Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, May 31, 2009

berbilang bangsa?

aku sangat jarang menulis dan memberi pandangan disini mengenai isu-isu semasa sama ada dalam negara atau luar negara.
bukan kerna aku tak peduli.
bukan kerna tuli.
juga bukan kerna sudah bosan.
tapi kerna aku tidak mahu.
tidak mahu menjadi bodoh sombong.
dengan memberi komen terhadap perkara-perkara yang aku sendiri tidak jelas.
yang aku sendiri tidak arif.
dan yang aku sendiri tidak pasti disebelah mana sebenarnya aku berdiri tegak.
biarlah orang yang lebih arif dan jelas memberi pendapat dan komen..
aku hanya membaca dan memerhati.
dan seterusnya berfikir sendiri. menganalisa sendiri.
adakah aku perlu mengiakan atau menolak pandangan-pandangan tersebut.
biarlah aku bersuara tentang perkara-perkara yang aku pasti dan jelas sahaja.
tapi...
selepas aku membaca isu perkauman yang diluahkan oleh zahiril adzim,
aku terasa mahu meluahkan sikit perasaan aku disini.
isu ini memang menjadi-jadi.
semakin hari semakin kita berbincang mengenainya.
sebelum ini kita tidak nampak sejauh mana masalah ini.
ni berlaku pada aku sendiri.
semasa aku masih disekolah aku tak pernah nampak ianya adalah satu masalah yang sangat berat.
media-media selalu menyatakan bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum yang mampu hidup aman damai dan muafakat.
satu perkara yang diterap kepada rakyat malaysia untuk dibanggakan.
satu perkara yang sering dipromosikan oleh malaysia untuk orang luar.
tapi...
sejauh mana kita yang berbilang bangsa hidup aman damai dan muafakat?
adakah dilubuk hati kita ini, kita betul-betul suka akan bangsa lain?
dan menerima mereka untuk seiring dan sejalan dengan kita?
mengambil satu contoh yang berada disekeliling aku...
contohnya...
jika seorang perempuan melayu bersahabat baik dengan seorang lelaki cina.
keluar bersama, jalan bersama, duduk bersama dan gelak bersama.
ini akan menimbulkan persoalan yang pelik di kalangan orang sekeliling.
sama ada dimata masyarakat melayu atau cina.
kenapa perlu begitu?
kenapa perlu ada kepala yang berpaling seolah-olah mereka adalah mahluk asing?
padahal kita semua manusia yang berkawan dan bergaul.
kenapa perlu ada persoalan-persoalan pelik yang ditimbulkan?
kenapa berkawan dengan lelaki cina?
kenapa perempuan melayu?
kenapa? sudah tak ada orang lain ke untuk berkawan?
kenapa berkawan dengan melayu yang tak berwawasan dan malas?
kenapa berkawan dengan cina yang kencing tak basuh dan tak berkhatan?
YA ALLAH!!!
sampai kesitu orang sekeliling akan mempersoalkan!!!
pelik betul.
pelik apabila kita yang kononnya bangga kerana malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan mesra....
sungguh pelik bagi aku....
sungguh!

ini kali terakhir buat kami??


31 mei 09,
makan tengah hari,
di Restoren Pen Mutiara, Batu Maung,
dibelanja oleh dr coswald,
mungkin ini kali terakhir dia belanja kami semua makan,
dan juga mungkin ini kali terakhir kami beramai-ramai duduk semeja dengan famili dr menjamu selera..
huhuuhuhu..
sangat sedeh ooo..


sebelum makanan tiba...
sesi bergambar dulu lah..






lepas tu...
makanan pon sampai..
kat sini terkenal dengan KARI KEPALA IKANnya....



ini pinggan aku.
ehem
permulaan..

disebabkan mahu menikmati kari kepala ikan ke tahap yang maksima..
kami semua ambil keputusan makan menggunakan tangan..
sodap sungguh wei!

memang sedap wei!
naseb baik ada aircon..
kalau tak mau berpeluh aku makan kari ni..
bagi tak menghampakan dr coswald,
kepala ikan yang terakhir berada dalam pinggan aku.
aku dicop oleh dr coswald sebagai pemakan yang BAGUS.
itu boleh dikira sebagai bakat terpendam ka??


semua orang makan dengan gembira dan selicin yang mungkin.
kalu tak abes makan...bayar sendiri.
syarat orang yang belanja.
trima kaseh dr!!




lepas makan...
kami teruskan sesi bergambar...









p/s: anak-anak dr sangat laaaa cooommeelll!!


sanglang, sawah padi dan SP

kelmarin,
sabtu,
30 mei '09,
di sanglang, kedah,
kenduri kahwen Kak An.


jumaat kemarin dulu....
kami berempat sakit perut.
sebab makan laksa kot...
tapi aku yang agak teruk..sampai deman-demam..
tapi nak pergi kenduri kak an dan berjalan-jalan punya pasal..
aku gagahkan diri gak bagun pagi dan mandi+basahkan kepala..
ehek
rame gak yang pergi kenduri kak an.
aku, arix, zati, The-fourth dan izza naik 1 kereta..













lepas kenduri...
kami buat sesi bergambar di tepi sawah padi.
sanglang merupakan kawasan sawah padi..

lepas tu plak...
kami bertolak ke rumah arix di SP.
dijamu laksa, bubur cha-cha dan seri muka oleh mak arix plak..
hui
best hoh
trima kaseh mak cik..
tapi....
perut maseh dalam keadaan sakit..
malam jam 10 baru sampai hostel.
terus tido rehatkan diri.
supaya perut bersedia tuk aktiviti makan dengan dr coswld plak pada keesokan harinya..




p/s: akan aku upload lagi gambo-gambo dikenduri kak an, sesi bergambar ditepi sawah dan menjamu di rumah arix.



