aku pernah berangan nak jadi mak bapak cool. atau istilah matsaleh nya, cool parent.
sebab aku dididik dalam banyak pantang larang.
itu tak boleh. ini tak boleh.
tapi itu dulu.
sebelum aku sedar kesan baik yang terbentuk oleh kekangan yang mak bapak aku buat.
aku agak tidak suka dengan corak baru parenting nih.
nak sangat jadi mak bapak cool.
anak nak itu boleh. anak nak ini boleh.
anak nak buat itu boleh. anak nak buat ini boleh.
anak nak pakai itu boleh. anak nak pakai ini boleh.
open lah katakan.
ikut sangat anak tu.
nak jadi mak bapak cool...
yang paling aku tak suka tengok,
hal2 yang berkaitan dengan nilai2 islam.
nak jadi mak bapak cool, sampai luntur nilai2 islam dari dalam diri anak2.
aku ada teori sendiri pasal hal ni.
aku rasa mungkin ada 2 sebab utama kenapa mak bapak sekarang bersifat macam tu.
sebab 1: dulu mak bapak ni pernah dikekang secara hebat oleh mak bapak dia.
bila membesar, dia rasa semua kekangan itu tak perlu. jadi dia nak jadi mak bapak cool bila dia ada anak.
banyak benda yang dia nak benarkan anak dia buat.
sebab dia tahu anak dia baik. baik macam dia dulu.
dulu mak bapak dia tak percayakan dia. sekarang dia percayakan sangat anak dia.
dulu mak bapak dia sangat garang. sekarang dia tak kisah anak buat apa, tengking balik dia pon takpa. itu dipanggil sebagai keterbukaan.
dulu dia membenci mak bapak dia. sekarang dia tak mahu anak2 dia membenci dia.
sebab 2: pegangan agama makin luntur.
mak bapak jenis ni mungkin pernah membesar dengan amalan agama yang kaku.
maka, bila dia jadi mak bapak, dia rasa semua amalan itu tidak penting.
terus dibuang semuanya.
sampai nilai2 islam yang patut ada, perlu ada pon, dibuangnya.
kononya liberal.
yang selalu aku tengok dan dengar,
mak bapak sekarang ni, depa tak mau anak2 depa membenci depa.
marah2 kat depa. so, bagi sajalah apa yang anak2 mahu.
iash. kalau mak bapak dulu2.
macam mak bapak aku,
depa akan kata, tak kisah lah apa yang kau nak fikirkan,
kau nak marah ka, kau nak benci ka, kau nak bebai ka,
yang penting, aku nak membentuk kau jadi orang berguna.
macam matsaleh kata, i dont give a shit.
ya. kadang2 mak bapak kita dulu terlalu serius.
terlalu mengongkong. terlalu garang.
tapi janganlah sampai bila giliran kita jadi ibu bapa,
kita nak buang semua.
ada yang kita buang, ada yang kita ambil.
dan disini,
bukan maksud aku tak boleh jadikan anak2 sebagai kawan, tidak sama sekali bermaksud sebegitu.
tapi aku tak suka tengok ibu-bapa yang terlalu longgar dengan anak-anak,
dan yang sama naik dengan perangai anak-anak muda.
bila tengok, nak kata jadi seperti kawan kepada anak-anak, bukan,
nak kata sebagai penjaga dan pemegang amanah mendidik anak-anak lagi lah bukan.
ok.
orang akan kata,
'kau belum ada anak, kau diam'.
'bila kau ada anak nanti, baru kau tau'.
ok ok.
aku tak ada anak. aku tak tau.
tapi ini yang aku nampak.
aku harap2.
aku berada dilandasan yang betul bila ada anak nanti.
moga Allah membantu aku kelak.
amin.
(isu berkaitan mak bapak, anak2 dan berkahwin lagi. ala sekarang ni kan musim orang kawen)
2 comments:
kamu mahu anak tak?
InsyaALlah. Moga Allah sentiasa membantu kita semua. Kehidupan ialah pengajaran kan. Sebab tu Allah suruh kita berfikir. Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Bergantung pada kita nak ambil kesah atau tak.
Post a Comment