Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, December 29, 2010

ha. hang masuk penjara nanti

hari ni,
dah cukup 90 hari dok sabah.
dan hari ni jugak,
baru teringat akan hal tu.

nasib baik tak kena pelangkung dengan bos besaq.
dia dah cuba uruskan.
boleh la dok lagi sebulan.


untuk makluman,
orang semenanjung yang tak pengaji disini,
tak kerja disini,
hanya diberi pas selama 90 hari saja. pas melawat.
sebelum 90 hari, kena cau cin cau.
kalau dok melepasi 90 hari, ada kena sesuatu.
tahanan mungkin.

kalau pas yang diberi sebelum masuk sabah tu hilang, dan tak dapat diberi balik masa kat epot,
pon jenuh kena soal jawap kat gate imigresen. tak buleh naik kapai terbang.





sekian terima kaseh.



terung sepanjang minggu ini


terung tengah banyak dalam peti ais kami.
ada la kot dalam 8 batang. aku beli, dan kebetulan, housemate pon beli.
kacang panjang juga penuh dalam peti ais. aku beli dan housemate juga beli.

maka,
menu dalam minggu ni mesti ada terung dan kacang panjang.
untuk terung,
semalam dan bawa bekal hari ni, aku goreng saja terung tu.
terung goreng kosong aku sangat suka.
terpengaruh dengan makanan kat gerai pecal lele kegemaran di penang.

goreng kosong saja dengan minyak.
rupanya memang lah hitam dan tak menarik, tapi sangat sedap.
tapi apa yang boleh kita harapkan dengan masakan yang berasaskan terung? rupa masakan berasaskan terung jarang nak menarik kan.

kalau kat gerai pecal lele kegemaran, terung goreng ni jatuh no 3 benda makan yang aku suka di situ selepas pecalnya dan lele/ayam gorengnya.
telioq ah tengok pecal lele kat entry lama.
ni kira 6 bulan lebih tak makan pecal lele tu.

hari ni masak terung lagi.
pejeri terung.
nak masak pajeri kena guna kerisik.
tapi puas melilau cari kat merata kedai, tak jumpa kerisik.
terpaksalah buat sendiri. goreng nyok parut dan tumbuk.
penat jugak nak menumbuk buat kerisik ni.
rasanya guna batu penggiling lagi senang kot.

aku pernah tengok mak aku guna batu penggiling tuk buat kerisik.
cepat. tapi nak angkat batu penggiling, nak tenyeh, nak giling, boleh pecah peluh oo.
yang pecah peluh sebelum siap jadi kerisik tu aku la, mak aku tentulah releks saja.

satu lagi, mak aku releks saja bila guna pengukoq nyok.
sambil duduk pengiring, ala macam orang perempuan dulu2 naik moto vespa pakai kain peluk orang depan tu, mak aku releks saja kukoq nyok. nak kukoq 2 bijik nyok terus pun tak dak hal.
aku ni, nak berabes kukoq separuh bijik pon pecah peluh tak hengat. tu pun dengan duduk mengangkang.
.
teringat masa kecik2 dulu.
kalau mak aku tengah dok kukoq nyok,
aku dengan adik aku mesti bergilir2 duduk belakang mak aku.
peluk mak aku dan berangan naik moto dengan mak aku.
.
.
.
ah. rindu kat mak aku la wei.
juga rindu sama pecal lele. dan juga sama penang dan orang2 di penang.
:
:
:
:)

Tuesday, December 28, 2010

hidup perlu diteruskan


menu makan tengah hari isnin kemarin.
ketika bekalan ayaq buat hal lagi tanpa notis.

nasik, lebihan housemate masak malam sebelumnya.
ayaq paling minima guna beda basuh teloq dan cabai melaka.

sedap sungguh makan lagu nih.
berselera.
aini kata, walaumacamna pon, hidup perlu diteruskan.
makan tetap makan.
lepas makan, pinggan, camca tinggai dalam sinki.

jam 5 ptg lebih baru ada ayaq balik.

baru boleh basuh pinggan,
dan
mandi.


untuk rekod: paling lama aku tak mandi, hampir 70jam.
masa tu, pi tidoq 2 malam atas gunung brinchang, cameron highlands.
keluaq saja dari kawasan cameron, badan terus rasa melekit.




Sunday, December 26, 2010

kalau ada sayap untuk terbang senang jugak. kalau ada sayap tapi bermulut bodoh, tak mau la pulak.

ketika ni,
aku sangat berharap aku tidak berada di KK.
berharap aku sedang berada disana.

sedang berkumpul,
sedang mendengar,
sedang menangis bersama-sama,
sedang memegang bahu atau tangan dia,
dan sedang cuba mengeluarkan kata-kata kuat semangat yang berbau philosophical dan bijak tapi yang keluar dari mulut adalah kata-kata yang bodoh yang tak kena gaya, masa dan tempat.




kalau aku ada sayap dan boleh terbang jauh kan senang.
kalau kaya tersangat dan boleh terbang kemana2 sesuka hati pon ok jugak.




mungkin kamu sudah letih mendengar perkataan yang sama, tapi
tabah ya sayang!
ya, mungkin hari-hari mendatang tidak akan sama dengan hari-hari semalam,
tapi keindahannya akan tetap hadir, walaupun dalam bentuk yang berlaianan.
(tengok, aku maseh cuba untuk mengeluarkan kata2 semangat yang konon ber-philosophy)


tabah ya sayang.
kamu memperjuangkan apa yang kamu rasa. apa yang kamu cinta.
usah tunduk atau gentar.
kamu adalah antara insan yang selalu berdiri tegak penuh semangat waja pernah aku kenal.
(okey, cukup dengan berkata2 sebegini. aku mungkin tidak akan pandai mengeluarkan kata2 yang kena gaya dan tempat sampai bila2)


dan,
aku sayang kamu, sayang.
walau apa pun yang terjadi, kami tetap di sisi, di depan dan di belakang kamu.




