Tuesday, July 02, 2013
flash kamera, major dislike
oleh itu,
1. camera cabuk aku, aku tak guna setting yang ada flash.
2. aku elak tangkap gambaq waktu malam.
3. kalau aku nak buat perkara-perkara yang melibatkan aktiviti tangkap gambaq, contohnya, makan-makan bersama kawan-kawan, masak-dan-tangkap-gambaq-makanan, aku akan cuba buat di siang hari.
4. aku selalu buat orang rasa 'errr' bila aku cakap 'tak mau flash ha!' bilamana depa nak tangkap gambaq yang ada muka aku.
tapi,
kini aku ada kamera instax.
dan juga gila sama kamera instax tersebut.
maka,
aku mula belajar untuk bertoleransi dengan flash.
dan aku juga cuba untuk terima kenyataan bahawa flash itu adalah benda penting dalam fotografi.
dan... aku juga sedang belajar untuk faham dan suka dengan flash.
p/s: gambaq 1, baju, tudung dan make-up (hampir-hampir lah), telah aku pakai masa bertunang.
p/s/s: ada banyak gambaq, tempat,cerita nak update kat sini, tapi belum sempat lagi. baru-baru ini,aku berjimba kat Georgetown festival. rasa syok nak update kat sini. tapi, rasa macam kena update cerita 'bye bye penang soon" dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
husna, berapakah harga kamera instax..dan filemnya?
kalau tak silap,
kamera,husna beli rm218.
filem, yang biasa, rm28 tuk 10 keping.
Post a Comment