kahkahkah.
gelak dulu.
ok.
ehem.
aku nak tulis bab separa serius.
so kena tulis panjang jugak.
lepas ni tulis pendek-pendek balik.
aku nak tulis pasal 2 benda.
1, pasal matang.
2, pasal kenapa selama ni aku dok merapu dalam blog.
ok. pasal matang.
aku dah 28 tahun. aku rasa aku dah matang.
tapi baru-baru ini, aku selalu mempersoalkan balik kematangan aku.
sebab, ditempat kerja aku, dikedai buku, ramai yang tak percaya aku 28.
aku tahu kenapa. sebab aku macam merapu dan ada masa tergedik-gedik.
aku tak kisah sangat bila orang tak caya sangat aku dah 28. mestilah kan.
tapi ia buat aku terfikir, adakah aku yang merapu dan ntah apa-apa ini, sebab itu memang aku ATAU perangai ini adalah yang aku cuba tonjolkan akibat terlalu banyak keseriusan yang aku tonjolkan masa zaman remaja.
aku tak tau apa istilahnya, tapi dia macam perangai seseorang yang mahu lari dari masa lampau dan jadi orang baru dan diri masa sekarang adalah kontra dengan masa dulu.
(aku ada habit, aku akan tengok balik sejarah hidup aku, aku akan korek balik zaman kecik-kecik, zaman sekolah aku, untuk aku tahu macamna itu semua memberi kesan kepada aku yang sekarang ini)
letih pulak nak menaip. dan nak cerita pasal matang ni, esok pun tak habes.
kesimpulannya, aku just pastikan, setiap hari, ada benda yang aku belajar dan hari ini lebih baik dari hari kemarin. dan aku pastikan, otak aku yang kena lebih matang dari luaran aku.
ok pasal kenapa aku selalu merapu dalam blog.
senang cakap, kenapa aku macam tonjolkan sifat buruk macam bodoh dan malas contohnya dalam blog.
emmm. orang tulis blog dengan pelbagai tujuan.
tujuan asal aku, aku mahu kongsi gambaq-gambaq yang aku tangkap. dan masa awal-awal tulis blog, aku berhasrat untuk tidak menulis panjang-panjang.
tapi lama-lama, ada saja benda aku nak tulis. macam-macam aku tulis. termasuklah merapu-ness.
dan lama-lama, tujuan aku tulis blog sudah bertukar.
kalau menangkap gambar adalah medium aku dan cara aku untuk tengok kehidupan aku dari sudut pandangan yang lebih baik,
blogging pula adalah medium dan cara aku untuk terima siapa diri aku.
aku adalah manusia yang low konfiden, yang senang merasa inferior, dan nak orang nampak aku ni ada sesuatu.
tapi aku dah penat dengan itu semua.
aku berblogging.
blogging meng-heal-kan aku dari semua perasaan itu.
ok, pastinya aku masih merasainya.masih low konfident dan masih merasa inferior. tapi sekarang dengan amount yang sihat.
blogging, dengan meng-post-kan entry disini, dengan seluruh dunia boleh baca, dengan speaking out loud who i am, dengan menunjukan the side yang sebelum ni aku cuba untuk sembunyikan atau nafikan,
semua itu membuatkan aku merasa, it is OK Husna, ini memang kau.
aku jadi terima sepenuhnya diri aku. aku jadi selesa dengan diri sendiri.
oleh kerana healing proses dah tamat, maka aku dah rasa tak mau merapu tulis panjang-panjang dalam boleh. tak mau merapu dah.
tapi tu lah kadang-kadang,
ada ja benda aku nak merapu kan. ada ja benda aku nak cerita.
contohnya, aku nak tulis, aku dah rendam baju dah seminggu. tak basuh-basuh lagi. ingat nak basuh hari ni, sebelum pi keja, tapi dok menulis blog panjang-panjang ni pulak.
2 comments:
it is OK Husna, ini memang kau (copypaste)
teheee.:D
Post a Comment