Thursday, December 23, 2010

hari ini, 23 hb, sepuluh hari yang lepas, 13 hb

kalau ikut plan,
hari ni aku dah ada kat penang.
tapi apakan daya.

13/12 besday arix.
23/12 besday zati.

13/12 memang aku tak sempat balik. jadi, terlepas nak sambut hari itu.
ingatkan 23/12 aku sempat balik, sekurang-kurangnya boleh sambut yang satu nih. tapi...
apakan daya..
dua2 melepas. tahun depan mungkin semua dah bawak haluan masing2.
oh. tidak. aku masih tak dapat terima kenyataan yang masa tuk kami berkepit semakin berkurangan, dan lepas ni mungkin lagi susah nak jumpa.

arix dan zati sahabat aku.
aku sayang depa dua orang nih.
sayang sangat sampai nak mengukur kaseh sayang tu pon dah tak boleh.
beyond and beyond.

entry ni sepatutnya aku tulis khas tuk depa dua.
semperna besday depa dua.
tapi aku taktau nak tulis apa.
sebab semua benda berkenaan depa dua adalah beyond description.


aku sedang belajaq camna nak hidup tanpa dengaq depa dua bercakap dengan aku hari2.
tanpa dengaq semua gosip. tanpa tau semua cerita.
tanpa iringan lagu2 pilihan depa dua.
tanpa jenaka depa dua.
tanpa kegilaan depa dua.
tanpa kata2 semangat dari depa dua.


arix ahmad
zati zuber
aku husna halim
sayang
hampa
dua!






xoxo

juliet, naked oleh nick hornby


selama seminggu aku bosan sebab tak dapat pasang tv,
aku telah berjaya habeskan satu novel.


juliet, naked

oleh nick hornby.


apa lagi buku nick hornby tuleh, sila cari sendirik.

juliet, naked cerita pasai apa, sila tengok sini.


untuk yang malas nak klik,

juliet, naked bukan cerita pasai orang naked.

takdak sapa yang naked dalam cerita nih.
yang naked adalah album.

nama studio album juliet. versi demo punya di panggil juliet, naked.


secara ringkasnya,
juliet, naked adalah cerita pasal annie telah bersama dengan bf dia, duncan selama 15 tahun.
duncan ni obses dengan seorang penyanyi zaman 80-an, tucker yang telah menghilangkan diri dari dunia seni selama 20 tahun lebih. album terakhir tucker nama juliet.
duncan banyak habeskan masa dengan website dan forum pasal tucker dan musik tucker.
annie ni rasa dia telah membazir 15 tahun hidup dia.
hidup dengan duncan yang obses, takdak anak, kerjaya yang tak membina sangat dan hidup di kawasan yang masyarakatnya adalah orang pencen, bosan.


ini adalah novel yang diselitkan cerita perihal musik.

95% nama2 pemusik yang diselitkan dalam novel ni aku kenai.

jadi, aku tiada masalah tuk paham cerita.

tak seperti novel stories we could tell oleh tony parson yang ceritanya adalah berlatar belakangkan zaman 70-an,
zaman punk, zaman ada lagi john lennon, tahun elvis mati.

jadi aku jadi kurang paham skit bilamana band2 atau budaya hidup zaman tu diceritakan.
novel tu terlalu pekat dengan latar belakang musik tahun 70-an.

mungkin tahun depan aku try baca lagi sekali novel stories we could tell tu. kalau tak boleh jugak, aku try pulak tahun depan depan.


oke, pasal juliet, naked.

apa respon aku?

aku baru perasan,
apa yang aku boleh respon dari sesuatu benda mesti ia ada kena mengena dengan aku atau dengan apa yang aku rasa.

jadinya, aku boleh paham cerita dan ambil pedoman hanya perkara2 yang ada sangkut paut dengan aku.
sama jugak dengan juliet, naked nih.

satu benda saja yang aku boleh paham apa yang dia nak cerita.

pasal masa.

annie ni rasa dia telah bazirkan masa dia selama 15 tahun.

dia rasa tak dak pencapaian yang dia buat.

tinggal dengan bf yang obses, tak dak anak (anak selalu jugak dijadikan kayu pengukur jugak kan), hidup bosan.


macam tu jugak dengan aku.

aku rasa aku ni takdak pencapaian. umoq dah 26 tahun.

studi belum habes. kerja belum lagi. dok perabes duit makpak lagi. belum kawen. belum ada anak.


satu benda aku belajaq dari juliet, naked nih.

