Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, December 30, 2012

tadi siang aku bertunang

last ada majlis pertunangan di rumah aku adalah,
pada tahun 1994.
kak aku bertunang.
masa tu, aku darjah 4.
tak ingat apa sangat. kecik. tau seronok ja.

sekarang pun seronok juga.
tapi, plus letih.

Wednesday, November 21, 2012

aku serius pikir nak tukaq blog

katanya, aku dah capai limit upload photo kat blog.
katanya aku kena bayaq lepas nih.
bayaq?
adoi.
uwaaaaa

Thursday, November 15, 2012

setelah lama tak masak



lepas ni,
nak buat daging burger sendiri.
sebab dah teringin sangat nak makan burger.
hari-hari balik keja, lalu gerai burger tepi jalan.



p/s: tak de nya hebat sangat. aku beli jusco punya kambing perap. balik umah, masak. campur skit dengan daun-daun herbs.

Tuesday, November 06, 2012

diet detox, camni lah! 2




keputusan untuk blood test yang aku buat hari tu aku dah dapat.
glucose ok.
urea ok.
uric acid ok.
total kolestrol ok.
hdl kolestrol ok.
triglycerides ok.
total/hdl ratio ok.
ldl kolestrol, TAK ok. tinggi skit.

oleh kerna doktor tersebut tidakdapat/malas nak menerangkan lebih lanjut pasal keputusan tu,
maka, balik rumah, aku studi kat wikipedia.

hasil dari studi aku,
aku ada nak buat perubahan skit kat plan diet detox aku nih.

1. plan asal untuk stage 1, aku hanya buang banyak makanan yang diproses, benda-benda lain aku hentam. mamak, ayam goreng, nasik lemak dll aku makan macam biasa.
sekarang, aku rasa nak buang makanan bergoreng dan berlemak bersantan untuk stage 1 nih. so, no kari bersantan, no bubur caca, no ayam goreng, ikan goreng, cokodok, pisang goreng, dan benda goreng-goreng yang lain.

2. senaman. plan asal untuk sepanjang 2 bulan diet detox ni, aku tak masukan aktiviti senaman langsung.
sekarang, dengan mengambil kira ilmu yang aku dapat dengan studi kat wiki dan juga dasar memang malas nak senaman, aku terpaksa buat senaman jugak skit. senaman ringan. benda paling senang, buat regangan atas yoga mat.

sekian.

Saturday, November 03, 2012

diet detox, camno nih? 3

peanutbutter termasuk benda-benda yang diproses jugak kan?



hadodoi!!

Friday, November 02, 2012

diet detox, camno nih? 2

balik dari klinik, masuk usm
beli nasik kat gerai tepi masjid.
lepas tu singgah kedai arab,beli roti tuk petang satgi.

bila dah balik rumah,
baru ingat, roti kegemaran itu ada sosej di dalamnya.

kenalah bagi roti itu kat orang lain.

diet detox, camni lah! 1

aku baru balik dari klinik.
ambil darah untuk test kolestrol dan glukosa.

aku serius dengan diet detox nih.



p/s: nanti lepas 2 bulan, aku buat graf keputusan. ahaks

when i'm alone, lissie


diet detox, camno nih? 1

eh. kalau keluaqkan mayonis dari senarai benda tak boleh makan tuk stage 1 ok dak?

toksah gatai. cicah ja sos tu. sos tak termasuk dalam senarai benda tak boleh makan tuk stage 1 pun dah besaq rahmat!

huh. okeh!

Thursday, November 01, 2012

diet detox. ala husna




setelah berbelas-belas tahun berkecimpung dalam cobaan menguruskan badan sendiri,
aku menjadi mahir dengan badan aku sendiri. aku tahu keupayaan aku. aku ada kepercayaan sendiri.

contoh kepercayaan;
buah beri bukanlah jawapan untuk semua benda, so kena makan lain-lain makanan juga. semua benda makanan ada khasiat tertentu.

jadi
ini bukan diet untuk kuruskan badan.
ini diet untuk kesihatan badan aku. detox!

aku mendapat inspirasi nak buat diet detox ni setelah membaca pasal en. rich roll dalam majalah di atas. majalah 3/GO. majalah triathlon. aku baca dalam bulan april kalau tak silap. sekarang baru rasa ini masa yang paling sesuai. setelah habis raya bagai.

setelah mempertimbangakan selera manusia macam aku, selera orang yang mampu bangun dan makan dengan mata tertutup pada jam 3pg,
maka, aku telah buat plan diet detox aku sendiri.


