Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, September 20, 2010

high heels vs sendel

pagi ni bukan mau cerita pasal jumpa bos mahupun kegarangan bos terhadap aku.
sebab aku dah amik keputusan tak mau jumpa dia lagi.
buah tangan dari kampung dan sabah nanti2 aku bagi.
jadinya, lebih baik aku sambung buat kerja diam-diam.

hari ni nak cakap,
aku nak kena beli sandel baru.
(ceh mau beli sendel baru pon nak cakap dalam blog?)


sejak dua bulan kat sabah,
aku dok pekena slipar yang sama. sampai haus. sampai nak terlentang bila jalan atas lantai licin.
balik ke sini pon aku pekena slipar tu lagi.
aku pakai jeans ka, baju kurung ka, semua hentam slipar tu.
hari ni pon sama, pakai baju kurung, tapi pakai slipar.
tiba2 rasa macam tak kena.
nak tukaq pakai heels 4 inci aku macam tak patut sangat.
nak jalan2 kat sekitar skol ja pon,
nak masuk keluaq lab, nak pi opis, nak pi makan kat cafe harapan, nak pi tesco.
apa jadah nak pakai heels 4 inci untuk buat itu semua.
kalau nak pi kenduri atau beraya ok lah.
ni masalah aku.
aku sangat suka heels. tambah lagi yang tinggi2.
tapi bukan pakai sangat. takat setahun 4 5 kali ja sarung. rugi. rugi untuk aku yang belum berkejaya nih.
jadinya,
sendel adalah pilihan yang terbaik.



weh. jom pi QB sat...





Sunday, September 19, 2010

Nervous..

itu status fb arix yang terbaru.

gila ah.
gua pon nerves sama nih.

raya tak hengat punya pasai.

terketaq ketaq lutut gua la nih.













guna gua gua kasi ganas skit.
sebelum bos mengganas kat gua besok.


Friday, September 17, 2010

tunggu bas

aku plan,
esok mau ke lab awal2 pagi.
mau tunggu bas dari rumah abang aku jam 7pg.
(sebenaqnya, sejak pindah lagi aku dah plan camgini, tapi tak pernah berjaya buat)

tapi teringat filem budak kelantan yang aku tonton semalam.
(tak dan tonton bagi habes pon sebenaqnya)
orang dok tengah syok jogging awal2 pagi tak pasal2 kena cekup.
MENAKUTKAN saja.

lagi pun besok sabtu.
hati cuti.
hari orang bangun lewat.
hari orang dok rumah.
hari orang rehat.
oleh yang demikian, mungkin orang pon tak ramai di jalanan.
terutama waktu awal pagi.



oleh yang demikian,
aku jugak mungkin patut bangun lambat.
mungkin aku kata.





kalau hujan turun macam pagi tadi, mesti lagi sedap tidurnya kan....



gigi bongsu nak tumbuh

dalam entry sebelum ni, aku mengadu kata malas nak tangkap gambaq dan uplod gambaq.
lewat petang semalam, kami pi makan kat kedai kopi kegemaran.
oleh kerna itu adalah kedai kopi kegemaran, maka tiba2 jadi rajin skit angkat kamera.




keluar dari kedai kopi kegemaran dah waktu magrib.
maka sangat seronok lihat langit jingga.
walaupun gambaq blur, aku boh jugak kat sini.
muhaha. punyalah suka langit jingga.







ini pulak pagi tadi.



aku tidur di hostel semalam.
malam ni baru nak balik rumah abang aku.
pagi tadi, masa nak keluar bilik, hujan pon turun.
pagi2 layan tengok hujan kot cermin kereta, syok wei.
la ni pon tengah hujan.
tadi baca blog mizi, dia cerita pasal nostalgia musim ujan zaman dia kecik2.
aku pon jadi teringat nostalgia musim hujan zaman kecik2 aku.


sejak semalam,
aku sakit gusi kat bahagian bawah belah kanan.
nak tumbuh gigi bongsu.
rimas jugak nih. tak boleh gelak besaq, tak boleh cakap banyak2, tak boleh kunyah laju2. naseb baik tak demam ke apa.
sebelum ni relex ja gigi bongsu bahagian atas belah kanan tumbuh.
tak rasa apa, tau2 dah ada gigi kat situ.