jangan terlalu ukur pencapaian dalam hidup dengan sifat2 material. apa yang kita ada. apa yang kita buat.
"so it's not about what you do. it can't be, can it? it has to be about how you are, how you love, how you treat yourself and those around you..." m/s143.

i want my money back.
kalau bab masa yang telah kita tinggalkan atau bazirkan, money tak dapat samakan dengan masa itu.

kalau money yang kita buang, kita boleh dapatkan balik, dengan kerja lebih masa, atau mintak balik money tu dari orang yang dah kita beri.

masa dah tak boleh mintak atau usahakan balik.

masa sangat2 berharga.
hiduplah dengan penuh erti, walaupun tiada material yang boleh dijadikan kayu pengukur.


itu aku pesan diri aku.

ini yang dah kali ke berapa aku pesan kat diri sendiri pon dah tak dapat kira.

ok. setakat ini saja review dan respon terhadap buku ni.

selalu punyalah. tak tau nak tulis penutup.






Wednesday, December 22, 2010

seminggu tanpa tv

dan mungkin hari2 tanpa tv akan terus berlanjutan sampai aku tinggalkan rumah sewa nih.

disini,
bukan tiap2 hari pi lab.
hanya pi lab bila rasa nak jumpa bos besaq atau nak guna internet yang laju atau nak print sesuatu.

maka, lebih banyak habeskan masa buat kerja menulis dirumah.
oleh yang demikian, tv adalah satu2nya objek yang dapat menghiburkan hati.
nak kata hantu tv tu tak la sangat.

kalau dulu kat penang, aku tengok tv bila makan kat kedai mamak saja atau kadang2 di bilik tv hostel bila bosan sebab tak pi lab.
itu cerita di penang. dimana aku banyak habeskan masa di lab. dari pagi sampai malam. di lab ada internet. laju pulak tu.
so, kalau bertapa kat lab 4 hari 4 malam pun aku tak kisah sangat.
(untuk rekod, paling lama aku pernah tinggal kat lab adalah 4 hari 4 malam tak balik-balik. bukan tak keluaq2 lah, aku keluaq jugak pi ambil angin kat QB mall)

bila dok menapa kat rumah disini,
tv adalah peneman setia.
bukak tv hampir 24jam. tonton macam2. banyak jugak siri drama aku tengok.
tapi selalunya biaq saja tv terpasang, tak tengok. hanya buat bising memenuhi ruang rumah.
dok dalam bilik bukak, dok kat dapoq tengah masak kongkang2 bukak, tengah kusyuk buat kerja pon bukak.

jadi, bila dah seminggu tv rosak, dan tuan rumah pulak tak dak dalam kawasan,
maka gila punya mati kutu aku dibuatnya.
rasa sunyi lain macam. rasa bosan lain macam. rasa tak best lain macam.
itulah kesannya bila banyak bergantung pada tv untuk menghiburkan hari2.
bukak radio pun tak seronok. baca novel pon tak seronok. ulang tengok movie yang ada simpan dalam komputer pon tak seronok. dengaq beratus-ratus lagu yang ada pon tak seronok. semua tak boleh lawan keseronokan bila ada tv terpasang.

kerja2 menulis pon ada terbantut skit dalam masa seminggu nih.

dulu, masa awal2 sampai sini,
kerja2 menulis pon ada terbantut skit. terbantut sebab kena hadapi hari2 tanpa dapat online 24 jam seperti selalu.
itu adalah akibat kebergantungan hidup terhadap internet yang telah disemai selama bertahun2 lamanya.
sekarang kena ekjas hari2 tanpa tv pulak.



semoga aku berjaya.



sekian berita dari rumah tanpa tv terpasang.







Thursday, December 16, 2010

ko kenapa tak kawen lagi?

la ni musim cuti sekolah.
maka, banyak lah kenduri kawen.
banyak lah gambaq pengantin baru kat fb, blog dan lain2 tempat.

nak tinggai komen ucap tahniah pon macam seriau.
satgi timbul pulak perbualan yang dah malas nak layan.
contohnya.

"eh minah. ko dah kawen! tahniah. cantiknya ko."
"tq tq. ko bila lagi?"
ah. dia mai dah....
"aku lambat lagi kot"
"ye la tu... cepat2 lah kawen. apa nak tunggu lagi"
ah. sudah....
ok. aku cuba jadi positip. aku rasa depa ni tak dak soklan lain nak tanya dan saja2 ja tanya buat manis mulut. lepas tu depa pon dah tak ingat pasai perbualan tu.
jadinya, aku pon tak harus ingat akan perbualan tu.
itu hanya perbualan kosong.

tapi.....
kalau dah tanya "ko kenapa tak kawen lagi?" tu,
tengok2 la orang sekeliling skit kan. jangan lah tanya kenapa.
nasib baik juga soklan "ko kenapa tak kawen lagi?" tu bukan tuju kat aku.
tuju kat sahabat aku.
kalau tuju kat aku... ehem, aku ni punya baran jarang diuji.
aku ni yang sering dijolok sebagai orang paling positip yang pernah dijumpai oleh sahabat2 pon boleh naik hangin.
kaki tangan aku pon boleh tahan jugak lajunya.



