Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, July 09, 2011

georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 7 Julai: (part 3) pinang peranakan mansion



ni kira kali kedua lah aku masuk.
mula2 rasa tak mau masuk, tapi sebab ternampak nonya2 tengah bergambaq dengan pakaian baba nyonya yang cantik, terus kami masuk.

kali ni,
aku kurang tangkap gambaq sangat.
mungkin perasaan teruja tu tak sama macam pertama kali masuk.
kami lepak kat situ lama jugak lah. lepak2 sungguh. siap dok layan cendol baba nyonya kat dapoq dia lagi.
lepas tu hujan lebat pulak. lagi lama la dok situ.
sambil tunggu hujan berhenti, lepak kat tingkap tepi tangga. oh. sungguh asyik.
dan kami siap makan durian lagi kat situ.























georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 7 Julai: (part 2) patrick lasak



turun ja dari bas,
terus jumpa pelukis ni dulu.
aku tak kenal dia.
dan tak tahu sangat pasal lukisan.
yang aku tahu, lukisan2 dia besaq, mengangumkan, cantik dan rasa syok jugak kalau boleh sandaq satu lukisan dia kat dinding rumah.
yang paling aku suka, lukisan view penang dari penang hill.




Friday, July 08, 2011

georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 7 Julai: (part 1) 7-5-4-5-6-3



georgetown festival berlansung sepanjang bulan 7 ni.
tapi aktiviti yang paling aku nak ikut adalah tapestry of cultures.
yang berlansung dari 7-9 julai.
so khamis lepas aku pi la. dari pagi sampai ke malam.

7-5-4-5-6-3, adalah bilangan orang yang ikut rombongan cik marina kami.
pagi kul 1030 mcm tu, 7 orang bertolak dari kampus ke town.
lepas tu, tinggal 5 orang.
lewat petang, tinggal 4.
lepas tu jadi 5.
nak dekat magrib, jadi 6.
dan last sekali tinggal 3 orang.
3 orang ni balik dari town kul 1030 malam.





walaupun kami kat sana dari pagi sampai malam,
tak banyak tempat yang sempat nak pi lawat pun.

sampai ja kat town,
kami jumpa pelukis, patrick salak. tangkap gambaq skit, tanya2 skit.
lepas tu plan nak pi town hall kat padang kota lama, tapi singgah kat pinang peranakan mansion. ni kira kali kedua lah aku masuk. masuk lagi sekali sebab terpikat tengok nyonya2 yang lengkap perpakainan baba nyonya. dok kat situ lama jugak. sebab hujan.
lepas hujan, kami pi st. george's church. tak jadi pi town hall.
lepas tu, patah balik ke masjid kapitan keling.




bila sampai kat kawasan masjid kapitan keling,
kami buat keputusan nak ikuti aktiviti open house:public & private heritage buildings.
kami pilih tempat2 yang tak pernah dengaq dan yang sebelum ni tak termasuk dalam brochure georgetown.
kami pilih nak pi muda house, carpenter's guild dan penang goldsmith assoc.
tapi...
disebabkan oleh kesuntukan masa dan cari tak jumpa,
kami hanya sempat ke muda house. kat muda house, aku jadi cam gila skit. gila macam pertama kali masuk penang peranakan mansion dengan adik aku dulu.

sebenarnya, banyak lagi aktiviti, tapi open house: public & private heritage buildings adalah acara yang paling aku suka.
sebab aku suka bangunan.
antara aktivi lain yang ada pada 7th july,
vintage bicycle parade, traditional food & craft bazaar, violinist on the street.






sepanjang kami dok melewaq sekeliling town, menyususri lorong belakang,
kami ada jumpa banyak benda2 menarik.
aku sangat suka tengok cafe, coffee house, homestay, dan akan teruja bila terjumpa benda macam kat bawah ni.
aku tak sure kat bawah ni adalah wall words yang dikatakan dalam laman web georgetown festival.
tapi sangat menarik dan kelakaq. setakat ni, kami baru jumpa 3 wall words.



