Tuesday, June 07, 2011
dilema pengumpul
benda2 macam gelas coke McD nih, memang aku suka jugak lah nak beli dan kumpul.
nampak cantik.
tapi bila dah beli, ada masalah taktau nak buat apa dengan benda nih.
nak guna buat minum macam sayang.
nak letak kat mana2 buat hiasan, nanti rasa menyemak. tu tak masuk lagi bab berabuk malas nak kemas selalu.
yang lepas2 punya gelas coke McD, aku letak atas meja, buat letak pen.
tak kan kali ni pun nak buat tempat letak pen. berapa bekas pen aku nak ada. 4 bekas? aku bukan pelukis.
kali ni rasa macam nak jadikan bekas letak bunga segar. tapi apa bahananya nak kena pi cari bunga segar selalu.
dan kalau buat bekas letak lilin agak2 tahan tak?
selain tu,
ada banyak lagi benda yang aku suka kumpul.
contohnya mug. kalau ada ja promo seperti beli 2 pek ayaq kotak dapat sebijik mug, aku pulun gak beli. tapi tu mug, tak sayang sangat nak buat minum hari2.
ada lagi aku suka kumpul.
keychain.
aku suka beli keychain kalau pi mana2. dan aku suka orang bagi keychain kalau depa pi mana2.
kalau keychain, aku lebih suka nak guna.
tapi masalah besaqnya, aku tak punya banyak kunci tuk membolehkan aku guna semua keychain yang ada.
kalau tak guna, nanti terbiar saja, sayang sekali. kalau cantik, lagi sayang kalau tak guna.
pastu kalau tak guna, pasti lempaq dalam laci. bila mengemas, lempaq masuk kotak, pastu lupa.
nak simpan, gantung kat dinding, itu bukan pilihan yang tepat sangat. penyemak mata ja semua tu.
ada lagi contoh benda aku suka beli/kumpul.
beg syiling. tak terguna.
perhiasan2 kecik. kadang2 rasa menyemak.
buku nota. dah tua2 pun suka tengok buku nota comel2.
gelang, cincin, subang. tak terpakai. last2 dok pakai benda yang sama gak.
bekas tupperware. warna-warni, pelbagai bentuk ada.
pen free, pencil free. kalau dapat pen free yang ada tali lagi semak.
beg free. tak terguna.
sampel skin care free. bukan nak guna sangat.
perangai jenis suka menyemak rumah punya nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
satu tahap menda2 ni akan ambik space, nak bg org sayang...huhu
samalaaaa...
mizi: brg2 hang y beli jauh2 tu mmg lah sayang nak kasi org. aku takat gelas coke McD pun rasa sayang. ekekekk
su: sama ek. menyemak kan?
Post a Comment