tolonglah sensitif skit.
tahu lah tengah bahagia jadi pengantin baru.
ini soal jodoh ok. soal kewangan dan masa juga.
soal hati dan perasaan, soal kesediaan pikul tanggungjawap juga turut sama menyumbang.

sama juga hal anak.
usah ditanya bila nak dapat atau kenapa tak dapat lagi.

kalau nak tanya jugak, nak sangat tau,
cukup sekadar "ko dah kawen belum?" atau "dah berapa anak?"
kalau orang tu jawap "belum kawen lagi" atau "belum ada rezki".
usah ditanya soklan berkaitan selanjutnya.
tanya benda lain.
sembang benda lain.
sembang pasai year end sale contohnya.


oh ya. cakap pasai year end sale.
sale sana sini.
tapi aku tak dak peruntukan tuk itu.
ahhhh..
ada sapa dak yang sudi nak huloq duit beda aku shopping?







Wednesday, December 15, 2010

shiver: coldplay

rasa kelakaq pulak tengok video klip lama nih.

shiver adalah single pertama untuk album pertama coldplay, parachutes.
tahun 2000.

paling kelakaq aku rasa, t-shirt chris martin.

katanya lagu ni chris tulis tuk seorang perempuan.
perempuan yang spesifik.
perempuan yang dia tak dapat masa tu.
tapi tu cerita lama. la ni dah dapat gwyneth paltrow.
dan dia ada tulis lagu tuk gwyneth, tajuk, moses.

antara lirik moses

"come on now, don't you want to see
this thing that's happening to me
like moses has power over sea
so you've got power over me

come on now don't you want to know
you're a refuge, somewhere i can go
you're air that, air that i can breathe
you're my golden opportunity
"

sweeeett







p/s: zati, utube hang tak leh buka. hang cari dan tengok video klip ni. tengok chris dengan t-shirtnya...

band kegemaran no 1 dan lagu kegemaran no 1

kalau orang tanya aku apa band kegemaran no 1,
aku pasti akan jawap coldplay.

aku dengaq musik depa ni sejak tahun 2000.
sejak album pertama depa, parachutes.

tahun 2000,
aku tingkatan 4. (ya aku dah tua)
masa zaman sek men, semua band, artis yang ada dalam majalah lime dan galaxie, dan yang masuk hitz fm,
semua aku suka.
red hot chili peppers, sugar ray, eminem, linkin park, destiny' child, backstreet boys, dan semualah aku suka.

dan dari situ juga aku kenal coldplay.
sejak itu sampai la ni aku masih setia dengan coldplay.
yang mana aku pernah minat dan suka dan tergila-gilakan masa sek men, yang lain2 selain coldplay, semua aku dah kurang dengaq, dah tak minat sangat sekarang nih.
ada jugak sesekali dengaq, sebab itu semua boleh mengundang memori indah zaman sek men.

kalau aku kata coldplay adalah band no 1 kegemaran,
dalam hati sure ada terbit rasa bangga dalam diri.
ekekekekekk.
sebab, aku suka coldplay kerana musik depa secara total.
(walaupun aku boleh kata bassist coldplay, guy berryman seorang yang hensom)
menentang minat sebahagian besaq kawan2 dan sahabat2 aku, terutama masa sek men.
depa kata lagu coldplay boleh bagi mengantuk. dan sememangnya selera musik aku adalah musik yang jenis boleh bagi mengantuk. yang meleret-leret.
dan coldplay aku ikut dari 2000 sampai sekarang. band paling lama aku setia gemar.

selalunya zaman sek men, suka artis pon sebab hensem/cantik, suka sebab rasa hip kalau dengaq musik depa.
pengaruh rakan sebaya zaman tu sangat kuat.
satu geng suka musik yang sama.

la ni pon aku masih boleh dengaq semua jenis lagu.
aku punya kawan2 dan sahabat2 yang punya selera musik yang berlainan.
apa depa suka, aku juga suka secara amnya.
dan yang membezakan telinga aku dulu dengan telinga aku sekarang,
aku tidak lagi dengaq musik sebab terasa hip atau kerana ikut arus musik semasa.
la ni aku dengaq sebab aku suka. sedap ditelinga. terasa dihati.

berbalik pada coldplay.
lagu coldplay yang paling aku suka adalah spies.
lagu yang dark, misteri dan seram, aku rasa..

spies datang dari album pertama coldplay, parachutes.
dan parachutes merupakan album coldplay yang paling aku suka.
aku rasa, parachutes adalah album yang paling emo, yang paling sesuai didengaq tika aku sedih, hepi, kacau dan damai.

dan enjoylah spies, lagu kegeraman no 1 dari band kegemaran no 1.




Tuesday, December 14, 2010

gravity: coldplay

masa aku tengah snorkeling hari ahad tu,
masa tengah asyik tengok koral dan ikan,

(sebelum kaki aku kena landak laut lah)
lagu ini yang bermain di dalam kepala aku.

sambil snorkeling, sambil kepala layan lagu ni, oh sungguh mendamaikan.


aku sangat suka lirik lagu nih.
eh. semua lirik coldplay aku suka sebenaqnya..

