aku ni jenis manusia yang hati tak tetap plus macam-macam rasa nak buat.
dulu,
aku penah gila nak belajaq photography.
pastu,
gila nak menjahit,
pastu,
gila nak belajaq gitar,
dan bermacam-macam kegilaan mai melanda.
dan kegilaan itu bukan kecil,
tapi sangat besaq drivenya.
sampai tak tau nak beza sama ada itu perkara yang memang aku betul-betul mahu atau tidak.
paling terbaru,
gila nak belajaq buat perabot.
begini ceritanya...
pada akhir-akhir tahun 2012,
aku rasa sangat-sangat nak berhenti kerja dari kedai buku itu,
sebab nak balik kampung, bila mana tersedaq yang aku hampir menghabeskan masa umur 20-an di universiti.
masuk umoq 19, habes umoq 28.
so dengan berbaki 1 tahun saja untuk fasa umur 20-an, iaitu pada tahun ini dengan umur 29 tahun,
aku mau merasa buat benda luar universiti. di luar penang.
so,
plan aku,
mau balik kampung,
dok bawah ketiak mak aku 2-3 bulan.
sambil-sambil itu, aku nak buat kerja gitu-gitu/biasa-biasa seperti menjual karipap pusing untuk mendapatkan duit poket.
(aku juga gila serius pasal bab karipap pusing ni, aku baru nak belajaq buat dengan housemate aku).
dan sambil-sambil buat karipap pusing tu, aku nak belajaq buat perabot.
dia punya keinginan nak belajaq buat perabot tu, bukan kepalang.
yang paling best, semua orang yang aku luahkan plan gila aku ni, semua menyokong.
maka,
terhasilah kejadian-kejadian mengisi borang-borang permohonan kursus tu.
tapi ada yang silap isi.
terisi yang carpentry untuk pembinaan.
sekarang,
dengan arah tuju yang tersasar skit,
kegilaan terhadap nak belajaq buat perabot itu masih tinggi.
paling sikit pun, aku nak belajaq basic carpentry.
*zati, aku nak belajaq buat perabot la pulak!
ha. baguslah la weh. nanti buat katil kat aku satu, tuk hadiah kawen. canggeh gitu.
alaa. aku nak buat hat biasa-biasa saja. takat buat meja kecik dan rak buku saja.
hang ni. hang kena aim high. jangan lupa, katil aku satu.*
3 comments:
aku pon nk blaja jahit...tp, sampai skrg tak sentuh2 mesin jahit tu..hahah
Kalau nak menjahit dan menjual karipap pusing, i want to join you. Jom buat bisness, xnak la bisness abang2x kita. hehe. :)
su: aku pun sama. dah siap pinjam mesin jahit dr kak aku. tp tak sentuh pon. hahaha
cekyah: JOM!!!!
Post a Comment