Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, November 27, 2011

strangers

benda pertama yang aku sedaq apabila 2-3 hari bekerja di kedai buku,
aku takut pada kerja-kerja yang melibatkan strangers.

sepanjang 3-4 tahun,
kerja-kerja aku hanya melibatkan orang-orang yang aku kenal.
kalau tak kenal secara peribadi, sekurang-kurangnya, kenal nama.

tapi di kedai buku ni,
hari-hari jumpa strangers.
dan lagi menakutkan, kena penuhi permintaan strangers tersebut.

dan seingat aku,
tidak pernah lagi aku guna sorry dan please sebanyak ini dalam hidup aku.
dan ia seperti penggunaan bahasa yang sangat lain.


tapi, selepas 10 hari bekerja,
alhamdulillah, aku dah tahu macamana nak bekerja dengan strangers ini semua.

dan selepas 10 hari bekerja,
aku rasa,
untuk masa-masa akan datang,
aku perlu berusaha untuk tidak mengurung diri aku dalam sesuatu persekitaran yang sama untuk masa yang lama.
sebab ia akan menutup mata aku untuk melihat banyak benda.
menutup mata bermakna menghentikan diri dari mempelajari benda baru.




p/s: salam maal hijrah!

2 comments:

avie eicca said...

tulah kan..aku pun dok kat comfort zone lama sangat haish..perlukan keberanian kalau nak keluar dari zon ni :)

husna said...

aku ni, dok dalam comfort zone sampai tak tau itu adalah comfrt zone.