Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, July 19, 2010

perkara rambang #5

antara perkara yang berlaku minggu lepas dan hari ini.


perkara 1: jenuh pujuk bos suruh cepat2 beli tiket balik raya. kalau tiket tak dak, tak beraya kat kampung lah kami. kalau bernasib malang tak dapat beraya kat kampung, kami ingat nak beraya kat uncle chang's kat pulau mabul. ekekek.

perkara 2: jenuh jugak nak mintak cuti bagi cukup 30 hari tuk balik raya dan buat keja kat usm. dapat 25 hari kelepasan saja. tapi ini semua maseh mungkin. selagi dia tak book, selagi tu janji2 manis dia jangan digunapakai.

perkara 3: aku mula bosan dengan rutin disini. oleh itu, last weekend, aku pi kedai buku, cari novel.

perkara 4: aku telah beli novel karipap karipap cinta. hasil pengaruh kuat dari zati. nanti ada masa aku review. gila kelakaq.

perkara 5: aku juga ada lagi beli 2 buah buku.
1; a short history of tractors in ukrainian oleh marina lewycka. dia ada byak dapat anugerah tuk buku tu. dan banyak review kata buku ni kelakaq. tu sebab aku beli. tapi bila aku yang berjiwa muda mudi ni baca, tak kelakaq la sangat. mungkin sebab aku dah biasa dengan kelakaq style marian keyes, sophie kinsella dan pipiyapong. tapi aku sangat suka buku ini sebab ada sejarah pasai soviet union. walaupun pening kepala, tapi aku suka.
2; siri ox-tales yang dikeluarkan oleh oxfam. oxfam bok keluaq 4 buah buku mengikut elimen earth, air, fire dan water. setiap buku mengandungi cerita pendek atau petikan dari novel terbaru penulis2 yang terkenal. sebab no 1 aku beli tu adalah, coldplay sokong oxfam. ekekekek.
dan aku beli 1 buah saja. fire. beli sebab dalam banyak2 penulis bagi keempat2 buah buku tu, aku hanya kenai 3 4 orang saja, dan dalam 3 4 orang penulis tu, hanya buku mark haddon saja aku pernah beli dan baca. buku mark haddon yang paling femes, The curious incident of the dog in night time. buku tu aku hanya baca takat muka surat 5 saja. ahaks.
dan ya, hasil pembelian ini disumbangkan untuk oxfam fund.


perkara 6: hari ni penat cari rumah sewa. ya aku mau pindah dok umah sewa. dok lama2 umah mak teh aini, aku naik segan.

perkara 7: si-angkat sudah berada di kk. tapi aku belum mahu jumpa dia.

perkara 8: cerita pasal kerja dan tesis toksah cerita la kan. bosan nanti.




2 comments:

Nadiah Sidek said...

amboi..nak cuti raya sampai 30 hari. nak hasut Dr la supaya 25 hari tu cut jadi 5 hari je..ahaha. si-angkat tu siapa dia?

husna said...

hahhaaa.
syawal 30 hari.... ala nak kena singgah kat usm gak. ada kerja.
si-angkat = angkatan tentera.