Thursday, September 16, 2010

perkara rambang #9

selamat hari malaysia.

cewah cewah.

hari ni pulang ke lab.
nampak gigih seperti biasa.
juga rasa gigih seperti biasa.
-end.


hari ni mau tiru gaya tulisan suhaili.

cewah cewah.


oleh kerna ada masalah teknikal,
gambaq raya dari kamera abang2 aku tak sempat nak buat copi bok mai sini.
so mungkin lambat lagi akan letak gambaq2 raya, atau mungkin dah tak akan letak langsung gambaq raya kat sini.
-end.

balik ke lab penang mau sudahkan semua apa yang patut sebelum pi kk balik.
terutama pasal result.
-end.

masa raya,
seperti biasa,
soklan berkenaan bila nak habes mengaji akan keudara.
kali ni aku jawap dengan yakin sekali, hujung tahun ni habes!.
tahun2 lepas pon jawap dengan yakin jugak. contoh jawapan tahun lepas punya, tahun depan habes! atau takat tahun ni saja!.
yakin sekali.
-end.

hakikatnya,
aku tak larat dah nak dok macam ni. kena bagi habes cepat.
dan aku juga dah malas nak perabes.
antara kena perabes cepat dan malas nak perabes,
aku yakin pilih kena perabes cepat!
-end.

harap2,
The-Big-Bos boleh jadi main SV lagi.
-end.

tak tau kenapa,
aku tengah alami masalah malas nak angkat kamera.
malas nak tangkap gambaq. malas nak uplod gambaq.
ini masalah agak serius.
kalau aku tak selalu tengok kehidupan aku melalui kanta kamera,
maknanya, rasa penghargaan aku terhadap kehidupan aku secara keseluruhan turut menurun.
ya. kini aku lihat hidup aku agak boring. agak kaku. agak patah.
-end.

malas nak angkat kamera juga mungkin disebabkan oleh masalah kualiti kamera aku yang pi pebaik pon tak guna tu.
aku balik raya, tengok lagi bertambah orang keliling pakai dslr.
dulu aku berkeinginan sangat.
tapi dah kurang sekarang.
sebab bila aku tengok balik motif aku nak beli, aku rasa aku tak perlu sangat.
aku ni dah la jenis malas skit nak belajaq benda baru. dslr tu mampus banyak benda nak master.
aku ni akan belajaq benda baru yang betul2 aku minat dan aku perlu tahu.
aku tak rasa dslr dapat memberi apa yang aku nak dari tangkap gambaq.
aku lebih suka tangkap gambaq yang lebih kearah peribadi, dan penghargaan terhadap kehidupan dan sekeliling.
aku bukan mau tangkap gambaq permandangan lepas tu edit sampai nampak tak real.
atau tangkap gambaq bagi nampak kehidupan yang cool lagi hip.
tapi itu ikut suka hati masing2 la kan.
aku suka gambaq yang ada perasaan. walaupun perasaan itu hanya aku yang rasa.
-end.



sambung kerja.
-the end.







Tuesday, September 14, 2010

gila punya rugi tak dapat pi reunion raya tahun nih


gila punya lama aku tak update apa2.
blog tak, fesbuk pon tak.
tak sempat nak update. malas nak update pon ada.
gambaq ada la 2 3 keping aku amik, tapi serius malas nak uplod.
ni pon gambaq aku rembat dari fesbuk alla.


raya tahun ni banyak macam raya sebelum2 nih jugak.
sebelum raya, banyak buat kerja mencuci dan mengemas.
tolong mak buat kui raya. dan buat 3 jenis saja.
sampret kui pak aku. mazola kui mak aku. tat gulung kui kesukaan ramai.

hari raya tahun nih, pak mak aku ubah menu.
selalunya menu utama mee rebus, tahun ni tukaq laksa.

hari raya pertama,
orang datang banyak cam biasa stat lepas solat raya sampai kui 2 3 ptg lebih kurang.
lewat petang, ajak zati dan mr K ke rumah milot. dia cuba tuk tabah diatas kemalangan melibatkan mesin tebu tempoh hari.aku pula cuba tuk tidak teriak dengaq cerita dia dan cuba tuk elak kata "bersabaq la naa" sebab berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
lepas tu pi umah zati tumpang solat magrib, lepas tu plak pi umah elmi si tunangan orang.
last sekali, aku, zati, mr K dan elmi si tunangan orang p rumah yong. makan kui, makan nasik, sembang, minum kopi, sembang lagi dan lagi.
lepak bersembang rabong sampai mak telefon tanya bila-anak-dara-dia-ni-mau-balik-tidoq-sok-kena-bangun-awai-nak-pi-beraya-lagipun-tak-elok-anak-dara-balik-dikala-embun-membasahi-bumi. tengok jam dah kui 1.15 am.

hari raya ke-2,
seperti biasa,
pi beraya rumah adik beradik. perlis dan kedah.
balik lewat. tak dan nak pi reunion.
aahhh rugi seh. mariana bawak baby gurl nya.

