Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, November 11, 2011

selepas memakan banyak daging lembu





aku ingat nak diet secara serius balik.
tapi kalau aku umum nak diet kat blog, sure tak jadi.

aish. makin banyak baju kegemaran aku tak leh pakai.


gambaq kat atas,
diambil pasa raya pertama.
gambaq diatas memang tak lah elok sangat, terutama pencahayaan.

tapi demi nak tunjuk pinggan china milik arwah tok misah aku yang paling aku suka guna, aku boh jugak lah gambaq ni.
masa balik hari raya haji hari tu,
aku dah booking awal2 dengan mak aku, bila aku ada rumah sendiri, aku nak angkut skit pinggan milik arwah tok misah. ada lagi beberapa corak dan saiz.

tok misah aku beli pinggan tu sekitar tahun 60-an.
oleh tu, sekarang ni, nak dekat 50tahun dah usia pinggan tu.
kalau nanti panjang umoq, boleh la aku bagi tau kat cucu aku ni pinggan berusia 100 tahun milik tok aku, great great grandma depa. ahaks.
(lepas moyang orang paggil apa ha?)
pinggan china tok misah sebelum tahun 60-an tak dapat dikesan.

aku juga nak ambil pinggan arcopal yang pertama mak aku beli.
mak aku cakap, tunggu dia tak dak baru boleh ambil.
tapi bodek punya bodek, aku dapat jugak sebahagian pinggan. keskes

kalau pasal gelas dan cawan pulak,
aku dah plan nak hangkut yang mak ngah aku punya.
dia punya gelas sangat klasik.



kesukaan aku terhadap kitchenware sangatlah gila sekarang ni.
lagi gila bila tak berduit nak beli dan tak dak rumah sendiri nak letak.
aish.

2 comments:

Mengkuang berduri said...

heheeh... sama la u ngan i.. i pun mmg plan nak amik pinggan arwah nenek yg ada kat rumah mak tu... antik kan. dapat sedozen ok la kot.. cukupkan set dgn mangkuk tambah nasi, mangkuk biasa, piring... kategori nk jimat pun ada neh...

husna said...

hahahahha. nak jimat pon ada. nak mengumpul pun ada. nak buat simpanan turun temurun pun ada.