku rasa setakat ini.

ok.
kita ambil contoh.
ada kawan, bercerita pong pang pong pang pasal seniornya.
pong pang pong pang pasal perangai senior yang dia tidak berpuas hati.
kalau orang yang mendengar, boleh kategorikan gosip itu jenis 1 atau jenis 2.
kalau orang yang mendengar itu tahu perangai kawan dia tu macamna, kawan ni jenis baik, bukan jenis nak jaja2 cerita, dia pon nampak juga perangai seniornya macamna, dia akan rasa, kawan dia ni cuma nak meluahkan perasaan.
tapi untuk orang yang tak kenal hati budi orang meluahkan perasaan itu, dia akan rasa orang itu suka buruk2kan orang lain. suka mengumpat.

jadi, aku simpulkan, kalau kita nak meluahkan perasaan, luahkan pada orang yang rapat dengan kita.
yang tahu perangai kita macamna.

kalau silap luahkan kepada orang yang tak kenal kita,
mereka akan rasa kita mengumpat.
yang mereka yang mendegar juga bukannya ikhlas.
tidak akan cuba faham dan masih tiada sensitiviti.
lepas kita cerita pong pang pong pang hal orang itu, dia masih tak sensitif.
ada saja dia nak perangat perasaan marah dan benci kita pada seseorang.
kalau sensitif, kalau faham, dia tak akan cuba untuk kaitkan kita dengan seseorang yang kita benci tu.

hal perangat ni pun aku selalu jugak tengok.
inilah yang aku kategorikan gosip jenis 2. gosip mengumpat.

contohnya,
dia tahu kita dan rakan2 kita sangat tak suka pada si X ni.
lepas tu, ada masa2 tertentu, dia akan bawa cerita pasal si X ni.
apa si X ni buat, apa si X ni kata.
dengan harapan untuk kita luahkan perasaan kita pasal si X tu.
nak kita kata, "tu lah yang aku tak suka tu. hari tu kan dia bla bla bla".
orang macam tu cuma nak perangat, cuma nak berseronok2 dengar orang marah2.
dia rasa kelakar. dia enjoy.
orang jenis nak bergosip jenis 2 nih, bukan sensitif.
dan dia tak akan cuba faham apa yang kita rasa terhadap si X.

hat orang yang suka dengar sebab seronok tengok orang marah2 ni memang aku boleh hangin tengok.
kadang2 orang macam ni, saja mendengar, lepas tu, nak menyampai ke kumpulan lain pulak.
kalau lagi teruk, nak laga2 kan orang pulak.



jadi kesimpulannya,
ikutlah niat kita bergosip macamna.
kalau kita bercerita hanya nak luahkan perasaan, ok aku rasa.
kalau kita mendegar sebab nak meringankan beban perasaan orang tu, dan lepas tu, hal itu kita simpan, ok aku rasa.
tapi,
kalau kita bercerita sebab nak buat orang lain membenci, sebab nak perangat perasaan benci orang lain, itu tak ok.
kalau kita mendengar sebab kita enjoy, sebab kita nak ketawa2, kalau kita nak have fun, kalau kita nak seseorang itu nampak seperti kaki mengeji, itu tak ok.




bab gosip artis lain pulak.
itu, nanti2 aku cerita.

3 comments:

Anonymous said...

saya tak kenal kamu dan saya tak kenal orang yg kamu gosipkan, mungkin benar orang itu yg bermasaalah atau kamu sendiri yg bermasaalah. Dan kamu tak kan sedar yg kamu juga mungkin menjadi bahan gosip orang lain...

Mengkuang berduri said...

hahaha... biasa lah jadi bahan gosip. lumrah hidup.. siapa yakin yang dia tak penah jadi bahan gosip org lain? tak pernah?

sebagus mana pun org itu, mesti jadi bahan gosip punye lah...

betul tak?

berusaha untuk elakkan gosip2 jahat...

Liyana said...

bak kata Daya, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..hehehe