(bercakap seperti seorang peminat coldplay yang setia)
ekekekkek



Baby
It's been a long time coming
Such a long long time
And I can't stop running
Such a long long time
Can you hear my heart beating
Can you hear that sound
Cuz I can't help thinking
And I won't stop now.

And then I looked up at the sun
And I could see
Oh the way that gravity pours
On you and me
And then I looked up at the sky
And saw the sun
And the way that gravity pours she
On everyone
On everyone.




12/12, hari aini


ke pulau lagik!!!
ekekkekekek.
ahad yang lepas.
pergi sebab ahad lepas, 12 12 adalah Bday aini.

perancangan awal:
disebabkan hanya aku saja kawan yang dia ada sini, maka aku usulkan pada 12 12 tu, kami pi pulau. jadikan itu hari yang boleh kekal dalam memori. mau pi releks2.
sebelum ni, kalau pi pulau, sure kami banyak habes masa kat dalam ayaq, balik penat ja lebih.
so kali ni konon mau lebih releks la.
plan mau pi 1 pulau saja. pilih pulau manukan.
nak melepak kat pulau dari jam 930pg sampai 4ptg.
mula2 snorkeling sat. lepas tu, nak habeskan masa baring2. makan2. baca buku. tidoq. sembang2. dan yang penting, tangkap gambaq banyak2.
selalunya, tiap kali pi pulau, sure tak banyak tangkap gambaq sebab tak sempat.

pada hari tersebut:
ada 3 orang lagi yang ikut. tokteh2 aini dan makcik ramlah, kawan tokteh aini.
mereka mai kk ada perlawanan lawn bowls.
pi 9 sampai 1 pagi.
hari sebelumnya, sabtu, hujan lebat turun dari pagi sampai ke malam.
so ayaq laut cam keruh sebab cuaca yang tak menentu. tak jernih seperti selalu. maka ikan susah nak nampak.
dan orang pon ramai. ramai mungkin sebab gabungan sebab2 seperti, cuti sekolah, hari ahad dan hari-sabtu-hujan-lebat-orang-tak-dapat-pi-so-pi-hari-ahad.
kali ini, 1st time snorkeling di manukan di awal pagi, selalunya sampai kat manukan dah tengah hari sebab pi pulau yang lain dulu. pagi ayaq surut, tengah hari ayaq pasang. kalau snorkeling time ayaq surut, kaki kena jaga2 skit. mudah nak terkena dengan benda2 kat bawah. tambah lagi pulak untuk aku yang jenis tak tau berenang dan cepat panik ni.
kami habeskan banyak masa dalam ayaq saja. tiadalah sudah aktiviti baring2, tidoq2, dan tangkap gambaq seperti yang aku plan sorang2.

ayaq keruh. orang ramai. tak nampak ikan. ayaq surut. kaki kena landak laut. tak dan nak tangkap gambaq lagi.
kompilasi yang elok sangat la tu.

ha pasai landak laut.
takde mende sangat pon.
ekekekek.

seperti biasalah,
kami akan ajak orang tuk bawak pi tengok koral dan ikan.
ajak aspalela si pemandu bot kegemaran, dia tak bawak seluaq mandi plak.
jadinya, kami ajak lifeguard la.
ajak dua orang tuk 3 orang. aku, aini dan makcik ramlah.
oleh kerna kat tempat yang ramai orang tu ayaqnya keruh, maka depa bawak kami tempat yang jauh skit.
ayaq kurang keruh dan koral banyak skit.
bila letih masuk muka dalam ayaq, berehat la sekejap kan. selalunya berehat dengan terapung terlentang, tapi si lifeguard tu suruh aku pi pijak permukaan laut. permukaan koral2 yang dah mati. sakit kaki jugak la weh pijak coral2 mati tu, tapi aku pon syok juga la pijak sebab masa tu ayaq surut, jadi sungguh rasa menakjubkan sebab boleh berdiri tengah laut. ayaq pon takat lutut saja. kawasan koral, permukaan laut tak sama.
dengan arus yang agak kuat, maka aku berdiri pon terhuyung-hayang la jugak. sat ke kanan, sat ke kiri, sat kebelakang, sat ke depan. masa tu la terpijak landak laut. sakit beb. tapi nasib baik tak kena banyak. hanya 1 duri saja yang masuk.


oh ya. lifeguard tu cadangkan buat satu benda yang aini tak pernah buat.
so aku pon bagi tau kat lifeguard tu, yang hari tu adalah besday aini.
aku terus galakkan aini buat benda yang dicadangkan tu. buat sesuatu yang boleh diingati di hari jadi. a day to remember la konon kan.


ok. hampa tengok la 2 3 keping gambaq yang aku dan tangkap.




aku masak bihun (ter)tawaq buat bekal.


kul 1 kami pulang.
singgah kat wisma merdeka sat. tokteh2 aini nak membeli.
kat bawah ni gambaq aku tangkap dari tempat parking wisma merdeka.




aku juga hebohkan kat tokteh2 aini dan makcik ramlah kata hari tu adalah besday aini.
so depa belanja kek di wisma merdeka.
(kat wisma merdeka tak jumpa kedai kek yang juai sebijik kek)




dari wisma merdeka terus ke rumah makteh aini.
tokteh2 aini dan makcik ramlah nak packing barang.
sampai kat rumah mak teh aini, terus makan nasik. sungguh banyak lauk yang makteh aini masak.
dan ada sebijik kek tuk aini dari famili makteh untuk meraikan aini.