nama diet: diet detox ala husna.
total masa: 2 bulan.
bilangan peringkat: 4

peringkat 1: tempoh; 1 bulan.
pada peringkat 1, aku membuang banyak makanan yang diproses dan makanan segera daripada diet harian aku.
ini bermakna, aku tidak boleh makan, sosej, nugget, burger, ayam kfc, big mac, sos pasta prego, mayonis, megi asam laksa, nescafe 3in1, ayaq bikarbonat, biskut, keropok, ais kerim, dan banyak lagi.
dan oleh kerna untuk membuang semua makanan yang diproses adalah mustahil, maka pada peringkat ini, aku masih boleh mengambil benda2 yang digunakan dalam masakan. contohnya, minyak masak, kicap, minyak bijan, sos tiram, sos cili dan serbuk kari. emmm. susu boleh lagi.

peringkat 2: tempoh; 2 minggu.
pada peringkat 2, aku akan membuang daging dalam diet aku.
aku tak boleh makan daging ayam, lembu, kambing dan lain2.
haiwan yang boleh dimakan hanyalah haiwan yang hidup dalam air. ikan, sotong, udang dll.

peringkat 3: tempoh; 1 minggu.
pada peringkat 3, aku akan membuang semua haiwan dan makanan berasaskan haiwan dalam diet aku. telur dan susu pun tak boleh.
maka, aku hanya boleh makan makanan yang berunsurkan tumbuhan.
nasik, ubi, sayur, buah-buah, taufu dll.
pada peringkat ni, aku dah tak boleh makan di kedai. sebab nak mengelakan sebarang kaitan dengan haiwan. contohnya, takut minyak masak yang digunakan untuk memasak sayur goreng adalah minyak yang sama digunakan untuk menggoreng ayam. fuh. gila kan.
pada peringkat ini juga, aku plan nak buang terus penggunaan sos dan kicap.

peringkat 4: tempoh; 1 minggu.
ini peringkat paling mencabar.
pada peringkat terakhir ini, aku ala-ala ikut cara en. rich roll ni buat. no solid food at all.
hanya sayur dan buah yang berair. contohnya,buah tembikai dan sup sayur kosong.
buang terus nasik, ubi, pisang dan dll benda yang berat.


hah.
amacam?
hampa ucap gud luck tuk aku lah!


dalam tempoh ni, aku masih membenarkan diri aku menjalani aktiviti harian dan aktiviti makanan seperti biasa. cuma buang benda2 tertentu secara berperingkat.
aku masih membenarkan diri aku tuk makan pada jam 3pg.
aku masih membenarkan diri aku tuk sesekali buat-buat bizi sampai tak sempat makan bila terasa nak kurangkan berat badan.
aku masih membenarkan diri aku untuk berpuasa.

diet detox ini stat HARI INI!!


Wednesday, October 31, 2012

diet hujung tahun




kejap kejap.
jangan mencebik lagi.
aku tak bagitau lagi.
ini  bukan diet nak kurus.
kalau aku nak kurus atau kurangkan berat badan, senang ja, aku terus tak makan.
ini aku nak buat diet detox.
nanti entry seterusnya aku bagitau dengan lebih lanjut.

tu big mac terakhir aku tuk 2 bulan akan datang.

Saturday, October 27, 2012

tentang raya haji 2012

1. seperti raya haji tahun-tahun lepas di kampung, aku makan daging sampai pening.

2. adik aku baru ja naik bas tadi. oleh kerna mak aku tak ada di rumah tahun ni, maka aku dipertanggungjawap oleh mak aku tuk sediakan makanan tuk adik aku bokbalik ke uni. rasa macam ibu yang punya anak-anak besaq panjang pun ada jugak. dan aku enjoy setiap moment itu.

3. esok aku dah nak balik keja. hadodoi. lagi susah nak dok cuti lama-lama.

4. aku berjaya masak semua benda yang aku plan nak masak. bagi aku ok la kan. perasan dengan masakan sendiri tu selalu ada.

5. sori gambaq tak ada. seperti biasa, kalau tengah (buat-buat) bizi, aku lupa pasal kamera.

Thursday, October 25, 2012

PIC tuk dapoq




untuk hari raya haji tahun ini,
dengan ketiadaan mak abah aku dirumah,
dengan penuh rasa tanggungjawap,
aku melantik diri sendiri,
sebagai person in charge tuk dapoq.

tadi,
aku dah masak tuk makan tengah hari,
udang masak lomak.

sok, hari raya,
aku plan nak buat nasik tomato.
aku masak nasik, kak timah masak ayam masak merah resepi mak aku yang diubahsuai.

lusa,
aku plan nak masak nasik daging.


resepi banyak rujuk kat internet,
dan ikut sesedap rasa sesuka hati.

selain itu,
aku nak buat kek coklat kukus resepi kak marina kegemaran ramai,
serta puding roti muna yang menjadi igauan geng lab.


esok-esok, kalau hampa mai umah aku,
kalau pintu rumah aku tu tertutup,
ada dua makna.
pertama, aku pi beraya untuk mengeratkan silaturahim,
kedua, masak tak jadi, maka pi makan kat umah orang lain.


p/s: salam aidiladha tuk semua!!