Tuesday, May 26, 2009

farewell tuk dr oleh staf


masa: petang tadi, kira-kira jam 6 petang
tempat: kawasan skol kimia
acara: makan-makan, gelak-gelak, dan mentapau
menu: sate, lontong, nasi impit kuah kacang, beehon goreng, pie, tembikai, air oren
tujuan: farewell tuk dr coswald oleh rakan-rakan staf dr
perasaan aku semasa majlis: suka hati sebab ada banyak makanan tetapi tak makan banyak pon.
perasaan aku selepas majlis: makin susah hati sebab tarikh dr pergi makin hampir!
aaahhhh!









p/s: aku tak sempat tangkap gambo banyak-banyak sebab aku pon lapaq..ehek




Saturday, May 23, 2009

diet dan senaman


dengan adanya sahabat-sahabat aku yang sememangnya sudah slim itu memulun sama untuk menurukan berat badan..
aku jadi lebeh bersemangat tuk turunkan berat badan..
makanan pilihan: bersup/berkuah. hijau. makanan laut.
sekarang aku cuba sedaya upaya tuk tak makan nasik..
makan benda lain..
tapi kalu pergi makan kat gerai pecal lele kesukaan aku...aku tak boleh tak makan nasik disitu..harap maaf yer cek diet..
emmm..
sahabat-sahabat aku telah berjaya turunkan berat badan dengan pergi bermain badminton kemarin.
aku tak ikut sebab ada kerja mau buat..
ehem..
sebab sebenarnya...aku tak pandai main badminton.
aku ini tak berapa suka bersenam yang melibatkan sukan yang memerlukan pemain lain tuk bermain..
contohnya..badminton. bola jaring. futsal. bola tampar dan banyak lagi la..tapi, kecuali ping-pong!
sebab utama: tak suka.
sebab lain: takut bola...takut kena kat muka ka. kepala ka. tangan ka..
hehhehee..
tapi peliknya...masa kat sekolah aku siap wakil sekolah lagi..dulu laaa
aku lebih suka aktiviti yang hanya memerlukan seorang pemain..iaitu aku..
hahahaha
contoh: lari. jogging. renang. pilates. skipping.












aktiviti di kampong + hari guru


last aku balik kampung adalah masa cuti raya cina yang lalu..
dah lama tu..
aku ajak anak buah aku hanip naik moto keliling kampong..
tengok kot kot ada perubahan kat kampong halaman kesayangan aku..
anak padi sedang menghijau di sana sini...




balik kampong kali ini aku mencuri masa melawat cikgu kesayangan aku..
cikgu yang aku kenal sejak tingkatan 1.
cikgu ho thean sung.
aku pergi melawat dia kat kem pengakap sg batu pahat.
kebetulan kat sana ada kursus kepimpinan ketua pengakap tuk sekolah rendah..
dah lama aku tak jumpa cikgu ho dan melawat kem.
kem itu dahulunya merupakan tempat bermain aku dan kawan-kawan se-patrol aku semasa hujung minggu...

sabtu last week, 16 mei..
yang juga merupakan hari guru..
aku menggoreng popia kepada cikgu ho..
orang lain banyak memanggilnya sir..
tapi kami still panggil dia cikgu ho..
dia sebenaqnya tak pernah ajaq aku dalam kelas disekolah pon..
dia banyak ajaq aku luaq sekolah berkenaan life..
aku sangat hormat dan sayang sama dia.
banyak benda dia ajaq dan banyak nasehat dia bagi..
waktu sekolah dulu aku tak paham sangat apa yang cuba dia sampaikan dan ajarkan..
dan kini bila aku semakin matang dan membesar...aku sedikit demi sedikit faham dan mengaplikasikan apa yang dia ajarkan..
berkenaan how to live your life..
dia merupakan orang pertama yang menasehatkan aku supaya jangan terlalu mengikut orang lain..buat benda yang kita nak buat.
buat sesuatu dengan penuh kemahuan dan kesungguhan..
dan perlu rajin berfikir. fikir fikir dan fikir.
jangan takut untuk menjadi aneh dengan menolak cara orang lain yang kita tak suka.
saya ingat cikgu...
dan terima kasih cikgu..


aku pergi kem jam 11 pg sampai jam 6 petang lebih kurang..
dapat jugak aku mengimbau kenangan..
dan aku tolong la skit..
menceduk makanan tuk budak-budak..
sembang dengan cikgu ho..
tolong kendalikan kursus..
tolong sediakan makanan malam..
dan sembang lagi dan lagi dengan cikgu ho..









selain itu...
tentunya aku juga berjaya melakukan aktiviti rutin aku jika balik kampong.
tidur lambat bangun lambat..
mengadap tv sampai tak hirau orang lain..
curhat dan bergosip dengan mak..
dengar tazkirah abah..
makan masakan mak..
dan masak+makan makanan tinggi kalori yang aku jarang dapat makan di sini..
ehem..
memang habes diet aku bila aku balik kampung..



p/s: cek yah..hari tu kak na masak popia resepi baru...rindu sama kamu cek yah..perasa dan memakan yang amat bagus!
dan kepada cikgu-cikgu aku yang lain tak kira cikgu secara langsung atau tidak langsung mengajar aku bermula dengan cikgu pah tadika kemas dan toksu Om yang ajaq aku mengaji juzamma hingga dr coswald...SELAMAT HARI GURU!!