masa makcik ramlah dok packing, dia bok keluaq bola yang dia guna tuk lawn bowl.
kami pakat tanya makcik ramlah pasai lawn bowl. dan suruh dia buat demo skit.



setiap orang ada bolanya sendirik.
kebetulan, saiz bola makcik ramlah ni juga adalah saiz aku.
makcik ramlah ajaq aku camna nak ukoq bola yang sesuai tuk kita.

teruja dengaq makcik ramlah cerita pasai lawn bowl.
sampai orang boleh bagi cadangan suruh aku masuk kelab lawn bowl lepas nih.
mihahahaha.




ok.
kesimpulan cerita,
oleh kerna cita2 tuk baring2, tidoq2, lepak baca buku dan tangkap gambaq banyak2 di pulau manukan tak berjaya,
maka, haruslah perlu ada next lawatan.
ekekekekekk











dah cakap dah , tak banyak gambaq.....


Monday, December 13, 2010

landak laut dan kencing

kalau cakap dengan kami, sure kami yang silap.

tapi kalau cakap dengan orang lain,
dia cakap ini silap dia.

lagi terpancar sifat dia.
sebagai seorang pelindung.





*********************

masalah belum selesai.
dia sedang cuba untuk penyelesaikannya.
walaupun kadang2 cadangan yang dia beri tak masuk akal.

aku maseh sama.
sesak nafas.
dan sakit kaki. semalam terpijak landak laut. adei.


macamna plak aku boleh pijak landak laut?
nanti aku cerita. itu pasai hari aini.



p/s: ada 1 duri landak laut terbenam. aku baca kat forum, kalau nak keluarkan duri landak laut tu, aku kena kencing ditempat yang kena duri tu. semalam aku dah cuba korek, tapi tak boleh. adakah aku perlu kencing kat tempat kena duri landak laut tu??
demi untuk bisa landak laut itu tidak melarat dan menyebabkan kaki aku bengkak, nampak gaya mcam aku kena amalkan saja petua nih.

Wednesday, December 08, 2010

mai 1 pakej


nanti aku balik, hampa jangan terkejut tengok aku yang makin seehaat.
tulis tesis disertakan sama pakej gemuk dan kedutan yang bertambah.
mana tak makin gemuk, dok kat rumah saja. rumah pulak sekangkang kera.
kalau sewa rumah banglo 2 tingkat ka, boleh jugak lari2 naik tangga ya dak.
pastu, suka masak. boring duduk buat kerja, pi masak. lapaq, pi masak. perut pulak jenis sentiasa dok lapaq.
tengah malam kalau buat kerja, mai rasa lapaq tak hengat.
tengah2 malam kupaih potato buat potato salad dah biasa.
makan megi toksah kira. makan nasik pon ada juga.
aish. risau ada juga la. kalau kat penang, aku hari2 timbang, hati2 jugak makan.
tapi malas nak kesah sangat la ni. asalkan kerja tulis aku jalan. asalkan aku hepi. asalkan aku tak boring.
nanti balik tatau berapa kali kena lari pusing tasik harapan. tatau berapa ratus kali kena skipping.
aku ajak zati lah. sure dia suka nak pi buat benda2 keluaq peluh nih.
zati, aku teman hang tulis, hang teman aku pi exercise.
:
:
:
;)

Tuesday, December 07, 2010

disember 2010


apa lagi yang aku nak cakap pasai bulan ni?
semuanya pasal kalut.
dan kini, semuanya lebih ke arah takut.

hari2 takut.
hampir tiap2 malam aku teriak. bukan nangis main2. teriak betui2 sampai keluaq hingus, sampai sesak nafas.

tapi,
aku tak bimbang sangat pasal rutin teriak yang makin kerap nih.
sebab aku tahu, ni cuma sementara.
dan ini adalah terapi yang aku ada.
untuk hilangkan rasa takut, rasa marah, rasa sedih.

sampai hujung aku berjuang.
berjuang untuk diri sendiri.




p/s: aku ada banyak benda nak cerita, ada gambaq nak upload, tapi semua tu belum sempat lg. nanti2 lah k.
p/s/s: lepas teriak kuat, aku pi tengok muka sedih kat cermin. pastu amik kamera tangkap muka sedih. sebab tu aku tak bimbang sangat pasai makin kuat teriak nih. sempat lagi teringat nak tangkap gambaq, kira ok la tu. ekekekekk

salam maal hijrah

buat semua.....

Tuesday, November 30, 2010

kalut dan maseh tak tau bila boleh balik

hanya kalut yang memenuhi hari aku.
sampai jadi tak dak benda nak cerita kat sini.







ini saja yang aku mampu update.
dari aku yang (tak brapa) jauh kat sini.







p/s: aku rasa, ini pertama kali aku tatau nak tulis apa.

p/s/s: oh ya. besok dah masuk disember. cepat betul tahun ni berlalu kan.