Wednesday, October 24, 2012

sentuhan wanita

mak abah aku tahun ni pi buat haji.
jadi rumah aku kat kampung, bang caq aku yang jaga.
bersama anak-anaknya.

bila aku sampai kampung tadi,
aku agak terkejut dengan rumah yang agak kemas.
thumbs up tuk bang caq!

tapi kan,
aku rasa, rumah ni, tetap memerlukan sentuhan wanita.

contohnya,
dapur yang kena ada bau memasak.

Sunday, October 21, 2012

katil atas

aku dok katil bawah.
dan sepanjang aku tinggal sini, dah dua orang yang dok katil atas aku ni.
sorang dah berkawen,
yang sorang lagi tu, yang tengah ada atas aku sekarang ni, bakal berkawen.

aku rasa, lepas dia kawen ni,
aku nak pindah nak dok katil atas.





aku syak,
katil atas aku ni, ada badi kawen.

Wednesday, October 03, 2012

discover the possibilities



ini sebenaqnya, misi aku mencari kerja part-time.
tapi bak kata marina, "nak cari keja part time pun demand!"

Tuesday, October 02, 2012

baru ja kul 3pg tadi aku rasa tak nak dah buat entry panjang-panjang, tapi....

kahkahkah.
gelak dulu.

ok.
ehem.

aku nak tulis bab separa serius.
so kena tulis panjang jugak.
lepas ni tulis pendek-pendek balik.

aku nak tulis pasal 2 benda.
1, pasal matang.
2, pasal kenapa selama ni aku dok merapu dalam blog.

ok. pasal matang.
aku dah 28 tahun. aku rasa aku dah matang.
tapi baru-baru ini, aku selalu mempersoalkan balik kematangan aku.
sebab, ditempat kerja aku, dikedai buku, ramai yang tak percaya aku 28.
aku tahu kenapa. sebab aku macam merapu dan ada masa tergedik-gedik.
aku tak kisah sangat bila orang tak caya sangat aku dah 28. mestilah kan.
tapi ia buat aku terfikir, adakah aku yang merapu dan ntah apa-apa ini, sebab itu memang aku ATAU perangai ini adalah yang aku cuba tonjolkan akibat terlalu banyak keseriusan yang aku tonjolkan masa zaman remaja.
aku tak tau apa istilahnya, tapi dia macam perangai seseorang yang mahu lari dari masa lampau dan jadi orang baru dan diri masa sekarang adalah kontra dengan masa dulu.
(aku ada habit, aku akan tengok balik sejarah hidup aku, aku akan korek balik zaman kecik-kecik, zaman sekolah aku, untuk aku tahu macamna itu semua memberi kesan kepada aku yang sekarang ini)
letih pulak nak menaip. dan nak cerita pasal matang ni, esok pun tak habes.
kesimpulannya, aku just pastikan, setiap hari, ada benda yang aku belajar dan hari ini lebih baik dari hari kemarin. dan aku pastikan, otak aku yang kena lebih matang dari luaran aku.


ok pasal kenapa aku selalu merapu dalam blog.
senang cakap, kenapa aku macam tonjolkan sifat buruk macam bodoh dan malas contohnya dalam blog.
emmm. orang tulis blog dengan pelbagai tujuan.
tujuan asal aku, aku mahu kongsi gambaq-gambaq yang aku tangkap. dan masa awal-awal tulis blog, aku berhasrat untuk tidak menulis panjang-panjang.
tapi lama-lama, ada saja benda aku nak tulis. macam-macam aku tulis. termasuklah merapu-ness.
dan lama-lama, tujuan aku tulis blog sudah bertukar.
kalau menangkap gambar adalah medium aku dan cara aku untuk tengok kehidupan aku dari sudut pandangan yang lebih baik,
blogging pula adalah medium dan cara aku untuk terima siapa diri aku.
aku adalah manusia yang low konfiden, yang senang merasa inferior, dan nak orang nampak aku ni ada sesuatu.
tapi aku dah penat dengan itu semua.
aku berblogging.
blogging meng-heal-kan aku dari semua perasaan itu.
ok, pastinya aku masih merasainya.masih low konfident dan masih merasa inferior. tapi sekarang dengan amount yang sihat.
blogging, dengan meng-post-kan entry disini, dengan seluruh dunia boleh baca, dengan speaking out loud who i am, dengan menunjukan the side yang sebelum ni aku cuba untuk sembunyikan atau nafikan,
semua itu membuatkan aku merasa, it is OK Husna, ini memang kau.
aku jadi terima sepenuhnya diri aku. aku jadi selesa dengan diri sendiri.
oleh kerana healing proses dah tamat, maka aku dah rasa tak mau merapu tulis panjang-panjang dalam boleh. tak mau merapu dah.


