Saturday, February 27, 2010
aku suka buku
keputusan tuk blog baru
aku dah piker semalam..
terjaga kul 3 pg. terpiker pasal blog baru. ngeh ngeh.
blog ini aku tak akan private-kan..
tapi akan ditulis secara minima.
tulis ala-ala tak mau kasi tau.. aha.
gambo pon skit.
untuk blog baru,
akan aku private-kan..
boleh cerita panjang lebaq.
boleh boh gambaq2 yang jenis boleh timbul spikulasi punya. ngeh ngeh.
oke.
sekian..
p/s: semalam panas ho masa tidoq. asyik terjaga.. semalam juga ada bermimpi ngeri pasal master.... satu petunjuk yang baik nih.. ahaks.
Friday, February 26, 2010
tambah blog
dalam kepala, dah ada plan gaya penulisan dalam blog baru itu.
tapi belum ada idea tuk blog title dan blog address.
ada cadangan??
dalam blog baru aku juga akan cerita benda yang sama, pasal hari-hari aku, apa yang aku buat... tapi dalam bentuk yang paling minima.
blog ini bakal di-private-kan.
aku nak jadikan seperti diary.
untuk buat rujukan masa tua.
cerita bizzy body
Wednesday, February 24, 2010
kerana kelas batal lagik
aku memang sangat sedih pasal projek.
tapi,
aku tahan air mata aku..
sebab aku rasa aku dah letih untuk menangis kepada perkara2 yang menyebabkan aku sedih pasal projek itu.
dan juga yang paling utama, aku fikir,
sekurang-kurangnya, hari ini aku akan buat 1 perkara yang aku akan rasa gembira...
tapi,
kak tan telefon kata kelas cancel lagik.
aku terus pi lab arix.
nangis.
agak kuat.
tapi aku ada jugak gelak, sebab aku rasa sangat kelakar bila aku nangis kuat hanya kerna kelas cancel lagik.
dan sahabat aku pon gelak jugak.
tapi nangis aku tak berenti kat situ. air mata meleleh lagik.
dan aku lupa tuk beritahu depa yang air mata ni adalah air mata yang aku tahan dari semalam...
lepas tu, depa nak pi kelas.
so aku pun nak pi sambung nangis dengan lebih kuat kat lab 132.
lab yang mana tak kan ada orang lihat aku nangis.
sebab buat sementara waktu ni, hanya aku yang guna lab tu.
sekat air mata, sebab mau lalu kat koridor.
takut nanti orang lain perasan...
keluar ja dari lab arix, tak sampai 4 langkah aku ambil,
aku nampak belakang badan Bos-No-2.
aku terus pusing badan.
mau tuju ke lab 117.
lab lagi satu, yang terletak dihujung 1 lagi.
tiba-tiba,
Bos-N0-2 panggil..
husna....
aku pon terpaksa la pusing badan,
jalan pi kat dia...
pandai kau ek. lari dari aku..
sample yang baru tu kau belum buat lagi ek.
nanti saya buat ye Dr.
ok.
eh. nape mata kau merah ni?! kau nangis??
(mula2 aku rasa nak jawap mata masuk habuk. macam dalam drama tu.. tapi macam tak logik la plak. dah muka sangat la sembab. so aku angguk saja... aku dah mula sebak balik dah. ah kacau.)
nape nih? ha?
(aku diam. senyum.)
aku ada marah kau ke?
(geleng. tambah sebak. jari telunjuk sekat air mata.)
sebab boyfren kau?
(ek? geleng.) takdelah Dr. (senyum lagi. sebak didada makin bertambah. ah kacau sungguh ni.)
kenapa ni?
(aduh. bos buat muka simpati+risau+terkejut. buat aku tersentuh saja. lagi la buat aku sebak. kena cabut cepat2 ni.)
(sebak makin kuat. air mata dah nak keluaq sangat2 dah ni.) semua bukan Dr... okelah Dr ek. saya nak pi sambung nangis kat sana jap. (tunjuk lab 117.)
eh ko tak apa-apa ke ni???
