Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, June 21, 2011

harta karun: gambaq lama

aku balik rumah selongkaq album lama.



dari kiri, yanti, shah dan aku.
aku selongkaq album lama sebab nak cari gambaq ni. gambaq yang paling aku nak tunjuk kat shah. gambaq trio.
kami bertiga rapat sejak kecik lagi. sejak sebelum stat bersekolah dan bertadika. kami rapat sebab mak kami berkawan rapat.
masa ni, kawan2 tidak lagi berkembang dengan meluas. bila stat tadika baru aku berkawan dengan budak2 kampung yang lain.
masa ni, umur aku mingkin 4 atau 5 tahun. (aku tadika umur 6 tahun). dan gambaq di ambil dihalaman rumah shah.
masa umur camgini, aku hanya pi rumah shah yang terletak belakang rumah aku. pi sana sama ada ikut mak aku atau ikut abang cik aku.
baju yang aku pakai tu, mak aku yang jahit. dulu masa kami kecik2, mak aku suka dan banyak jahit baju kami. baju tidoq, baju kurung pi mengaji, baju harian.
shah sama umoq dengan aku. yanti, muda setahun dari kami.
oh ya. aku pun tak sure awat aku dok pegang buku tu. kalau gambaq diambil sebelum bersekolah tadika, aku yakin aku belum tahu membaca.



dari kiri, aku, abang cik, dan fozon.
ni pun aku tak sure sama ada aku berumur 4 tahun atau 5 tahun.
masa kecik2 sebelum aku punya adik, sebelum aku stat tadika, dunia aku banyak dengan abang cik aku. masa tu aku bongsu kan. banyak gambaq aku dengan abg cik.
fozon adalah jiran sebelah rumah dan pangkat 2 pupu dengan kami. fozon tua setahun dari aku.
rumah aku dan fozon dipisahkan oleh sungai kecil yang kami panggil gelong. (ge dalam gelong sama seperti ge dalam gemar).
masa musim kemarau, gelong akan kering kontang. kering tahap merekah tanah gelong tu.
masa tu. segala aktivi bermain akan tertumpu pada gelung yang kering itu.
main kejaq2, main masak2, main rumah2, main berkelah2, semua buat dalam gelung.
yanti dan shah juga selalunya akan turut serta dalam aktiviti gelung.






dari kiri berdiri, yanti dan aku.
dari kiri duduk, adik aku cekyah, insyirah dan ila.
gambaq di ambil pada tahun 1995. masa kenduri kawen kakak aku. 1st kenduri untuk rumah aku. dan gambaq ini diambil dalam bilik pengantin.
masa ni, aku darjah 5, dan adik aku 5 tahun.
aku dan adik aku boria. pakai baju kebarung yang dijahit oleh kakak aku. masa aku sekolah rendah, aku dan adik aku selalu boria. terutama time raya. baju raya mesti boria. kadang2 tak kisah baju sama dengan adik, tapi ada gak la time aku menyampah bila kena pakai baju sama. tambah2 time aku dah pilih fesyen baju dari majalah wanita untuk ditiru oleh tukang jahit kampung, adik aku pun nak sibuk ikut fesyen sama aku. jenis tak kasi aku sorang segak nih. ekekekkek.
kalau tengok balik gambaq hantaran kakak aku, gila punya rasa klasik.
tahun 1995 macam ni, mana ada hantaran canggih manggih lagi.
set hantaran mana ada sama tema. pastu mana ada kasi barang2 macam skin care, minyak wangi, kasut, beg tangan, hp, semua tu. banyak kasi makanan ja. kalau barang pun, selalunya sejadah, tuala dan kian ela.

7 comments:

lina said...

usna comel!

eL_kZ said...

comeynye!!!

husna said...

aaish.. (malu malu)

tapi, kalau nak boh dalam blog, haruslah pilih gambaq hat comel2.
muhahaha

HuMayRah HaYatI said...

comel husna masa kecik2...hehe...skrg pun masih comel... :-P

husna said...

haruslah kena menten comel. ekekekek.


eh kak yati.
kak yati dah delete blog?

DAKWATUNNISA said...

kak na,cek yah lagi comey... lalala. kutuk orang ye suka tiru kak na. Sesungguhnya adikmu ini memang suka ikut kak na. :)

husna said...

eh. ni blog kakna. haruslah kakna yang lebih comel. lalalalalla.
nsb baik tak jns tiru perangai hat buruk2. ekekekek