Thursday, November 01, 2012
diet detox. ala husna
setelah berbelas-belas tahun berkecimpung dalam cobaan menguruskan badan sendiri,
aku menjadi mahir dengan badan aku sendiri. aku tahu keupayaan aku. aku ada kepercayaan sendiri.
contoh kepercayaan;
buah beri bukanlah jawapan untuk semua benda, so kena makan lain-lain makanan juga. semua benda makanan ada khasiat tertentu.
jadi
ini bukan diet untuk kuruskan badan.
ini diet untuk kesihatan badan aku. detox!
aku mendapat inspirasi nak buat diet detox ni setelah membaca pasal en. rich roll dalam majalah di atas. majalah 3/GO. majalah triathlon. aku baca dalam bulan april kalau tak silap. sekarang baru rasa ini masa yang paling sesuai. setelah habis raya bagai.
setelah mempertimbangakan selera manusia macam aku, selera orang yang mampu bangun dan makan dengan mata tertutup pada jam 3pg,
maka, aku telah buat plan diet detox aku sendiri.
nama diet: diet detox ala husna.
total masa: 2 bulan.
bilangan peringkat: 4
peringkat 1: tempoh; 1 bulan.
pada peringkat 1, aku membuang banyak makanan yang diproses dan makanan segera daripada diet harian aku.
ini bermakna, aku tidak boleh makan, sosej, nugget, burger, ayam kfc, big mac, sos pasta prego, mayonis, megi asam laksa, nescafe 3in1, ayaq bikarbonat, biskut, keropok, ais kerim, dan banyak lagi.
dan oleh kerna untuk membuang semua makanan yang diproses adalah mustahil, maka pada peringkat ini, aku masih boleh mengambil benda2 yang digunakan dalam masakan. contohnya, minyak masak, kicap, minyak bijan, sos tiram, sos cili dan serbuk kari. emmm. susu boleh lagi.
peringkat 2: tempoh; 2 minggu.
pada peringkat 2, aku akan membuang daging dalam diet aku.
aku tak boleh makan daging ayam, lembu, kambing dan lain2.
haiwan yang boleh dimakan hanyalah haiwan yang hidup dalam air. ikan, sotong, udang dll.
peringkat 3: tempoh; 1 minggu.
pada peringkat 3, aku akan membuang semua haiwan dan makanan berasaskan haiwan dalam diet aku. telur dan susu pun tak boleh.
maka, aku hanya boleh makan makanan yang berunsurkan tumbuhan.
nasik, ubi, sayur, buah-buah, taufu dll.
pada peringkat ni, aku dah tak boleh makan di kedai. sebab nak mengelakan sebarang kaitan dengan haiwan. contohnya, takut minyak masak yang digunakan untuk memasak sayur goreng adalah minyak yang sama digunakan untuk menggoreng ayam. fuh. gila kan.
pada peringkat ini juga, aku plan nak buang terus penggunaan sos dan kicap.
peringkat 4: tempoh; 1 minggu.
ini peringkat paling mencabar.
pada peringkat terakhir ini, aku ala-ala ikut cara en. rich roll ni buat. no solid food at all.
hanya sayur dan buah yang berair. contohnya,buah tembikai dan sup sayur kosong.
buang terus nasik, ubi, pisang dan dll benda yang berat.
hah.
amacam?
hampa ucap gud luck tuk aku lah!
dalam tempoh ni, aku masih membenarkan diri aku menjalani aktiviti harian dan aktiviti makanan seperti biasa. cuma buang benda2 tertentu secara berperingkat.
aku masih membenarkan diri aku tuk makan pada jam 3pg.
aku masih membenarkan diri aku tuk sesekali buat-buat bizi sampai tak sempat makan bila terasa nak kurangkan berat badan.
aku masih membenarkan diri aku untuk berpuasa.
diet detox ini stat HARI INI!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mencabarnya diet detox ni. good luck husna! jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..hehe..
semoga berjaya dan keep update segala pengecutan [baca:perkembangan] kerna kalau berjaya nak try gak....
baguihla ang ni!!gud luck weh!
kak nadiah: hahahhaha. haja haja!!
ucop: hahhaha. okeh. segala perkembangan (dengan jayanya) akan cuba diupdate.
marina: hahahha. ini lah projek terbaru orang yang macam xtau nak bt apa.
Post a Comment