kemarin, selasa.
selepas 3 hari lepak dengan syoknya di rumah kak timah,
aku mau balik ke lab sudah.
kak timah keluaq kerja awai.
so aku pun bangun awai jugak. awai skit dari biasa.
aku kemas bilik, kemas rumah, sapu sampah, lipat baju, buang sampah, cuci dapoq dan pekasas masak sarapan yang aku guna, tuang ayaq dari cerek ke jag dan macam2 lagi lah.
dan keluaq pi lab pon awai la skit.
tengah dok tunggu bas rapid,
aku mula pikiaq, adakah aku ada jerang ayaq atas dopoq gas tadi? dan terlupa nak katup api?
hah jenuh.
penyakit was was dah mai.
kacau.
nak patah balik cek,
aku tak larat.
sebab dok usung 3 beg yang berat.
aku dok lawan pikiran kacau aku tu,
"tak, aku tak jerang ayaq rasanya, aku hanya tuang ayaq dari cerek ke jag saja".
"ya ka tak jerang, tadi hang ada terpikiaq nak jerang jugak kan sebab ayaq dalam jag pon tinggai skit saja".
"betul lah tak jerang".
"ya ka? hang ni selalu buat kerja tanpa minda yang sedaq".
"eh. tak jerang ah".
gila stress.
aku kuatkan hati, tu iblis dok mai kacau. dok bagi penyakit was was.
aku naik bas,
dok pikiaq lagi.
sampai lab,
dok pikiaq jugak.
aku pikiaq, paling lewat tuk aku terima panggilan dari sapa2 yang nak marah aku pasai dah kasi terbakaq rumah kak timah, mungkin dalam masa 2 jam. mungkin kul 10pg.
(kalau rumah terbakaq, mesti pihak pengurusan akan telefon abang aku atau kak timah.
pastu mesti kalau tak abang aku atau kak timah yang telefon aku, mesti ada sapa2 yang telefon marah2 sebab kasi rumah terbakaq)
kul 10 pg.
ok. tak dak orang telefon, rumah ok kot. aku tak jerang ayaq maknanya.
kul 1010 pg.
ya ka. ka sebab pihak pegurusan tak telefon abang aku atau kak timah lagi.
ok. tunggu lepas kak timah balik kerja.
tunggu.
risau.
stress.
ya ka aku tak jerang ayaq.
stress.
tunggu.
risau.
stress.
aku tak jerang ayaq kot. ni saja aku waswas saja.
stress.
tunggu.
tunggu.
kul 345 petang.
aku call kak timah.
"assalammualaikum kak timah. kak timah dah sampai rumah?"
"belum lagi, keluaq dengan chon sat. awat?"
"emmm. tak dak apa2 lah. cuma cek na rasa cek na lupa katup tv masa nak pi lab tadi".
"ha. tak pa lah. nanti balik kak timah tengok".
tanya pasai tv konon,
sebenaqnya nak tanya rumah terbakaq ka dak.
ah. dem.
kak timah tak sampai rumah lagi.
tak pasti lagi status rumah, terbakaq ka dak.
tak pasti lagi status keraguan aku, aku ada jerang ayaq ka dak.
risau.
tunggu.
aku tak jerang lah.
ya ka tak jerang,
ah stress.
tunggu.
ya. pasti tak jerang tadi. lama sangat nih.
ya ka? sure?
ahhhh.
stress.
tunggu.
tunggu.
kul 10malam.
ok. kak timah tak telefon habaq apa2 pon.
tak kan kak timah tak balik rumah lagi. sok dia nak kerja.
jadi, dengan pastinya....
aku tak jerang ayaq pon.
dok risau tak ketahuan hala.
ni penyakit was was saja.
habes 1 hari dok sakit kepala risau benda yang takdak takdak.
benda was was yang aku selalu rasa,
1. pintu aku kunci ka dak tadi.
2. suis iron kat bilik iron aku katup dak tadi.
aish.
7 comments:
husna, aku pon ada sindrom yg sama, sbb tu pas guna iron aku tarik plug..kot2 lupa katup suis kan terbakar rumah...pastu kipas selalu lupa tutup ke tak...hahaha
baca pun suspen je..
kak husna!! sy yang baca pun pening! sy ade sikit sindrom ni.. tapi bole lawan lagi la.. adik saya, sangat teruk! malam2 sebelum nak tdo, ade kot seploh kali nak check pintu kunci ke tak. siap suruh sy jadi saksi dia dh check pintu berkunci dan mmg dah dikunci (itu pun datang check balik lepas tuuuuu!!) kalau nak keluar rumah pulak, suis2, api2 dapur dia check jugak (anyak kali jugak) total up, kalau nak kuar ade kot 20 kali kena check!
mizi: aku hanya was was benda2 yang boleh bg bakaq rumah. dapoq gas, seterika. kalau lampu n kipas aku tak kisah sangat. sebab kalau tinggai seminggu pon ok lg.ekekekk.
anon: bacalah sambil dengaq lagu2 saspen.
farhana: itu sangat kritikal. hahahha. kak husna kira ok lagi lah kot. kak husna tak mau p cek sebab nak yakinkan diri bahawa itu hanya was was. ehhee
lawak la kakakku sorang ni. Lain kali,kalau was-was mcm tu, banyakkan baca Surah An-Nas. InsyaAllah,hilang perasaan was2 tu..
ekekeekek. okeh. tq. moga2 tak lupa petua ni bl penyakit was was mai.
insyaAllah kakakku sayang...
Post a Comment