Thursday, November 25, 2010

d'bayu cafe ums


sebenaqnya nak cerita pasal umah kami yang selalu kena serangan gangguan bekalan ayaq sejak 20hb sampai la ni, sampai merosakkan semua mood. mood buat kerja, mood tulis tesis, mood mandi berjam2, mood masak, mood makan, mood tidoq, mood basuh baju, contohnya.

gambaq atas adalah makanan pagi tadi. masak kalut2 diawal pagi takut ayaq takdak tengah asyik masak2. sebenaqnya, goreng bihun tu tuk bekalan makan t/hari di lab, tapi dah licin awal2 sebelum ke lab lagi, makan sementara tunggu bos datang hangkut kami ke lab.

gambaq bawah plak, masa makan t/hari tadi.
gila gigih menapak dari sktm ke cafe tu. d'bayu cafe. jaraknya seperti dari desa aman damai ke red house di usm.
sepanjang kami berdua dok sini, ni kali pertama makan kat situ. selalunya, bawa bekal atau makan kat sekolah sktm ni atau tahaq perut saja.
seronok juga kat situ. makanan oklah. ikut standed sini.
kalau bandingkan dengan anjung budi usm, kat sini seronok sebab nampak laut lebih jelas skit tanpa ada pucuk2 pokok yang boleh ganggu permandangan. tapi suasana cafe, meja kerusi, pinggan mangkuk, anjung budi lebih ok kot.
tu kalau aku bandingkan dengan anjung budi lah.









la ni tengah pujuk aini, aku ajak dia pi lagi situ esok.
esok nak menulis tesis kat cafe tu. macam seronok saja suasananya untuk menulis.
sambil tengok laut, sambil pipi dibelai angin lalu.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
"hati rs bahagia bila ditiup angin malam, menatap wajah sang kekasih, dia membelai pipi aku, aku tak mahu malam itu berakhir"
selamat pengantin baru! semoga bahagia hingga akhir hayat dan semoga suami kau tak cari lagi satu.


lompat husna lompat

semalam,
aku dapat berita yang orang terdekat baru tau kena hantaq tesis dalam masa terdekat nih.
lebih dekat dari tarikh aku kena hantaq la.

terkejut. dia lompet. orang lain pon lompet.
aku pon tumpang lompet sama.
lompet tuk dia,
dan paling penting lompet tuk diri sendirik.


gila.

tadi pulak terdengaq The-Big-Bos bercakap dengan Bos-No-2 dalam telefon.
nama aku naik disebalik projek juta-juta mereka.

lagi sekali aku lompet.
bulu roma tegak, jantung berdegup kencang.

betul2 gila.



ok. releks husna releks.
itu penting.

Wednesday, November 24, 2010

(buku) cerita piala dunia oleh lucius maximus

: review oleh perempuan yang tak minat sangat dengan bola sepak.



sebelum tu,

aku kasi cerita skit pasal aku dan bola sepak.

perasaan aku terhadap bola sepak adalah sama saja dengan sukan2 yang lain. semua sukan aku tengok. renang, basikal, berkuda, hoki, badminton, moto gp, F1. eh, semua la kiranya.kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok perlawanan badminton aku ikut dan kalau orang ajak aku lepak kat mamak tengok bola pon aku ikut juga.

aku kira, aku layan semua sukan dengan sama rata.


habes tu awat aku beli dan baca?


aku bagitau penulis dia iaitu lucius maximus,
aku beli sebab nak sokong buku indie malaysia.


tapi aku tak bagitau dia 2 sebab yang lain, iaitu,
1. aku nak jumpa penulis buku ni.
2. aku nak gandingkan buku ni dengan buku fever pitch oleh nick hornby kat rak buku aku.


pendapat aku tentang buku ni lepas habes baca?
pembacaan yang menyeronokan dan berinfomasi.


sebagai seorang yang suka sejarah dan geografi,
aku mudah untuk suka pada buku yang ada cerita tentang sejarah dan geografi yang ditulis oleh penulis yang minat dengan sejarah, geografi dan politik ini.


juga sebagai seorang yang suka membaca di wikipedia,
aku mudah untuk suka pada buku yang penuh infomasi ini.
banyak pengetahuan baru aku dapat.
seperti bukak wikipedia, contohnya, kalau bukak wiki, cari pasal fifa world cup, seterusnya klik germany, klik german empire, klik nazi period, klik adolf hitler, klik eva braun, klik rolleiflex, klik lagi, dan lagi. banyak infomasi dapat.
macam tu la jugak dengan baca buku ni.


adakah lepas baca buku cerita piala dunia ni aku nak berjinak2 dengan sukan bola sepak, pi main futsal contohnya?
jawapan tetap sama dengan sebelum baca buku ni. tidak minat sangat dengan bola sepak.





ok. siap review buku.
aku punya tesis pulak tak berubah banyak.
adui.