(geleng. pusing badan. jalan tanpa toleh. air mata dah meleleh. dah tak dapat tahan dah.)
masuk lab 117.
terus nangis sekuat hati.
kak tan telefon lagik.
bagi cadangan tukar masa, atau tukar cikgu, atau tukar main keybod.
aku kata tak mau. aku sangat kecewa dengan pengurusan depa. 2 kali last minit kansel.
aku nak duit balik. nak pi buat belanja kawan.
nanti len kali kalau aku rasa aku nak belajaq, aku daftar len.
cerita tammat.....
p/s: Bos-No-2 suka nak tengok orang nangis bila dia marah.. aku belum terkena lagi. tapi aduh laaa.. naseb aku hari ini kurang baik, dia dah tengok muka aku yang sembab.
p/s/s: Bos-No-2 ni, boleh tahan jugak kalau buat muka simpati.. terus aku bertambah sebak..
p/s/s/s: teringat The-Big-Bos. kalau ternangis depan dia masa dia serius marah, sure dia akan terus slow. terus cakap pelan2.. hati-hati guna ayat... bagi semangat balik... takut dia!! ngeh ngeh.. tapi aku tak penah nangis la depan dia..
Tuesday, February 23, 2010
tak akan ku biar ia mengalir tanpa sebab yang sepatutnya
aku mahu menangis.
kerna aku tahu, akulah raja yang barai.
raja yang tidak berjaya memerintah tubuh badan jiwa fikiran sendiri.
aku mahu menangis.
kerna aku manusia yang tidak pernah berubah.
dan tidak pernah belajar dari luka berdarah akibat tersungkur.
aku mahu menangis.
kerna aku tidak tahu kenapa aku terus-terusan begini.
sungguh.
disaat ini,
segala yang aku lihat,
tidak lagi kelakar.
walaupun tidak mampu lagi untuk ketawa disaat ini,
akan aku sekat air mata ini...
supaya ia tidak tumpah untuk hal yang siasia.
hal yang patutnya sudah mati.
yang patutnya terus hilang lenyap .
ultimate slimming program
nak buat full body treatment.
ultimate slimming program.
elok jugak buat masa2 genting camgini.
5 mac ni plan mau pi langkawi.
maka nya,
sebelum menjelang hari khamis....
aku akan jadi makin giat.
giat buat sit up tiap2 pagi.
pilates tiap2 pagi.
berkayuh atas katil sebelum baca doa dan pejam mata.
hanya makan roti, nestum, ayaq milo.
no nasik. no pisang goreng. no makan banyak2.
-----------------------------------
dengaq kata,
sebelum stat treatment,
depa akan suruh timbang dulu.
dengan hanya memakai spender dan bra.
gue seorang pemalu........
Monday, February 22, 2010
aku yang kuat belakon
Sunday, February 21, 2010
kerana The-Big-Bos akan datang
skol kimia.
lab.
literature review.
plastics waste.
recycling. reuse.
coldplay. the swell season.
nasi arab.
unaccustomed earth
hari ni pon maseh ada mood mau cerita pasal novel.
kali ni,
Unaccustomed Earth.
oleh, Jhumpa Lahiri.
buku ni dah lama aku habeskan.
sebelum angela's ashes lagi.
habeskan masa kat sabah hari tu.
aku memang sangat suka akan style penulisan si lahiri ni.
aku ada gambarkan macamna perasaan masa aku membaca buku tulisan dia dalam review novel yang dulu, the namesake.
unaccustomed earth mengandungi 8 cerita pendek. terbahagi dalam 2 part. part 1, 5 cerita. part 2, 3 cerita.
Part 1:
1. unaccustomed earth.
cerita pasal hubungan 3 generasi.
isu kekeluargaan yang berkaitan indian heritage, budaya barat, father-daughter bond, mother-son bond, grandfather-grandson bond.
2. hell-heaven.
berkenaan emosi manusia yang kompleks seperti, kesepian, cemburu, kasih sayang.
tapi cerita lebih kepada bagaimana seseorang boleh berubah secara drastik dalam masa tertentu.
"It's just hell-heaven, the difference".
juga tunjuk hubungan mother-daughter.
3. a choice of accommodations.
juga berkenaan emosi manusia.
tentang hubungan suami-isteri.
4. only goodness.
kisah keluarga juga.
lebih kepada brother-sister.
si adik lelaki yang kaki minum.
5. nobody's business.
hubungan antara kengkawan.
dan juga hubungan wanita-lelaki.
Part 2: hema and kaushik.
part yang paling aku suka. lahiri tukaq style writing dalam part ini.
tiga cerita berkisar antara 2 orang, wanita dan lelaki, hema dan kaushik, yang dibesarkan dalam zaman kanak-kanak yang berlainan. carahidup juga berlaianan.
selepas 2 dekat, mereka jumpa balik sebelum masing-masing masuk ke fasa hidup yang lain.
1. once in a lifetime.
cerita dari sudut pandangan hema, apa yang dia ingat pasal kaushik masa zaman kanak-kanak dan juga kehidupan yang dia lalui. style penulisan: seperti hema sedang cerita luar dalam pasal kehidupan dia kat kaushik.
2. year's end.
cerita dari sudut pandangan kaushik pulak. style penulisan: seperti kaushik sedang bercerita kepada hema, apa yang dia rasai dan teringat pasal hema masa zaman kanak-kanak mereka dan juga keadaan famili dia selepas kematian mak dia.
3. going ashore.
cerita dari sudut pandangan orang ke-3. mereka berjumpa kembali. feel reconnected. jatuh cinta. tapi hema bakal berkahwin dengan lelaki lain. kaushik mintak hema ikut dia ke hong kong, dimana dia mendapat tawaran kerja yang lebih stabil dan selamat selepas bertahun-tahun kerja sebagai fotojournalist di tempat2 merbahaya seperti negara yang mengalami peperangan. hema menolak. sebelum kaushik ke hong kong, dia bercuti di phuket. tsunami melanda. kaushik mati.
tragis betul laaa..
semua cerita tak dak hepi ending.
sama ada sad ending atau unsettled feeling.
eh jap. sebenaqnya aku pon tak paham apa itu unsettled feeling.
1st time aku jumpa istilah ni, ada review kat belakang buku chuck palahniuk, stranger than fiction. buku ni pon aku baca tak habes, so tak paham la sangat apa itu unsettled feeling.
walaupun baca tak habes, tapi aku ada jugak buat review dulu..
tapi, tu la yang aku macam rasa bila habes baca buku lahiri yang ni.
rasa tergantung jalan ceritanya.
seperti tak kan ada penamatnya.
tak kan ada penamat yang pasti dan jitu.
kecuali kalau dah mati. itu penamatnya.
seperti kehidupan kita sendiri.
cerita kita tak akan ada penamatnya.
cerita hidup kita boleh berubah-ubah dan tidak boleh diramal.
hanya yang mampu kita buat,
berusaha dan terus berdoa.
supaya dipermudahkan segala oleh-NYA.
p/s: sori review macam ntah apa-apa. aku dah kata, aku ni tak reti nak review2 nih. tapi tetap nak meng-review.
p/s/s: aku rasa nak baca balik la chuck palahniuk, stranger than fiction. kot2 dah boleh paham.
Saturday, February 20, 2010
john william godward
malam ni tidoq kat lab.
Bos-No-2 ada suruh buat keja.
tapi tak buat-buat lagi.
dok merapu kat tenet dulu.
jumpa pelukis john william godward.
aku ni bukannya tau sangat pasai pelukis-pelukis terkenal nih.
dan bukan juga seorang peminat lukisan. tapi suka gak la tengok-tengok.
tapi bila tengok lukisan dia ni....
aku terpegun.
gila punya cantik semua wanita dalam lukisan dia nih.
jelita, cantik, seksi, menawan, penuh kewanitaan..
macam greek goddess. walaupun aku tak tau rupa greek goddess tu camna.
tapi nak habaq punya la cantik aku rasa....
aku perasan macam mereka ni orang yang sama jaa..
ataupun 2 3 orang yang berlainan.
punya la cantik dia potretkan mereka ni.
nerissa
far away thoughts
classical beauty
p/s: setiap orang ada kisah masing-masing. setiap benda juga pasti ada kisah disebaliknya...
penuaan
hari ni plak perasan yang freckles kat muka makin bertambah.
terus tengok tangan plak. oke. freckles tak tumbuh lagi kat situ.
oke. jangan panik.
nampak gayanya aku kena cari produk tuk hilangkan kedutan dan freckles atau tuk melambatkan proses penuaan..
tapi masalahnya,
la ni dok guna produk anti-minyak, pore-minimizer, whitening, anti-blemish, anti-acne...
kot celah masa mana aku nak sapu muka dengan produk anti-penuaan tu plak.
cleo kata,
umo 20 tahun kena stat pakai produk anti-penuaan dah.
aiseh..
Friday, February 19, 2010
angela's ashes: a memoir
.
.
oke lah.
hari ni rasa cam nak ulas buku. dah lama tak cakap pasal buku kat sini.
Angela's Ashes: a memoir.
oleh, Frank McCourt.
pemenang 1999 pulitzer prize for biography and autobiography.
aku mula kenal McCourt sebab marina cerita kat aku.
buku ni cerita pasal zaman kanak-kanak frank McCourt di Limerick, Ireland.
dan ada sikit cerita kat new york sebelum dia dan famili pulang ke Limerick.
ini memoir zaman kanak2 McCourt sampai dia umor 19 thn sebelum dia kembali ke new york untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
sebelum baca buku ni, ada 3 perkara yang aku tahu pasal ireland.
1. malaysia banyak hantar student tuk ngaji medik kat sana.
2. irish kuat minum.
3. perangai lelaki irish dikatakan sama dengan perangai lelaki melayu.
lepas baca buku ni, aku dapat tahu la sedikit sebanyak sejarah dan keadaan ireland masa dulu.
ya. memang tak boleh buat kesimpulan secara keseluhan bagaimana keadaan ireland masa tu, hanya berdasarkan pembacaan angela's ashes semata-mata.
banyak jugak aku dengar orang kritik kata McCourt menipu.
tapi itukan pandangan peribadi dia, dari pemerhatian dia, dari pengalaman dia, dari sudut kaca mata dia sendiri.
tapi aku baca angela's ashes ni, bukan nak tahu pasal sejarah ireland.
aku baca sebab aku sangat2 suka baca memoir dan autobiography punya buku.
lagi2 kalau memoir orang biasa2 yang punya cerita biasa2 tapi diceritakan dan dizahirkan dalam bentuk yang luar biasa.
yang menjadi faveret setakat ni, frank McCourt, marian keyes, mitch albom.
aku tak baca autobiography ahli politik, pemimpin negara, ahli perniagaan yang kaya raya atau pelakon popular.
aku memilih mereka sebab cerita meraka lebih dekat dengan aku, orang biasa2 yang punya cerita biasa2.
mereka ini telah mengajar aku bagaimana mahu melihat cerita hidup kita dalam bentuk yang luar biasa.
mereka mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan yang kita lalui.
bagi angela's ashes ini, aku sangat suka sebab, dia mencerita kisah kehidupan kanak2 dia yang sangat susah dan miskin dalam bentuk yang sangat lucu.
secara tak langsung, ia mengajar aku untuk mencari humor dalam any situasi.
untuk melatih diri sendiri sebenaqnya. sebab aku adalah seorang yang serius, rigid, kaku, susah untuk menerima perubahan, payah nak buat lawak, mudah untuk sedih.
seperti mana marian keyes yang betul2 mengajaq aku untuk jadi diri sendiri.
tak perlu malu tuk jadi diri sendiri. walaupun seloqlaq mana perangai kita.
perangai yang buruk buang, yang baik semaikan.
iyalah. aku bukannya dok ulas angela's ashes pon.
dok cita pasal diri aku plak..
hahahhaaa..
aku memang tak tau nak ulas-mengulas ni. baik buku, filem atau sajak ataupun lirik lagu.
kalau baca buku atau tonton filem, pasti hanya benda2 tertentu saja aku nampak untuk aku amik buat pedoman hidup.
nanti aku suruh marina ulas pasal angela's ashes ni. dia lebih pandai.
lepas ni baca sambungan buku ni plak, 'Tis.
cerita selepas McCourt sampai kat new york plak.
oh ya. aku lupa satu perkara. isu yang paling besaq aku nampak dalam buku ini adalah, pasal kesan pengambilan arak secara tak terkawal terhadap kesejahteraan, kebahagian dan kegembiraan kehidupan seseorang.
lagi sekali aku marah sangat pada arak. ia boleh membinasakan seseorang dan meragut kehidupan seseorang. dulu aku marah kat arak ni masa baca pengalaman lampau marian keyes yang alcoholic.
Thursday, February 18, 2010
tadi pi pasar chowrasta
panas memang panas. tok sah cita la..
pi beli jeruk. jeruk yang paling baru aku dengaq, jeruk betik pedas.
beli buah berangan. makan cendoi pulut tepi jalan.
borong buku kat kedai buku 2nd-hand, walaupun bajet agak ketat. beli buku gelombang, usman awang. kumpulan sajak2. syair siti zubaidah. aku mau tambahkan vocabulary. beli jugak kinsella, mau kumpul siri shopaholic dia plak..
pastu pi makan kat kedai indonesia tepi pasar tu. nama kedai, janji manis.. mmg betul janji manis punya..
pesan bakso, tak sedap. pastu tengok keadaan kedai yang cam tak terurus dan arix pulak tertengok peti ais dia masa basuh tangan... ya rabbi.. terus tak lalu makan..
balik usm, terus pi makan pecal lele kat tempat kegemaran...
sekian sari berita terkini.
berkedut
kau ada keturunan siam ek?
bangun pagi, terus belek muka kat cermin sebab teringat kata-kata Bos-No-2 semalam..
pelik kot mana tah.
siam kot celah mana tak tau.
tapi yang aku nampak jelas sekarang...
pipi makin tembam.
kedutan makin bertambah, terutama kat bawah mata..
oh ngeri.
26????
Wednesday, February 17, 2010
cuti CNY
aku ada jugak la penuhkan dengan aktiviti2 lain sepanjang 4 hari cuti CNY kat kampung.
seperti...
main wau, melawat kakak, teman afrina main buaian, bergomoi dengan anak2 buah, bertempik kat anak2 buah, makan laksa sambil tengok matahari terbenam kat kola perlis dan juga kayuh basikal....
semua gambaq diambil guna kamera-yang-rosak-tapi-pi-pebaik-pon-tak-guna. sat elok sat dak..
aku tak mampu lagi nak beli kamera baru..
pasal kayuh basikal. kali ni balik, aku gila kayuh basikal mini mak aku... pi kedai beli surat kabaq, pagi2 pi beli nasik lemak dan bengkang...petang2 pusing kampung.
Tuesday, February 16, 2010
tahun harimau
Wednesday, February 10, 2010
marah maseh ada
tak lega abes.
dan aku tengah batuk.
berkahak.
tengok pulak fb kawan aku yang buat tahana kat sahabat aku.
terus rasa nak haak tui.
bagi hilang semua kahak ini.
biar kena muka dia.
semenjak 2 menjak ni, fb selalu buat aku nak haak tui kat orang.
marah aku masih berbekas.
walaupun aku kata kat dia... 'kawan tetap kawan, walaupun selepas apa yang hang buat kat dia, sahabat aku...'
baik aku cari kerja sekarang. lagi lama dok melewaq kat tenet ni, nanti lagi banyak orang aku jumpa untuk di-haak tui-kan.
awat tak tau. aku makin mudah marah sekarang. sebab dah makin tua?
betul2 ceh
semangat yang terkumpul dari minggu lepas.
tapi,
tadi dapat call dari ms tan.
kelas aku batal.
minggu depan buat double.
ceh.
terus rasa tak tau nak buat apa.
laptop masuk wad.
baca paper pun tak paham.
minggu depan, aku tak rasa aku akan masuk kelas dengan semangat yang membara seperti hari ni.
ceh.
Monday, February 08, 2010
dengar kata The-Big-Bos nak datang pada minggu terakhir bulan ini.
bila sebenaqnya?
tak bagitau pon....
aha
so,
aku nak membizikan diri nih.
sama ada betul2 membizikan diri atau buat2 bizi, sama saja yang hampa akan nampak..
daa..
hujung minggu yang relex. tapi sebenaqnya, hari-hari aku relex..
Friday, February 05, 2010
musim demam
Wednesday, February 03, 2010
gigih untuk skill baru
update 5 feb: arix sudah semakin mahir melagukan fur elise. aku pulak semalam, semangat mahu lagukan arabesque.. jenis memilih lagu susah aja. twinkle twinkle little star tak layan...
bila ni?: malam semalam.
jam: 1.13 am.
lagu yang cuba dilagukan: fur elise.
manusia yang cam gigih sangat ni: arix, ditemani husna.
zati? dah jauh berlayar. mungkin dah sampai los angeles, jumpa omar yaghi kat UCLA.
sememangnya semua jenis buta note.
next week baru nak stat kelas.
tapi masing-masing dah berangan nak gubah lagu sendirik.
dan aku bukan daftar kelas untuk main benda ini.
p/s: kelas tajwid aku pun still dok blur2. pastu baca alQuran pun dengan makhraj yang kucar kacir. aku rasa kena amik kelas asas bacaan balik la kalu camgini gayanya...