Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, June 02, 2011

brader ngesot yang terlampau

semalam, di lab,
jam 10mlm masa nak balik,
brader ngesot semakin menjadi-jadi usikan dia.

dia dok usik sejak dari hari selasa lagi.
tapi kemarin rabu, sangat kerap usikan dia.
dah larang, dah marah, tapi dia tetap dok ngusik.

dia dok ajuk watak suster ngesot.
buat mata, buat bunyi.
aku tak apa. tak kesah.
sebab dia dok ngusik orang lain.

tapi masa nak balik semalam tu memang melampau.
habis ja mengajuk suster ngesot,
dia kata ada nenek pulak kat depan pintu....

"hati-hati bila buka pintu nanti ya.
ada nenek disitu.
tak apa.. dia baik tu.
kalau ada yang menegur, jangan kamu balas ya"

haareeee.

dia berjaya buat aku dan rakan2 percaya cakap dia.
serius gila masa dia cakap.

dia ni, dah la sebelum ni pernah dok cerita pasal nampak hantu kat skol.
memang jenis dok nampak hantu2 nih.
kenyataan bahawa kat skol ada hantu, memang aku percaya.
tapi aku ok saja. sebab bukan cerita yang datang dari lab aku.
itu hantu lab lain.

tapi, semalam,
kira pertama kalilah aku dengaq mengenai hantu yang menghuni lab aku ni.
memang CLK punya perasaan.

terus teringat yang selama bertahun-tahun aku dok kat skol ni,
dah berjuta-juta kali aku dok lalu kat kawasan tu, malam2, sorang2.
terus teringat yang aku ni selalu ja selamba badak dok buat kerja dalam lab ni sampai kul 2 3 pagi sorang2.

nampak gayanya,
tak ada lah lagi aktiviti tidur kat lab,
atau stay sampai lewat malam sorang2 dalam lab nih.
walau kalut macamana aku kena siapkan kerja, aku tak akan stay sorang2.
sumpah.



CLK betul lah!


nasib baik semalam tak mimpi hantu.
letih ooo kalau mimpi hantu.

4 comments:

avie eicca said...

haha weh nak tau tang mana? yang aku tau aras 3 ngan dua ja ada hantu.

husna said...

aras 2 n 3 memang legend.
aku rasa lebih baik hang toksah tau. satg takmau lalu kat situ plak.
kalau hg nak tau jugak nanti hang mai lab aku, aku tunjuk tempat kejadian.
"disinilah tempat kejadian" (mcm dlm mastika).
hahaha

HuMayRah HaYatI said...

Biar betul Husna...Seram kak yati..teringat zaman dulu-dulu kat skul...tapi alhamdulillah tiada insiden yang berlaku...

husna said...

itulah.
memang seram bila teringat balik waktu2 dok tidoq dalam lab tu.