agak tension jugak bila bateri kamera aku kong pada jam 630 ptg.
kong sebab aku terlupa nak cas bagi penuh malam sebelum tu.
ada satu kejadian yang membengangkan berlaku kat diri sendiri akibat kelalaian diri sendiri.
bengang kat diri sendiri sampai rasa nak tendang dinding lif.
oleh sebab bengang tu, aku balik terus tidoq sampai lupa nak cas apa yang patut.

maka, gambaq kat bawah adalah gambaq terakhir yang ditangkap.
masa tu kat khoo kongsi. orang tengah dok buat persediaan tuk persembahan kebudayaan pada sebelah malam nya.
malam tu, kami pi balik kat khoo kongsi. pi pun terlewat 40min. so terlepas teaser untuk acara 12 monkeys & more yang akan berlansung pada 9hb julai di penang botanic gardens.
tapi kami stay saja kat khoo kongsi sampai kul 1015 mlm macam tu. tengok geoegetown cultural show.

selain kat khoo kongsi,
banyak lagi persembahan kebudayaan yang dibuat malam tu.
kat tempat yang berlainan lah. contohnya ada lion dance kat jalan masjid kapitan, chinese orchestra kat cheah kongsi, malay culture performance kat lebuh acheh dan chinese cultural performance kat penang teochew assoc.







kami pulang ke tempat masing2 dengan bas kul 1030 lebih kurang.
fuuhh.

update terkini

ada orang tanya apasal lama tak update.
aku ada cerita, ada gambaq, ada masa.
(masa sentiasa adaaa)
tapi malas kot.






semalam, 7th julai, ada georgetown festival. haruslah aku pi.
dari pagi sampai malam.
hari ni tak pi.
esok, insyaallh aku akan pi. kalau ada peluang, esok nak kayuh basikal ronda town.

Sunday, July 03, 2011

i heart mumford & sons






i heart football
i heart new york
i heart most things except meat in a can
and i heart radio.




oh. i heart mumford and sons!!

Saturday, July 02, 2011

running with scissors oleh augusten burroughs

akhirnya,
aku telah membuat review untuk sebuah buku.

buku ni, marina yang kasi hadiah.
dia kasi semasa besday aku april lepas. katanya, buku ni bukan untuk hadiah hari jadi, tetapi untuk tanda persahabatan.
meloncat aku bila dapat buku nih. terima kasih sekali lagi tuk marina.

aku ada buat sedikit review untuk buku ni dalam blog husna dan buku-bukunya.
kalau nak baca, klik sini.







lepas baca buku ni,
doa aku sejak akhir-akhir ini banyak tertumpu pada memintak Dia sentiada menjaga kewarasan aku.
sebelum itu, doa aku banyak tertumpu pada jaga keimanan aku dan keyakianan aku dengan jalan-Nya serta suruhan dan larangan-Nya.



semoga Allah menjaga kewarasan dan keimanan kita..
aminn..

Friday, July 01, 2011

makan-makan dirumah dayah, rabu malam



aku adalah antara tukang masak jemputan dayah.
menu aku: spaghetti alfredo portobello.
mula2 tuan rumah mintak carbonara, tapi oleh sebab baru2 ni aku ada try alfredo dan aini dan zati kata alfredo lebih sedap dari carbonara, maka alfredo jadi pilihan aku.

dan harus lah menu aku dijayakan dengan bantuan sause alfredo portobello campbells prego.

untuk 3 paket spaghetti, aku guna 4 tin sause alfredo dan 1 tin cheese and herbs.
sausenya, aku masak 2 kali. kuali tak cukup besaq.









oh ya. sori. gambaq2 para hadirin tak dapat disiarkan.
dan malam tu, hanya iman yang berumur 8 bulan yang menjadi lelaki tunggal dalam majlis. dan semua orang haruslah suka kat dia.



aku tak sure sangat apa motif majlis ni.
tapi bak kata tuan rumah seminggu lalu, ni majlis semperna iman sihat dan berumur 8 bulan.
semoga iman setiasa sihat dan ceria!

bila tak ke lab




menulis.
membaca. akademik dan bukan akademik.
tonton tv.
tidoq tak kira masa.
meregang badan.