tapi tu lah kadang-kadang,
ada ja benda aku nak merapu kan. ada ja benda aku nak cerita.
contohnya, aku nak tulis, aku dah rendam baju dah seminggu. tak basuh-basuh lagi. ingat nak basuh hari ni, sebelum pi keja, tapi dok menulis blog panjang-panjang ni pulak.

kegilaan terhadap sampel dan free gift kini kembali



baru ja lepas try serum kiehls.
sekarang tengah guna clarins.
lepas tu baru elizabeth arden.

broken crown, mumford and sons


tiba-tiba

1. rasa nak delete entry-entry lama. sebab rasa banyak aku merapu.
2. rasa nak delete blog terus pun ada.



ok. untuk mengelakan rasa aku-selama-ni-macam-dok-merapu-dalam-blog, aku tak mau tulis entry panjang-panjang.

Wednesday, September 26, 2012

jangan sentuh!




setiap kali aku dapat meja baru,
aku mesti berazam untuk pastikan meja kemas sentiasa.
tapi......


sama jugak dengan katil.
tiap kali aku pindah ke tempat baru dengan katil baru,
mesti aku berazam untuk rajinkan diri untuk kemas katil hari-hari.
tapi......
katil yang cadarnya tidak tegang nampak lebih real dan sedap dan lebih memanggil-manggil.

Tuesday, September 25, 2012

dunia aku sekarang



aku memang jenis yang tak dak life lain.
dulu, dunia aku kat lab.
sekarang, dunia aku kat kedai buku.

rasa macam nak masuk persatuan ja.
persatuan mengkait contohnya.



p/s: buku terbaru jk rowling, casual vacancy bakal tiba di kedai. yeay!

Friday, September 21, 2012

terima kasih untuk semua yang mengucapkan tahniah dan yang sudi bergambar bersama




dengan meminta tolong housemate yang punya cam yang lebih canggeh,
maka ada banyak gambaq yang best dan aku suka.
rasa nak uplod lagi.
kehkehkeh

Wednesday, September 12, 2012

i love her

she taught me one thing.

'although you dont have a chance to speak up your mind loudly, but you must hold on to what you believe. you must know where you stand'

Saturday, September 08, 2012

ada macam-macam nak cerita kat sini, tapi...



tapi macam tak sempat doh.

antara benda yang aku nak kongsi:
1. pasal raya.
2. pasal yaya (no more cekyah here) mai lepak penang.
3. pasal buku2 best yang aku jumpa dan review buku.
4. pasal selera bacaan yang telah berkembang.
5. pasal macamna untuk tidak terasa hati dengan orang yang kita sayang.
6. pasal dah mula pandai berangan bab kawen dan nak majlis kawen macamna. ehem
7. pasal dilema dah-habes-mengaji-lepas-ni-nak-buat-apa.
8. pasal testing makeup tuk konvo walaupun surat konvo tak dapat lagi.
9. pasal plan diet terkini.
10. pasal plan detox.
11. pasal sekarang dah mai balik berangan nak buat business.
12. pasal masak hari-hari.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

dll

Friday, September 07, 2012

the sartorialist: closer, by scott schuman


open house, open lab



tahun ni,
tak banyak open house yang aku pergi.
tak ada open lab yang aku pergi.

dulu-dulu,
tahun-tahun lepas,
sangat banyak aktiviti open house dan open lab. sampai ke hujung syawal.

oh. rindu masa dulu.

Sunday, August 26, 2012

setelah 9 bulan bekerja di kedai buku




ya.
aku masih bekerja di kedai buku.

dah 9 bulan.

dalam tempoh ini,
pilihan bahan bacaan aku makin bertambah.
benda yang sebelum ni, aku kurang minat nak baca, sudah menjadi kegemaran.

dan,
aku tiada tempat nak letak buku-buku aku di rumah yang aku sedang duduk sekarang.
ini membuatkan rasa nak ada rumah sendiri sangat menebal.
aish.



p/s: sudah sekian lama aku berangan nak ada rumah sendiri, supaya ada rak-rak untuk aku letak buku-buku dan pinggan mangkuk aku.

post-hardcover




sejurus selepas aku menghantar hardcover yang mana bermaksud aku sudah selesai semuanya 100%,
aku sangat LEGA.

tetapi,
selepas beberapa hari,
aku rasa pelik lagi aneh.
sebab tiba-tiba setelah sekian lama mengaji,
aku tidak ada benda nak risau.
serius rasa aneh.