Tuesday, November 23, 2010

husna cepat la balik!!

sahabat aku dok keriau suruh aku balik.
rakan2 lain pun dok suruh balik cepat.
famili pon tanya.
pakat semua tanya bila aku nak balik.

aku sendiri pon tertanya2 bila nak boleh balik.

soklan2 tu, aku panjangkan kepada bos besaq pulak.

bos, bila bos nak beli tiket?
balik bila hang habes. bila nak habes ni?



itulah jawapannya sahabat2, rakan2 dan ahli famili semua.
aku balik bila aku siap semua.








dan bila pulak aku nak siap semua?




perubahan awan dikala senja

sebelum ni,
kalau tangkap gambaq langit senja,
aku bukannya tengok langit senja tu betul2.
sebab selalunya usaha lebih ke arah nak cari sudut mana ok tuk tangkap gambaq langit senja.
ataupun sebab tangkap gambaq langit senja dari dalam kenderaan, so tak dapat lah nak perati sangat.
masa beraya kat umah mak teh aini,
aku buat pertama kalinya, perati betul2 perubahan awan2 dan langit senja. seronok dan asyik.
sebab nak cari sudut nak tangkap gambaq sangat lah terhad. dok kat balkoni saja.
so dapat lah perati betul2 awan2 tu berubah dan bergerak menghala ke timur.
(kalau matahatari nak terbenam, awan akan bergerak ke timur ka? aku nak kena pi cari jawapan ni. kat wiki kalau ada)
























Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aldiladha!

dan maaf zahir dan batin tuk semua!


ni kali ke-3 aku tak balik raya haji kat rumah.

pertama kali tak balik adalah masa matrikulasi,
masa tu semua tak boleh balik.
ada kenduri korban. tolong kupas bawang. solat hari raya kat dataran matrik. syok juga masa tu.

kali ke-2 adalah masa 3rd year 1st sem, masa undergrad,
nak dekat exam aku rasa.
dari hostel saujana, jalan kaki pi solat raya kat semejid. syahduu..

dan ini adalah kali ke-3.
dok umah mak teh aini ni.
tumpang sedara orang pon oklah jugak kan.

kalau dibandingkan dengan orang yang lagi jauh tak leh balik raya..
eh bukan takat tak leh balik raya, tak boleh balik dalam masa 3-4 tahun tuh.
aku kira ok lagi juga la kan.

tapi kesian kat mak aku.
ni 1st time takdak orang perempuan kat umah.
adik aku beraya kat kuching.

bang caq aku boleh la diharap jugak.
tapi kalau anak lelaki ni lain juga la kan..
nasib baik ni raya haji ja.. orang yang mai umah pon tak la seramai masa raya posa.
kalau dak, lagi kesian kat mak aku. kalut dia.


Monday, November 15, 2010

seabear. seabear. seabear.

Concert à Emporter Seabear - Lion Face Boy from Nathanaël Le Scouarnec on Vimeo.


band: seabear

lagu: lion face boy.

album: we built a fire.

la ni aku tengah gila dengaq lagu2 seabear. terima kasih tuk marina sebab perkenalkan seabear kat aku dan kasi lagu2 seabear kat aku.

mereka punya lagu sangat sedap. lagu yang paling aku suka takat ni adalah in winter eyes.

aku juga kasi lagu2 seabear yang marina bagi ni kat zati. aku suruh dia dengaq, sebab dia suruh aku dengaq lagu dia suka. aku kata kat zati, bila aku dengaq lagu2 seabear, aku rasa cam dok dengaq sambil dok keliling unggun api. pastu zati kata, dia boleh bayangkan macamtu dan dia tambah aksi bakaq ikan dan dok kalih2 ikan tu kasi masak.

marina, hang setuju dak bila aku kata aku bayangkan dengaq lagu seabear sambil keliling unggun api?

p/s: dulu aku sangat biasa dengan unggun api, sebab tu aku boleh bayangkan ada unggun api sama.


p/s/s: lusa raya. aku tak dak. adik aku tak dak. harap2 abang2 aku terutama bangcaq, tolong mak k. tolong cuci dapoq, tolong boh kain tirai. tolong boh sarung kusyen. tolong kemas bawah tangga. dan tolong benda2 lain lagi.


bila mai kk, aku dok sini

ini gambaq waktu senja.
lagi 10 minit lebih kurang nak magrib.
matahari senja tak dapat tangkap, langit senja pon jadilah.















Saturday, November 13, 2010

setelah beberapa hari tak makan nasik

kemarin/semalam petang,
sebelum balik rumah, dari lab,
aku singgah pi beli barang basah.
bos pon nak beli barang jugak.

masa kat gerai juai sayoq,
aku nampak sebungkuih daun2 yang dah siap dipotong yang berwarna cantik.
seperti dibawah.
ada daun kucai, daun bawang, bunga kantan dan cili burung.


masa nampak benda ni,
aku tanya bos, "nak makan camna benda nih bos".
dia jawap, "makan dengan ikan bilis boleh, ikan kering boleh".
aku tanya lagi, "orang masak macamna?".
dia jawap, "tumis".

berdasarkan dua jawapan tu,
aku hentam masak saja,
dan inilah hasilnya bila dah masak.

benda2 macam ni kena makan dengan nasik baru sedap.
so, hari ni makan jugak la nasik setelah beberapa hari tak makan nasik.
tak kan nak makan nasik dengan benda tu saja kan.
maka aku gandingkannya dengan sotong goreng.


ah. gila puas makan.
eh, alhamdulillah.....
nikmat betui.
aku ni jenis boleh makan nasik tanpa lauk berkuah.
kering2 macam tu pon aku boleh makan dengan puas hati tanpa mengkelan.