aku ada satu obsesi.
suka tengok dan selidik perangai sendirik.
pastu aku akan cari istilah saikologi tuk perangai tersebut.
dan aku akan kaji dari mana perangai itu boleh wujud.
atau apakah sejarah hidup aku terutama sejarah zaman kanak2 yang menyebabkan aku boleh jadi camtu.
tapi untuk satu perangai ni,
aku belum jumpa kot mana puncanya.
nama untuk perangai buruk ni pon aku tatau.
adakah aku ni jenis tak peduli atau pelupa tahap gaban. aku pon tatau.
tapi aku sendiri tetap rasa perangai ini tak patut untuk kelakuan manusia normal.
apakah istilah saikologi tuk orang yang buat perangai yang dia sendiri rasa bahawa perangai itu tak patut dilakukan oleh orang normal?
dan apakah normal sebenaqnya? tiada garis penentu yang tepat bukan?
banyak faktor yang menyumbang kepada pendapat seseorang yang menyatakan bahawa perkara ini normal, perkara itu tak normal, bukan?
contohnya faktor persekitaran.
ntah la apa yang aku dok mengarut nih.
banyak pulok dok hurai.
masalah sebanqnya..
aku lupa dan terus lupa tuk bagi tau kat ex-romate yang aku dah keluaq dari bilik sejak sebulan lebih yang lalu.
lepas dua bulan cuti, dia mai balik usm minggu lepas, terkejut tengok romate bertukaq wajah.
No comments:
Post a Comment