selama beberapa tahun hidup dengan penuh kerisauan pasal benda mengaji.
ya sudah pasti lah aku risau.
walaupun banyak benda yang dilambat-lambatkan.
walaupun ada ketika yang aku tak sentuh langsung untuk habeskan pembetulan dengan lebih cepat, tapi hari-hari aku tetap dipenuhi dengan kerisauan.


maka,
aku suarakan hal rasa aneh hari-hari tanpa risau ini kepada kekasih.
dia cakap aku  dah addicted dengan risau.

lepas tu,
aku panjangkan hal ini kepada zati.
zati cakap aku toksah risau. aku pasti akan biasa dan enjoy dengan perubahan ini.
sebab dia sangat enjoy dengan hari-harinya tanpa ada benda yang nak dikalutkan.

dan kini,
oh yeah.
aku pun sangat enjoy dengan perubahan ini!

raya 2012




raya 2012 highlight:
pertama kali aku memberi duit raya. setelah berumur 28 tahun.


tapi,
itu tidak bermakna aku tidak mendapat duit raya.
teehee.


Wednesday, August 22, 2012

bila maknyang atau achik mereka balik kampung




dah basuh kaki?
dah.
check.

dah kencing?
dah.
check.


Monday, August 20, 2012

nana and yaya

sedap jugak kalau boleh guna untuk nama band.
indie band.


konon-konon lah kan.

wassap yaya

aku ada soooorang ja adik.
nama hidayah.
dalam famili panggil cekyah.

panggilan cekyah itu,
aku yang stat panggil.
kini semua panggil dia cekyah. kecuali abah.
abah kurang bersetuju dengan panggilan cekyah sebab abah lebih suka kami dipanggil dengan nama penuh. dengan nama yang dia beri.

tapi itu bukan isunya.
isunya disini,
aku nak tukaq panggilan dia.
rasa macam dah tak mau panggil cekyah.

aku nak panggil yaya.

macam lebih hip dan cool.





wassap yaya!
assalamualaikum kak na.

Wednesday, August 15, 2012

yeay. aku dah balik kampung tuk beraya!


pandangan luar tingkap bila baring atas katil kat kampung.
:D


Friday, August 10, 2012

alhamdulillah, akhirnya

kalau aku boleh konvo bulan depan,
aku dah plan,
nak tangkap gambaq geng kalut.


husna, aini dan jenny.



hahahahaha

Thursday, August 09, 2012

common knowledge

ramai tak tahu yang aku ni penakut secara amnya.
kalau aku cuba yakinkan depa pun, depa tak mau caya yang aku ni penakut.

tapi,
ramai tahu yang aku ni bawa moto terketaq-ketaq.
dalam erti kata lain, tak cekap.

so,
hari ni agak menarik.
aku terpaksa naik moto yang guna laluan agak jauh dari biasa.
yang kena lalu jambatan pulau pinang dan highway.


walaupun terketaq-ketaq,
alhamdulillah aku selamat sampai dan selamat balik.
:)

Monday, July 30, 2012

kembali

ke tempat yang penah menapa.
tak sampai 5minit dok sini.
dah nampak kelibat.

kelibat tikus.

tadi mai naik moto.
usung 1 beg galas, 1 beg laptop, 1 beg dokumen, 1 bekas nasik tuk bersahur, 1 bekas air kosong, 1 bekas air kopi.
penuh kiri kanan depan belakang.
naik moto lalu sg 2, taman pekaka, dan bukit gambir.
sampai kat simpang skol kimia-harapan, baru perasaan awat kepala cam ringan sangat.


aku lupa pakai helmet.


Saturday, July 28, 2012

tersusun di atas meja buat masa ini



semuanya nak beli,
yang paling atas tu, mungkin tak. tengok lah dulu.



Friday, July 27, 2012

bersungguh

kiri, buka kerja.
kanan, buka mumford and sons 2011 glastonbury. full.



p/s: kalau main ngan deadline memang hebat semangat aku! kahkahkah

Thursday, July 12, 2012

apa kau nak??!!



secara umumnya,
aku tak tau apa yang aku nak dalam hidup aku.

tapi ada benda-benda yang tertentu yang aku tahu aku nak macamna.

contohnya,
walaupun aku tak pandai fotografi,
tapi aku tahu apa yang aku nak dalam gambar aku.
samada gambar yang aku tangkap atau gambar aku yang ditangkap oleh orang lain.
selalunya, orang-orang yang terlibat tu pasti letih nak ikut kemahuan aku.
teeheee.



kepada yang pernah melayan kerenah aku,
sori dan terima kasih banyak-banyak dan sayang hampa semua!