hari raya ke-3,
pi beraya rumah kengkawan.
tak banyak rumah sangat yang dan pi.
orang yang paling aku nak jumpa raya nih adalah jaslin. tapi tak sempat jugak.

hari raya ke-4,
duduk rumah, bangun sayup, makan kui raya sendirik, masak nasik goreng tuk makan tengah hari sebab mak tak masak tengah hari sebab semua orang posa 6 kecuali aku.

hari raya ke-5,
baru hari ni nak update blog dan fesbuk.






duit raya aku maseh dapat, tapi tahun nih tak banyak.
buku2 yang berat aku tanggung bawa balik belum aku bukak...
lain2 gambaq tunggu lah bila aku rajen nak uplod.


selamat berumah terbuka tuk semua!!








Friday, September 03, 2010

pulang raya


aku pulang ke kampung untuk beraya.
bas lewat petang nanti. buka puasa dalam bas.
pulang mahu bersuka ria bersama famili.
mahu makan bersama famili dan rakan2 lama.
mahu bergosip.
mahu beli baju raya.
mahu buat kuih raya.
mahu kemas rumah.
mahu bising2 dan bertempik2 dirumah.
mahu beraya.
mahu kumpul duit raya.
:
:
selamat pulang ke kampung untuk semua!
:
:
:
:D

Thursday, September 02, 2010

siapa main SV?

lepas raya baru aku boleh tahu nama siapa akan dicatat sebagai main SV aku dalam tesis nanti.
sama ada The-Big-Bos atau Bos-No-2.

sekarang The-Big-Bos masih lagi main SV. Bos-No-2 co-SV.


harap2 ahli majlis setuju.
harap2 status siapa main SV aku masih kekal yang sama.





untuk kawan2 aku kat skol,
aku ada info baru.
kalau korang masih tak dapat hantar 10 copies tesis dalam masa 3 bulan selepas korang dapat surat notis penghantaran tesis dari ips,
jangan risau.
tak perlu renew notis.
selagi candidature masih ada tak kisah bila boleh hantaq. sekali saja isi borang notis.



Wednesday, September 01, 2010

perkara rambang #8

*lusa balik raya. yey!

*rindu terhadap mak dan masakkan mak makin bertambah.

*aku rindu arix.

*aku malas nak jumpa Bos-No-2.

*gaji akan masuk lewat. banyak benda nak beli, tapi lepas raya baru boleh shopping sakan nampak gayanya.

*mood raya saja yang ada.

*dua jari sahabat aku hancur. terkena mesin perah tebu. aku tak tau nak cakap macamna kat orang yang tengah bersedih.

*tadi naik bas, aku nampak maknya tua yang cantik. aku terus teringat kat tok aku yang cantik. dia meninggal masa aku darjah 5.

*bila aku bilang brapa banyak hari yang aku akan berada kat lab skol ini, aku jadi sedih. sebab tak banyak hari yang ada. aku kena pi balik ke sana.

*aku rindu segala disini. segala hidup aku disini. nak tinggalkan benda yang dah lama kita hidup dalamnya memang susah. walaupun pergi pelan-pelan.

*kadang-kadang, aku lupa aku ni sudah 26 tahun. lupa yang umur itu bukan muda lagi untuk tidak punya tanggungjawap.

*aku mula terasa nak beremosi kembali. tapi aku tahan lagi. aku bertatih untuk dewasa. untuk matang.

*ha dah mai dah emo-emo nih. aish.

*drama korea bad guy, tak boleh terima langsung ending dia.

*tiba-tiba aku malas nak tangkap gambaq. malas nak uplod gambaq. ini satu benda yang tak berapa bagus nih.








terlebih dos

semalam,
kak ipaq aku balik dari kampung bokbalik makanan dari kampung.
mak masak sambal udang dengan petai.

sejak dari aku tau petai itu busuk masa aku kecik2 sampailah tahun lepas,
aku tak pernah makan petai.

tapi tahun ni,
aku mula berjinak balik dengan petai ni.
tapi takat makan 2 3 bijik saja.

tapi (banyak pulok tapinya..)
semalam aku dah makan lebih dari 20 bijik.
terlebih dos.
seronok punya pasal sebab 1st time dapat makan masakan mak untuk bulan posa nih.

hari ini perlu kurangkan bercakap,
dan kurangkan pi toilet.








p/s: dr anis dah kahwen. sama cantik sama padan. sweet couple. aku dan kawan2 di lab ni sangat setuju dengan pilihan dia. walaupun tak de kena mengena nak sutuju ke tak. hahhahahaa. tak pasal2.
tahniah dr anis! selamat pengantin baru! semoga bahagia sampai akhir usia.