wah macam isu yang sangat berat.
aku bukan nak cakap hal hukum hakam zina.
tapi nak cakap pasal orang yang mengulas tentang isu zina.
hari tu,
aku ada baca 1 majalah.
tak ingat majalah apa. tapi majalah 'islamik' lah.
isu utama dia, pasal zina.
yang buat aku tak berpuas hati dengan majalah keluaran bulan itu adalah tentang ulasan yang diberi dan perbincangan yang dibuat tentang isu zina ni.
balik2, depa cakap pasal bungan anak.
'jangan hampiri zina'.
'jangan berzina sebab ini berdosa'.
'kesanya nya nanti akan lahir banyak anak luar nikah'.
'kesanya nya nanti akan ada banyak kes buang bayi'.
memang lah itu antara akibatnya. implikasinya.
antara masalah terbesaq negara.
yang terbaru, lempaq baby, kepala berkecai.
tapi, cuba luaskan lagi perbincangan.
aku baca majalah tu, dari muka depan sampai muka belakang,
semua ulas pasal buang bayi.
itu ulasan untuk orang yang masih ada nilai2 islam dalam diri dia.
masih menganggap itu adalah satu dosa.
masih ragu2 dalam hal ini.
masih terikat dengan islam dan budaya melayu.
buat sebab terpedaya dengan pujuk rayu.
buat sebab nak cuba.
sebab itu, bila termengandung, dia rasa bersalah, dia rasa malu.
maka berlakunya buang bayi.
tapi bagaimana pula untuk orang2 yang tidak langsung merasakan seks luar nikah itu sesuatu yang salah.
bagi mereka, seks luar nikah adalah sesuatu yang terlalu biasa.
bagi mereka, seks luar nikah sama saja dengan seks dalam nikah. ia tetap seks. ia adalah satu perkara yang patut dinikmati, dienjoy, diraikan.
kalau termengandung pun tak apa, boleh saja nanti mereka besarkan anak2 itu.
single mother? tak da hal, banyak sudah single mother sekarang nih. boleh saja anak2 itu hepi dan berjaya.
macamna nak terangkan pada mereka ni,
bahawa zina atau seks luar nikah akan memberi impak yang tidak sihat?
aku juga belum tahu nak mengulas secara mendalam.
sebab aku ni pun tidak begitu bagus bahasanya. tidak begitu bagus dalam pemilihan kata2.
tapi, untuk anda yang mengulas secara ilmiah dalam majalah2 atau dimana saja.
tolong ambil kira sama golongan ini. yang tidak langsung menganggap itu adalah sesuatu yang salah.
ok. sekian.
No comments:
Post a Comment