Tuesday, July 10, 2012

bau-bau dari kenangan indah

aku pernah takut yang aku akan lupa bau-bau yang indah.
bau mak aku.
bau abah bila abah baru balik dari sawah.
bau rumah di waktu tengah hari bila balik dari sekolah.
bau udara kampung waktu petang.

aku tak mau lupa bau-bau itu.
atau bau-bau indah yang lain yang mengiringi hidup aku yang indah.

tadi,
bila aku balik ke rumah dari tempat kerja,
aku ada terhidu satu bau.
bau yang mengingatkan aku kepada satu memori indah.

memori rumah aku dikala senja ketika kampung aku sibuk dengan musim menanam padi.
bau masam air sawah padi campur bau selut campur bau bedak siam campur bau minyak angin campur bau kopi.

campuran bauan ni dicipta oleh orang patani yang diupah abah aku untuk menanam padi.

semua itu berlaku diawal tahun 90-an.
ketika amalan gotong royong menanam padi sudah tiada,
ketika kaedah menanam anak padi menggunakan sistem mengubah masih popular di kampung aku (sekarang lebih popular dengan sistem tabur terus),
ketika amalan mengupah petani dari patani untuk menanam anak padi sangat popular.

petani-petani dari patani ini akan tinggal di rumah aku lebih kurang seminggu.
mereka akan keluar ke sawah diawal pagi seiring dengan aku nak keluar kayuh basikal ke sekolah.
depa hanya akan balik ke rumah di waktu senja.
makan pagi, makan tengah hari, makan petang, solat, semua dibuat di sawah padi.
ya. mereka sangat gigih.
sampai kaki dan tangan sangat pedih akibat berendam lama dalam air sawah padi yang berasid.
nak suap nasi dengan tangan pun tak boleh. kena guna sudu.

dan mak aku juga gigih. gigih memasak.
sarapan, makan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam.
dan aku sangat seronok menyusun pinggan plastik, cawan plastik, bekas makanan, flask berisi air kopi kedalam dalam raga biru.
macam puzzle.

oh. sangat rindu waktu-waktu itu.
aku suka berada dikalangan petani-petani itu semua.
dengar cerita pasal tempat tinggal depa, kongsi snek yang depa bawak dari rumah depa, tengok gambar famili atau gambar anak-anak yang depa bawak.


oh.
sangat banyak bau-bau yang indah yang aku tak mau lupakan!



p/s: cekyah mesti tak ingat semua ni kan. hahahahaha.

Thursday, July 05, 2012

create your own tumbler





5 bulan di sabah antara memori terindah dalam hidup.
memori yang aku boleh cerita kat anak cucu.
aini
saudara aini
laut
buang masa
buang duit
masak
rumah sewa
jalan-jalan
shopping
bas





Monday, July 02, 2012

meanwhile in africa



old tiles





ini hari tu punya jalan jalan.
kalau jalan-jalan sekitar georgetown atau rumah-rumah lama, tiles lama selalu menarik perhatian aku.
kebanyakan gambar diambil di jalan muntri.



uefaeuro2012 (final)

aku rasa ramai kat belakang dah bara.


apa dua orang budak perempuan dok situ.


dua orang budak perempuan itu duduk kat meja untuk lapan orang,
meja kedua depan tv.





p/s: dah 4 org mamak dok mai tanya 'ada orang lagi ka mau datang?'

p/s: aku rasa mungkin ada 5 orang lagi akanmai tanya.

Wednesday, June 27, 2012

for you my dear

i can not find a song for you,
or for us.

but,
i want to tell you something.

with you,
i'm not afraid to be someone that i'm not used to be,

to be a fool
to be angry
to be in love


-love

Monday, June 25, 2012

review buku

antara buku-buku yang dah baca;
1. hector and the search for happiness oleh francois lelord.
2. millennium series oleh stieg larsson.
3. battle hymn of tiger mother oleh amy chua.
4. the adventures of sherlock holmes oleh sir arthur conan doyle.
5. some romance books.
6. fifty shades of grey siries oleh e. l. james. err. ya. aku dah baca ketiga-tiga buku. lama dah baca.


tapi macam malas pulak nak karang kat blog.
nanti-nantilah kalau rajin.


dan juga nak cerita pasal pilihan buku aku dah bertukaq;
1. tiba-tiba aku minat klasik (aku dah beli tapi tak sempat nak baca lagi, yang sempat hanya the adventures of sherlock holmes), antaranya, vanity fair, white fang and the call of the wild, alice's adventures in wonderland, through the looking glass, gulliver's travels, the jungle book, peter pan, wuthering heights, jane eyre dan err... karma sutra.
2. tiba-tiba jadi minat dengan buku mystery/thriller.


