Friday, July 08, 2011
georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 7 Julai: (part 1) 7-5-4-5-6-3
georgetown festival berlansung sepanjang bulan 7 ni.
tapi aktiviti yang paling aku nak ikut adalah tapestry of cultures.
yang berlansung dari 7-9 julai.
so khamis lepas aku pi la. dari pagi sampai ke malam.
7-5-4-5-6-3, adalah bilangan orang yang ikut rombongan cik marina kami.
pagi kul 1030 mcm tu, 7 orang bertolak dari kampus ke town.
lepas tu, tinggal 5 orang.
lewat petang, tinggal 4.
lepas tu jadi 5.
nak dekat magrib, jadi 6.
dan last sekali tinggal 3 orang.
3 orang ni balik dari town kul 1030 malam.
walaupun kami kat sana dari pagi sampai malam,
tak banyak tempat yang sempat nak pi lawat pun.
sampai ja kat town,
kami jumpa pelukis, patrick salak. tangkap gambaq skit, tanya2 skit.
lepas tu plan nak pi town hall kat padang kota lama, tapi singgah kat pinang peranakan mansion. ni kira kali kedua lah aku masuk. masuk lagi sekali sebab terpikat tengok nyonya2 yang lengkap perpakainan baba nyonya. dok kat situ lama jugak. sebab hujan.
lepas hujan, kami pi st. george's church. tak jadi pi town hall.
lepas tu, patah balik ke masjid kapitan keling.
bila sampai kat kawasan masjid kapitan keling,
kami buat keputusan nak ikuti aktiviti open house:public & private heritage buildings.
kami pilih tempat2 yang tak pernah dengaq dan yang sebelum ni tak termasuk dalam brochure georgetown.
kami pilih nak pi muda house, carpenter's guild dan penang goldsmith assoc.
tapi...
disebabkan oleh kesuntukan masa dan cari tak jumpa,
kami hanya sempat ke muda house. kat muda house, aku jadi cam gila skit. gila macam pertama kali masuk penang peranakan mansion dengan adik aku dulu.
sebenarnya, banyak lagi aktiviti, tapi open house: public & private heritage buildings adalah acara yang paling aku suka.
sebab aku suka bangunan.
antara aktivi lain yang ada pada 7th july,
vintage bicycle parade, traditional food & craft bazaar, violinist on the street.
sepanjang kami dok melewaq sekeliling town, menyususri lorong belakang,
kami ada jumpa banyak benda2 menarik.
aku sangat suka tengok cafe, coffee house, homestay, dan akan teruja bila terjumpa benda macam kat bawah ni.
aku tak sure kat bawah ni adalah wall words yang dikatakan dalam laman web georgetown festival.
tapi sangat menarik dan kelakaq. setakat ni, kami baru jumpa 3 wall words.
agak tension jugak bila bateri kamera aku kong pada jam 630 ptg.
kong sebab aku terlupa nak cas bagi penuh malam sebelum tu.
ada satu kejadian yang membengangkan berlaku kat diri sendiri akibat kelalaian diri sendiri.
bengang kat diri sendiri sampai rasa nak tendang dinding lif.
oleh sebab bengang tu, aku balik terus tidoq sampai lupa nak cas apa yang patut.
maka, gambaq kat bawah adalah gambaq terakhir yang ditangkap.
masa tu kat khoo kongsi. orang tengah dok buat persediaan tuk persembahan kebudayaan pada sebelah malam nya.
malam tu, kami pi balik kat khoo kongsi. pi pun terlewat 40min. so terlepas teaser untuk acara 12 monkeys & more yang akan berlansung pada 9hb julai di penang botanic gardens.
tapi kami stay saja kat khoo kongsi sampai kul 1015 mlm macam tu. tengok geoegetown cultural show.
selain kat khoo kongsi,
banyak lagi persembahan kebudayaan yang dibuat malam tu.
kat tempat yang berlainan lah. contohnya ada lion dance kat jalan masjid kapitan, chinese orchestra kat cheah kongsi, malay culture performance kat lebuh acheh dan chinese cultural performance kat penang teochew assoc.
kami pulang ke tempat masing2 dengan bas kul 1030 lebih kurang.
fuuhh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment