hari yang di tunggu.
perjalanan yang ditunggu.ke pulau mabul.
tidoq di uncle chang's sipadan mabul dive lodge.
tidoq di uncle chang's sipadan mabul dive lodge.
sambil tunggu bot,
dok usya umah atas ayaq orang bajau.boleh nampak perkampungan atas air orang bajau.
perjalanan ke pulau mabul ambil masa lebih kurang 45 min.
berganda2 perasaan teruja tu.
gila punya jernih ayaq.
uncle chang's juga penginapan atas air.
aku tatau la nak cakap macamna perasaan syok dan keterujaan aku tu.bukak pintu terus nampak laut luas.
makan pagi dulu,
pastu terjun laut.
snorkeling!semua aktiviti laut dijalankan ditengah laut. perlu naik bot. bukan macam kat pulau sapi dan pulau manukan yang kami pi dulu.
agak cuak masa mula2 nak terjun ke laut luas.
dah setahun tak terjun laut. dan dah setahun tak sumbat snorkel tu.nak bernafas pon tak kena awai2 tu.
seperti biasalah.
kami bukan reti berenang. kena orang bawak. kami pegang pelampung. ekekek
kami pulang ke uncle chang's.
oh ya.
kami masuk kampung sat, sebab aini nak pi kedai runcit.
sambil tunggu nak makan tengah hari,
kami relax2 atas buaian depan bilik. enak sekali weh.
sambil dibelai bayu laut, aku jadi mengantuk.tapi tak berani nak tidur atas buaian, takut mamai then terjatuh masuk laut.
lepas makan tengah hari, kami terjun snorkeling lagi. tapi di tempat yang berlainan.
gila best snorkeling kat mabul. coral lebih banyak. ikan sangat pelbagai. untuk hari itu, kami nampak 2 ekor penyu. 1 sedang berenang2, 1 lagi sedang berehat dekat coral.
lebih kurang sejam lebih kami snorkeling, kami balik semula ke uncle chang's.
sambil terkena cahaya petang, kami santai2 di pankin depan bilik.
lewat petang skit,
teh + roti bakar + tunggu matahari terbenam.
syok punya hidup.
bila malam tiba,
kami lepak2 baring2 atas beach chair.
tengok bintang.
uish. syok wei.
setiap malam minggu,
akan ada live band. band budak2 uncle chang's la jugak. sora sodap jugak. depa ada nyanyi suka2 masa lepak2.
tapi malangnya live band malam itu dibatalkan.
sebab ada perlawanan world cup yang penting malam itu.
german lawan argentina.
5 comments:
cantiknya tmpt tu
bestnya Husna. I would like to visit. Nanti you have to tell me. Tempat Uncle changs tu what is the rate per night?
kak nadiah: mmg cantik kak nadiah. terutama bab ayaq jernih, tengok matahari terbenam dan tengok matahari terbit.
dr rosenani: mmg best Dr. Dr mesti pergi! nanti saya akan buat entry khas untuk review uncle chang's. saya akan ceritakan semua.
huhuhu...jelesnye... nk pegi jugak sana
jom la kak sita. mai sini.. syok ooo
Post a Comment