oh dan juga pasal kegemaran lama yang nak diaktifkan kembali, membaca dan mengumpul buku kanak-kanak;
1. series of unfortunate events; dulu aku pernah baca dan beli 3 buah buku dia, sekarang, nak sambung baca dan kumpul.
2. pippi longstocking; pertama kali dengaq pasal pippi ni masa aku baru beberapa hari kerja kat kedai buku, ada orang tanya pasal pippi longstocking, buku tak ada, tapi nama tu melekat dalam kepala sebab nama dia pelik, pastu jumpa pulak dalam siri the girl with the dragon tattoo, terus rasa nak tengok buku tu macamna. bila tengok, terus berangan nak kumpul.
3. le petit prince; dah pernah nampak kat kedai buku aku kerja ni dulu, tak rasa nak belek2 tengok2 pun, tapi bila selalu sangat jumpa pasal le petit prince dalam buku2 yang aku baca, maka aku nak baca jugak.






p/s: oh ya. beberapa minggu lepas, heboh pasal irshad manji. emmm.
      emmm. apa yang nak dikata, bertuah jugak kerja kat kedai buku nih.

georgetown festival 2012


 georgetown festival datang lagi.
ini dua ahad lepas.
tahun ni, tak dapat keluaq pi sangat.
masing-masing ada kerja lain.





7 jam



buah. nasik goreng.
cover gosip-gosip artis.
dan aku percaya, tak ramai yang pernah lepak dan tidur kat sini dengan gaya yang kami buat semalam.
=)




insomniacs club



dulu
aku biasa mengadap internet 12-14 jam sehari, tanpa henti.
 kini nikmat itu terpaksa dilepaskan.

bila sesekali dapat peluang,
aku dah tak sempat nak meneroka youtube (dan wikipedia),
maka, bila buku youtube, aku akan cari lagu2 atau band2 yang aku suka saja.

antaranya, lulu and the lampshades.


awat la skit sangat video depa kat youtube?

Sunday, June 24, 2012

nasik lemak tepi jalan

dulu,
bila tiap-tiap pagi naik bas rapid tuk ke tempat keja,
mesti jumpa gerai-gerai nasik lemak kat tepi jalan.
tapi malangnya, tak dapat singgah.
ada la jugak aku pernah terpikir nak tanya driver bas, 'bang, kalau singgah kejap nak beli lemak kat situ boleh dak?',
tapi bila terpikir mungkin aku akan dapat leter yang panjang atau dapat 'apa hang ingat ni bas hang ka apa??!!', aku simpan lah saja niat murni aku tu.
maka selalulah aku kempunan nak makan nasik lemak bungkus daun pisang tepi jalan.


tapi kini,
tidak lagi...
aku dah boleh singgah.

tapi kan,
sepanjang aku boleh pi sendiri ni, tak perlu naik bas rapid ni dah,
tak la pulak aku nak singgah beli.

Tuesday, June 12, 2012

Wednesday, May 16, 2012

shit happens

mengajaran:
1. dengaqlah gerak hati.
2. selagi tak kena batang hidung, selagi tu tak sedaq.

Thursday, May 10, 2012

berbaloi-baloi



kemarin, udang marinade.
malam ni makan kambing marinade pulak.

ok. releks2. jangan kagum sangat.
bukan aku buat sendiri.

aku beli yang dah siap marinade kat jusco.
tapi yang paling syok, harganya hanya rm8.84, pastu dapat 50% off pulak, ada 3 ketul.
(rasanya dapat 50% off sebab kambing ni di-marinade kemarin dulu, 8hb)

balik rumah, goreng dengan olive oil, thai basil dan tomato.
serius sedap. panggil semua ahli rumah yang ada untuk makan bersama.
berbaloi-baloi!

jang keun suk




hari ni. aku dah dapat meja.
kosong.

walaupun sebagai pengumpul tegar benda-benda perhiasan merapu, aku harus berpikiran rasional dan praktikal. cuba untuk tidak semakan meja dengan benda2 merapu.
tapi macam dah ada plan nak bawak 2 3 bijik mug. satu untuk minum kopi, satu untuk letak pen-pen, satu lagi.. emmm.. dan ada jugak plan nak bawak bantal kecik, paper weight dan banyak lagi.


dan semperna sudah ada meja,
pemilik meja belakang aku telah hadiahkan poster jang geun suk.
katanya supaya aku hari2 ceria bila duduk kat meja buat keja.






ini pulak keadaan meja belakang aku.
pemiliknya adalah wanita 40an yang selalu kata musik itu universal.
dan rasanya, selera musiknya bukan terikut dengan anak gadisnya....





p/s: meja aku kat lab apa cer ha. ntah2 dah kena halau.

p/s/s: wan, kalau encik-penjaga dok mai tanya hari2 bila kak husna nak habes, tolong bersabar lah yer.

di hari zati konvo


pada 21 april.
ok. dah basi.

tapi nak cerita. sebab seronok, sahabat2 turun sini.
dapat gosip. dapat dengaq jenaka2 lama. dapat naik kereta kegemaran yang penuh kenangan. dapat makan kat tempat biasa.

oh. sangat rindu mereka semua.

 








Wednesday, May 09, 2012

terasa hidup kembali normal dan warna-warni




dengan kembalinya aku mengadap internet, maka terasa sangat normal dan warna-warni.
dan terasa kembali bersemangat untuk mengadap laptop.

 oh ya. kemana aku menghilang?
 tak kemana pun.
 cuma sepanjang nih, ada sedikit perubahan dengan hidup aku.


1. aku masih bekerja di kedai buku. tapi kembali ke sales floor. tidak lagi di inventory. tidak lagi berpeluang untuk membelek majalah2 gosip atau membuang masa. kini dengan tugas baru, aku tidak boleh menampakan diri ini tidak bekerja, walaupun ada kalanya perasaan malas dan mahu main tu datang. orang selalu kata, kepimpinan melalui teladan. muhaha

2. banyak benda berlaku sepanjang aku tidak tunjuk muka kat sini. ada gambaq dan cerita yang hendak diupdate. antaranya, zati konvo dan bila berjumpa sahabat2. dan cerita oh-rindunya-masa-dulu.




lama sungguh noo



laaamaaaa suungguh tak update blog.
ni tempoh paling lama tak update yang pernah aku rekod rasanya.
sampai blogger.com bertukaq rupa pon tak tau.
tergagau jugak lah nak menulis balik kat sini.

sebelum aku update cerita lain.
ni aku update benda yang berlaku hari ni. tengah hari tadi.

makan-makan kat umah.
aku cuti. aku masak. panggil sahabat mai makan.
 





aku sudah kembali

kedunia sesawang..

Tuesday, April 17, 2012

28

hepi besday to me.



p/s: 28 bermula dengan emo. heh. tak suka.

Wednesday, April 11, 2012

april 2012

ini entry oh-cepatnya-masa berlalu-dah-masuk-bulan-april.

sepatutnya, entry macam ni, kena buat pada 1hb april.
dan mesti jadi entry pertama tuk bulan april.


apa yang penting nak kongsi.
april adalah bulan besday aku.
tahun nih, 28!
fuyooooo.

semperna bulan besday.
maka insyaallah aku nak tulis pasal isu2 meningkat dewasa.
kehkeh.

tapi nanti2 baru sambung tulis.
sebab hari ni dok kalut pasal gempa kat indonesia.

harap2 kat indonesia dan sekitarnya termasuk negara tercinta, semua ok.

nasik daun pisang dan cendol

lama betul tak jalan2 cari makan.
hari-hari, kalau tak masak, makan kat sekitar mall. bosan gila.



ahad lepas.
sebelum pi book launch, kami makan kat passions of kerala kat new world park.
sangat sedap. kena makan ngan tangan baru nikmat.
jadi. bila pi majlis, dok bersalam dengan orang dengan tangan yang bau kari.
kehkeh.
balik dari majlis, pekena teochew cendol dekat2 dengan chowrastar. femes punya cendol.





clove hall

ya ya.
tahu.
aku lama hilang.
tapi hari ni nak update benda best yang aku suka.
teehee.


ahad lepas.
aku teman bos aku kat kedai buku pi clove hall.
ada book launch.
buku no more bullshit, please we're all malaysians oleh kee thuan chye.



dan bila masuk ja kawasan clove hall.
aku terus jadi gila.
bukan kerana majlis itu. bukan kerana ada penulis buku. bukan kerana tetamu terhormat yang datang. dan bukan juga kerana hadirin-hadirin yang datang.
tapi sebab clove hall itu adalah edwardian anglo-malay banglow yang saaaangaat cantik!
(ok. aku tak tau apakah itu edwardian anglo-malay sebenaqnya. aku hanya copy istilah ini dari laman web clove hall; clovehall.com)





























memang gila jadinya. tu tak masuk lagi ke dalam suites yang ada.
bila copy gambaq2 masuk laptop. baru perasan, aku banyak tangkap gambaq kat luar rumah.
pastu tak dak pun gambaq penulis dan tetamu2 penting pada hari tu yang jelas lagi menarik.

aish.

pasal majlis? buku? ucapan? bualan? perbincangan?
aku malas nak cerita panjang.
kesimpulannnya, ia adalah satu hari yang menarik.
dan aku ada temui sesuatu tentang aku. tentang ignorance.